Facebook Twitter
    Trending
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    • Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?
    • Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan
    • Tanda-tanda anda seorang workaholic
    • NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti
    • Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025

      Tips makan luar secara sihat

      November 13, 2025
    • Kewangan

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025

      7 tip persediaan menjelang SPM

      November 12, 2025

      Bahaya ketagihan permainan dalam talian

      November 12, 2025

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025
    • Kerjaya

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?

    Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?

    By Umi FatehahOctober 3, 2025Updated:October 3, 20258 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel? - GAMBAR HIASAN FAIZ ALIF ZUBIR/UTUSAN

    BERITA penahanan 23 sukarelawan Malaysia oleh tentera Israel ketika misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) bukan sahaja mengejutkan tetapi menimbulkan kemarahan sebahagian besar masyarakat di negara ini.

    Rakyat menuntut pembebasan segera 23 sukarelawan ini manakala kerajaan berusaha dengan bantuan negara luar untuk memudahkan penghantaran pulang mereka.

    Siapa wira-wira Malaysia yang meninggalkan keluarga dan negara serta mempertaruhkan nyawa demi membantu jutaan penduduk Gaza yang hampir dua tahun diserang oleh rejim zionis dalam apa yang didakwa sebagai genosid terburuk dalam era moden?

    KAPAL HIO

    1. Nur Heliza Helmi 
    Nur Heliza Helmi

    Nur Heliza Helmi, 39, – seorang penyanyi dan figura awam Malaysia yang mula dikenali selepas menyertai Akademi Fantasia musim kelima. 

    Selain kerjaya dalam muzik dan pengacaraan, Heliza Helmi juga aktivis kemanusiaan yang kerap menyertai misi bantuan di negara konflik seperti Palestin, Syria dan Yaman serta aktif dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa.

    1. Nur Hazwani Afiqah Helmi 
    Nur Hazwani Afiqah Helmi

    Nur Hazwani Afiqah Helmi – adik kepada Heliza Helmi. Sama seperti kakaknya, beliau turut bergiat dalam bidang seni sebagai penyanyi-penulis lagu, pengacara dan aktivis kemanusiaan. 

    Lulusan bidang psikologi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dia sejak remaja sudah aktif mengambil bahagian dalam program-program kebajikan dan misi bantuan.


    KAPAL GRANDE BLU

    1. Norfarahin Romli (Farah Lee) 
    Farah Lee

    Norfarahin Romli – (Farah Lee, 37) – membina reputasinya sebagai aktivis kebajikan dan pengasas pertubuhan Childrity yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak serta keluarga dalam krisis. 

    Sepanjang misi GSF, Farah merupakan antara aktivis yang kerap memuat naik perkembangan sepanjang pelayarannya ke bumi Gaza. 

    Lebih menyentuh hati, beliau berkongsi tangkap layar perbualan dengan satu-satunya anak perempuannya, Maream. Dalam perbualan itu, jelas tergambar kasih seorang anak yang menanti kepulangan ibunya. Farah ialah seorang aktivis kemanusiaan tetapi di mata Maream, beliau hanyalah seorang ibu yang dirindui.

    1. Danish Nazram Murad 
    Danish Nazram

    Danish Nazram Murad – wakil pasukan Global Peace Mission (GPM) Malaysia. Beliau menyertai misi flotilla berkenaan bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan serta menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.



    KAPAL HUGA

    1. Nur Fazelah Mad Tahil (Zizi Kirana) 
    Zizi Kirana

    Nur Fazelah Mad Tahil – Lebih dikenali sebagai Zizi Kirana, dia ialah seorang penyanyi dan figura seni. Berasal dari Sabah, Zizi mula popular melalui program realiti dan karya muzik. 

    Beliau semakin aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan serta sering berkongsi mesej positif di media sosial. Kehadirannya dalam misi ini mendapat sokongan suaminya, Yusuf Bahrin yang sentiasa memberi dorongan terhadap beliau.

