Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar
    • Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini
    • 10 bandar paling ramai penduduk di dunia
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah
    • Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu
    • 6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus
    • 10 barang wajib yang perlu ada dalam beg kit banjir
    • Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025

      6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

      November 26, 2025

      Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini

      November 25, 2025

      Kebaikan apple cider vinegar untuk kesihatan

      November 24, 2025

      Red flag awal serangan jantung

      November 21, 2025
    • Kewangan

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025
    • Pendidikan

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025

      10 barang wajib yang perlu ada dalam beg kit banjir

      November 25, 2025

      Kenali siren banjir

      November 24, 2025
    • Kerjaya

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 figura ternama dunia menghidap Sindrom Asperger

    7 figura ternama dunia menghidap Sindrom Asperger

    By AMAL HAYATI FAUZIOctober 7, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SINDROM Asperger adalah gangguan neurobiologi yang tergolong dalam spektrum autisme (ASD). Individu dengan sindrom ini lazimnya mempunyai tahap kecerdasan normal atau lebih tinggi daripada purata serta kemampuan luar biasa dalam bidang tertentu. Namun mereka sering menghadapi cabaran dalam interaksi sosial dan berkomunikasi.

    Antara ciri yang dikaitkan dengan penghidap sindrom Asperger :

    • Tumpuan mendalam terhadap minat tertentu.
    • Kesukaran memahami bahasa kiasan atau sarkastik.
    • Mempunyai rutin harian yang teratur.

    Berikut ialah beberapa figura terkenal dunia yang menghidap Asperger:

    • Greta Thunberg

    Detik Greta menghidap sindrom ini adalah apabila dia mula sedar tentang isu perubahan iklim seawal usia lapan tahun sehinggakan berhenti bercakap dan enggan ke sekolah. 

    Aktivis yang kini berumur 22 tahun itu memulakan protes seorang diri di hadapan Parlimen Sweden untuk menuntut tindakan segera mengenai krisis iklim pada 2018. Sejak itu, Greta menjadi simbol global kesedaran alam sekitar dan menerima pelbagai pengiktirafan antara 2019 sehingga 2023.

    Terbaharu, Greta turut menyertai misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang berlayar ke Gaza bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin. 

    • Mark Zuckerberg

    Pengasas Facabook atau kini dikenali sebagai Meta, Mark Zuckerberg mengaku mempunyai Sindrom Asperger. Gaya percakapannya yang terus terang dan sentiasa serius selalu disalah tafsirkan sebagai kurang mesra. Wal hal, keperibadiaannya itu menggambarkan ciri-ciri individu yang menghidapi spektrum autisme. Bagaimanapun, sindrom tersebut tidak menghalang kejayaan Mark yang mencipta platform media sosial terbesar di dunia.

    • Albert Einstein 

    Ahli fizik terulung dunia ini juga mempunyai Sindrom Asperger. Einstein menunjukkan ciri-ciri sindrom tersebut melalui penghayatannya terhadap teori dan matematik. Beliau juga terkenal sebagai seorang pemikir bijak yang mencipta teori yang membentuk asas sains pada hari ini.

    • Bill Gates

    Pengasas Microsoft, Bill Gates juga salah seorang penghidap Sindrom Asperger. Di sebalik sindrom yang dihidapi, beliau mencipta empayar teknologi yang diguna pakai seluruh dunia. Dan beliau antara orang terkaya di dunia ketika ini.

    • Nikola Tesla

    Pencipta dan jurutera elektrik legenda, Nikola Tesla merupakan penghidap Sindrom Asperger. Beliau sensitif terhadap cahaya dan bunyi, gemar bersendirian dan obsesi terhadap nombor tiga. Walaupun begitu, sumbangannya terhadap dunia teknologi amat besar.

    • Tim Burton

    Pengarah filem terkemuka, Tim Burton terkenal dengan karya uniknya dalam menghasilkan sebuah filem. Beliau juga menghidap Sindrom Asperger.

    • Elon Musk

    Pemilik syarikat dan usahawan Tesla, Elon Musk secara terbuka mengakui bahawa beliau mengalami Sindrom Asperger. Pengasas Space X itu mengesahkan perkara tersebut semasa menjadi hos rancangan televisyen Saturday Night Live. Musk kini adalah manusia paling kaya di dunia dengan kekayaan AS$500 bilion.

    Sindrom Asperger bukan penghalang untuk berjaya. Sebaliknya, ia menjadi bukti bahawa setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk berfikir, berkarya dan memberi sumbangan kepada dunia.

    Figura terkemuka seperti Greta Thunberg dan Albert Einstein membuktikan bahawa mempunyai spektrum autisme seperti Sindrom Asperger bukanlah satu kelemahan sebaliknya, ia merupakan keistimewaan yang tidak ada pada orang lain. -RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

    November 28, 2025

    Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

    November 28, 2025

    10 bandar paling ramai penduduk di dunia

    November 27, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

    November 27, 2025

    Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

    November 26, 2025

    6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

    November 26, 2025
    Artikel Terkini

    Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

    November 28, 2025

    Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

    November 28, 2025

    10 bandar paling ramai penduduk di dunia

    November 27, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

    November 27, 2025

    Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

    November 26, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.