Facebook Twitter
    Trending
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

    LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

    By Umi FatehahOctober 24, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    London School of Economics and Political Sciences

    LONDON School of Economics and Political Science (LSE) disenaraikan sebagai universiti terbaik di United Kingdom (UK) bagi tahun 2026 menurut laporan tahunan The Times and Sunday Times Good University Guide 2026.

    Dalam senarai itu, LSE menduduki tempat pertama dengan skor keseluruhan 1,000 mata, mengatasi University of St Andrews (933 mata) dan Durham University (906 mata). LSE mengatasi dua universiti ternama dunia, University of Cambridge dan University of Oxford, yang berkongsi kedudukan keempat dengan 903 mata.

    Pencapaian ini menandakan kejayaan besar buat LSE yang terkenal dengan kepakarannya dalam bidang ekonomi dan sains politik selepas mengatasi dua institusi tradisional yang sering mendominasi tangga teratas sebelum ini.

    Antara universiti lain yang berada dalam 10 universiti terbaik UK 2026 ialah:

    • Imperial College London, tempat ke-6
    • University of Bath, tempat ke-7
    • University of Warwick, tempat ke-8
    • University College London, tempat ke-9
    • University of Bristol, tempat ke-10

    The Times dan The Sunday Times telah menerbitkan panduan universiti komprehensif masing-masing mengenai universiti di UK sejak tahun 1993 dan 1998. 

    Senarai tahunan ini disusun berdasarkan analisis menyeluruh terhadap kepuasan pelajar terhadap kualiti dan pengalaman pengajaran, tahap kemasukan pelajar, kualiti penyelidikan, kelestarian (sustainability) serta prospek kerjaya graduan.

    Penilaian ini menjadikan panduan mereka antara rujukan paling berprestij dalam dunia pendidikan tinggi UK, menjadi rujukan utama pelajar dan ibu bapa dalam merancang penempatan pelajar di universiti.

    LSE yang terletak di tengah kota London terus diiktiraf sebagai institusi bertaraf dunia yang melahirkan ramai tokoh terkemuka dalam bidang ekonomi, politik dan dasar awam. 

    Antara alumninya ialah Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen dan bekas Perdana Menteri Kanada, Pierre Trudeau. 

    Kedudukan ini sekali lagi mengukuhkan reputasi LSE sebagai antara universiti paling berpengaruh di dunia, khususnya dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang secara akademik tetapi juga berperanan besar dalam membentuk dasar dan masyarakat global. – RELEVAN

    Previous Article7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan
    Next Article Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

    Artikel berkaitan

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.