Facebook Twitter
    Trending
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang?

    Pernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang?

    By Umi FatehahOctober 15, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Pernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang? - GAMBAR HIASAN ALI HASSAAN/PEXELS

    SETIAP kali hujan turun, ada sesuatu tentang bau yang muncul selepasnya yang membuatkan kita berasa tenang. 

    Bau tanah lembap, udara segar dan suasana redup mampu menenangkan jiwa yang kusut. Fenomena ini bukan sekadar perasaan tetapi sebenarnya mempunyai penjelasan sains yang menarik di sebaliknya.

    Ketenangan bau hujan

    Bau yang muncul ketika hujan turun selepas cuaca kering ini dikenali sebagai petrichor. Istilah itu berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu petra (batu) dan ichor (cecair mitos yang mengalir dalam urat dewa). Istilah ini pertama kali diperkenalkan oleh dua saintis Australia, Isabel Joy Bear dan R. G. Thomas pada 1964.

    Bau ini terhasil daripada tindak balas kimia antara air hujan dan unsur semula jadi di tanah. Apabila titisan hujan menyentuh tanah kering, bakteria kecil yang dipanggil Actinomycetes melepaskan sebatian kimia yang dikenali sebagai geosmin. Tindak balas kimia itulah yang membuatkan bau tanah disimbah hujan itu menenangkan. 

    Selain itu, tumbuhan turut melepaskan minyak ke tanah ketika musim kering atau cuaca panas. Apabila hujan turun, minyak ini bercampur dengan air dan menghasilkan aroma lembut yang membuatkan kita berasa damai.

    Bau boleh mengubah emosi?

    Bau mempunyai hubungan rapat dengan memori dan emosi. Bahagian otak yang mengawal deria bau iaitu sistem olfaktori juga bertanggungjawab terhadap kenangan dan perasaan. 

    Jadi apabila kita menghidu bau hujan, otak secara automatik mengaitkannya dengan memori positif. Mungkin kenangan masa kecil bermain air hujan atau suasana tenang di rumah bersama keluarga.

    Kajian menunjukkan bau yang biasa dihisu boleh menurunkan tahap hormon stres (kortisol) dan meningkatkan rasa nostalgia yang menenangkan. Sebab itu, walaupun hujan kadang-kadang membawa kesulitan, aromanya mampu mencipta rasa damai yang sukar dijelaskan.

    Terapi berjalan dalam hujan

    Ramai antara kita mengelak keluar rumah bila hujan. Namun, saintis berpendapat mungkin sudah tiba masanya kita ubah cara berfikir. Berjalan dalam hujan atau selepas hujan berhenti sebenarnya baik untuk tubuh dan minda.

    Menurut Dr. Niek Buurma dari Cardiff University’s School of Chemistry, apabila titisan air hujan jatuh ke atas permukaan keras, titisan itu pecah menjadi lebih kecil dan memungut cas elektrik negatif. 

    Cas ini kemudian berpindah kepada molekul di udara seperti oksigen dan karbon dioksida lalu membentuk ion negatif. Ion negatif hanyalah zarah halus yang tidak berbau dan tidak kelihatan, tetapi banyak ditemui di sekitar sumber air semula jadi seperti air terjun, ombak laut dan embun pagi.

    Ion negatif dan kesan positifnya

    Walaupun penyelidikan masih dijalankan, banyak kajian menunjukkan bahawa menghidu ion negatif boleh meningkatkan mood, mengurangkan tekanan dan memberi lebih tenaga.

    Menurut Dr. Buurma, belum ada jawapan tepat mengapa ia berkesan tetapi banyak bukti saintifik menunjukkan bahawa pendedahan kepada ion negatif boleh membantu merawat gangguan seperti seasonal affective disorder (SAD), sejenis kemurungan yang berkait rapat dengan perubahan musim.

    Selain itu, hujan juga membersihkan udara daripada habuk dan alergen. Apabila zarah kotoran ini dibasuh oleh titisan air, udara menjadi lebih segar untuk dihirup. Disebabkan itu, kita rasa lega selepas hujan.

    Menikmati hujan dengan pancaindera

    Selain manfaat saintifik, berjalan dalam hujan juga memberi pengalaman deria yang sukar ditiru. Seperti yang dijelaskan oleh Karen Clarke dari Natural Resources Wales, aktiviti seperti berjalan, berlari atau berbasikal ketika hujan mampu memberi kesan positif pada tubuh dan minda.

    Katanya, bunyi titisan air dan cuaca sejuk sangat menenangkan. Hujan membersihkan udara daripada habuk dan alergen, jadi kita bernafas dengan lebih sihat. Bila berjalan di permukaan licin, otot kita juga bekerja lebih banyak untuk mengimbangi badan. Secara tak langsung, kita membakar lebih banyak kalori.

    Bau, bunyi dan ketenangan yang tak dapat ditiru

    Walau seberapa canggih teknologi penghasilan minyak wangi, belum ada yang mampu meniru dengan sempurna keharuman semula jadi petrichor. Bau hujan dipengaruhi oleh banyak faktor seperti jenis tanah, tumbuhan sekeliling, tahap kelembapan dan lokasi geografi.

    Bau hujan di sawah tentu berbeza dengan di bandar. Namun, di mana pun kita berada, pengalaman itu tetap memberi kesan yang sama iaitu ketenangan. – RELEVAN

    Previous ArticlePerkasa semula program keusahawanan 1K1P
    Next Article Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta

    Artikel berkaitan

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.