Facebook Twitter
    Trending
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ujian RTK-Ag ada tarikh luput, ini yang anda perlu tahu

    Ujian RTK-Ag ada tarikh luput, ini yang anda perlu tahu

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalApril 26, 2022Updated:April 26, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Unsplash

    ADAKAH anda menyimpan stok ujian Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) di rumah? Anda mungkin ingin melakukan sedikit penyelidikan sebelum menggunakannya.  Seperti makanan dan ubat-ubatan, ujian RTK-Ag Covid-19 juga mempunyai tarikh tamat tempoh.  

    Ujian ini direka untuk menunjukkan keputusan dalam masa kurang dari 30 minit dan boleh dilakukan oleh anda sendiri di rumah, tetapi bagaimanakah caranya untuk kita kenal pasti tarikh luput RTK-Ag?

    Relevan kongsikan apa yang anda perlu tahu tentang tarikh tamat tempoh kit ujian RTK-Ag, menurut TIME (https://time.com/6169734/can-i-use-expired-covid-19-tests/). 

    Bilakah tarikh tamat tempoh ujian RTK-Ag?

    Menurut U.S. Food and Drug Administration (FDA), komponen-komponen dalam ujian Covid-19 tersebut boleh hilang keberkesanannya dari masa ke masa dan berpotensi untuk menjejaskan fungsi serta boleh mengakibatkan keputusan ujian yang ditunjukkan adalah tidak tepat.  

    Walaubagaimanapun, untuk mengenal pasti tarikh luput sesuatu produk itu mengambil masa yang agak lama. Sebagai contoh, untuk mengetahui sama ada ujian berfungsi dengan baik selepas dua tahun, pengilang memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk mengumpul data sebelum dapat memutuskan sama ada ketahanannya mencecah dua tahun atau tidak. 

    Memandangkan ujian RTK-Ag Covid-19 adalah produk yang baharu diperkenalkan, syarikat-syarikat sedang mengumpul banyak data tersebut dalam masa sebenar (real time) untuk mengenal pasti sama ada tarikh tamat tempoh boleh berubah atau tidak.

    FDA menetapkan tarikh luput dengan teliti dan kemudian menyesuaikan atau mengubah mengikut keperluan. Sebagai permulaan, ujian Covid-19 di rumah biasanya diberi tarikh tamat tempoh empat hingga enam bulan selepas tarikh dikeluarkan.

    Agensi itu boleh melanjutkan tempoh tersebut apabila sudah mendapatkan hasil kajian baharu. Sistem dinamik itu bermakna tarikh yang diletakkan pada kotak ujian anda mungkin bukan tarikh tamat tempoh yang sebenarnya.

    Bolehkah menggunakan ujian RTK-Ag yang sudah tamat tempoh?

    FDA menasihati untuk tidak menggunakan kit ujian yang sudah tamat tempoh.  Pengarah sistem penyakit berjangkit di Connecticut’s Hartford HealthCare, Dr. Ulysses Wu berkata, beliau bersetuju dengan langkah berhati-hati untuk tidak menggunakan kit ujian yang sudah tamat tempoh.

    Hal ini kerana, anda berkemungkinan tidak akan mendapat keputusan yang tepat jika menggunakan kit ujian yang telah tamat tempoh.  

    “Anda mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk mendapat keputusan negatif palsu berbanding positif palsu. Namun, keputusan negatif palsu itu lebih berisiko kerana ia akan memburukkan keadaan jika anda sebenarnya positif Covid-19,” katanya.

    Bagaimanakah cara penyimpanan ujian RTK-Ag yang betul?

    Tempoh penyimpanan bukanlah satu-satunya faktor yang boleh menjejaskan kualiti ujian Covid-19.  Kelembapan dan suhu juga boleh menjejaskan kualitinya.  Wu mengesyorkan untuk menyimpan apa-apa bekalan perubatan di tempat yang sejuk, gelap dan kering seperti kabinet dapur untuk mengekalkan kualiti dan keberkesanannya. 

    Wu tidak menggalakkan penyimpanan ujian Covid-19 yang banyak dalam stok peribadi.  Seeloknya beli jika perlu bagi mengelakkan pembaziran kerana tidak boleh menggunakan kit ujian yang sudah tamat tempoh.  Selain itu, ia juga akan menyukarkan orang lain yang betul-betul memerlukan kit ujian tersebut.

    Pakar virologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar, berkata, lakukan persampelan air liur di awal pagi sebaik saja bangun tidur untuk mendapatkan keputusan tepat setaraf dengan ujian melalui cara calitan di tekak dan hidung.  Sebelum membeli dan menggunakan kit ujian Covid-19, pastikan anda semak tarikh luput terlebih dahulu. – RELEVAN

    covid-19 featured kit ujian
    Artikel Terkini

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025

    99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

    June 24, 2025

    Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

    June 23, 2025

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.