    KAPAL SIRIUS

    6. Muhammad Haikal Abdullah

    Haikal Abdullah

    Muhammad Haikal Abdullah – seorang sukarelawan yang menaiki kapal Sirius dalam misi GSF. Namanya turut tersenarai dalam pengesahan rasmi Wisma Putra sebagai antara aktivis yang ditahan pihak berkuasa Israel. 

    7. Muhammad Muaz Zainal Abiddin 

    Muaz Zainal

    Muhammad Muaz Zainal Abiddin – disenaraikan antara tahanan rasmi oleh Wisma Putra selepas insiden penahanan oleh pihak berkuasa Israel. 

    Beliau seorang aktivis muda yang tidak gentar mengambil risiko demi menyampaikan bantuan dan solidariti ke Gaza. Kehadirannya menggambarkan tekad generasi baru menegakkan kemanusiaan walau berdepan ancaman keselamatan.

    8. Mohammad Zulfadhli Khiruddin 

    Zulfadhli Khiruddin

    Mohammad Zulfadhli Khiruddin – antara sukarelawan Malaysia yang ditahan oleh tentera Israel, adalah suami kepada pelakon dan pengacara terkenal, Yatt Hamzah.

    Ayah kepada kepada lima anak itu kini berjauhan dari keluarga manakala isterinya Yatt meluahkan kegusaran di media sosial supaya suaminu dikembalikan segera.

    9. Mohd Rusydi Ramli 

    Rusydi Ramli

    Mohd Rusydi Ramli –  Walaupun bukan figura selebriti atau dikenali ramai, keberaniannya berlayar ke Gaza membuktikan tekad dan solidaritinya terhadap perjuangan kemanusiaan. 

    KAPAL ALMA

    1. Iylia Balqis Suhaimi 
    Iylia Balqis

    Iylia Balqis Suhaimi – seorang sukarelawan yang menaiki kapal Alma misi GSF. Namanya mula disebut apabila beberapa rakaman video dan kemas kini tular memperlihatkan keberadaannya di barisan hadapan bersama aktivis lain yang berusaha memastikan perjalanan misi berjalan lancar.

    Dengan jumlah pengikut lebih 62.3K di Instagram, Iylia sering menggunakan platformnya untuk menyebarkan kesedaran tentang isu kemanusiaan. 

    Beliau juga bertugas di bawah naungan Cinta Salam Malaysia, sebuah pertubuhan yang aktif menghantar misi bantuan ke kawasan bergolak. 

    1. Ahmad Musa Alnuwayri Kamaruzaman 
    Ahmad Musa Alnuwayri Kamaruzaman

    Ahmad Musa Alnuwayri Kamaruzaman – lebih dikenali sebagai Musa Nuwayri, merupakan antara wajah penting dalam gerakan kemanusiaan tanah air. 

    Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Strategik Persatuan Cinta Syria Malaysia, selain memegang pelbagai peranan penting seperti Supreme Council My Aqsa Defender Capital (Director), Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Pembela Al-Aqsa Malaysia, serta Board of Director Sekolah KITA III.

    Penglibatan luas Musa dalam pertubuhan-pertubuhan ini menggambarkan dedikasinya yang mendalam terhadap perjuangan membela nasib masyarakat tertindas, khususnya di Syria dan Palestin.

    12. Sul Aidil Sudi 

    Sul Aidil Sudi

    Sul Aidil Sudi –  seorang aktivis kemanusiaan dari Sabah di bawah naungan Cinta Gaza Malaysia (CGM). Kisahnya menjadi perhatian apabila isterinya, Shida Irni, menitipkan kata-kata penuh pilu di laman sosial yang menggambarkan gelap, dingin dan sunyinya perjuangan di tengah laut namun tetap diselubungi doa dan harapan agar suaminya pulang dengan selamat.

    KAPAL FREE WILLY

    13. Muhd Haikal Luqman Zulkefli

    Muhd Haikal Luqman Zulkefli

    Muhd Haikal Luqman Zulkefli – berkhidmat sebagai Eksekutif Strategik Cinta Gaza Malaysia (CGM). Beliau antara tenaga muda yang lantang menyuarakan isu Palestin dan sering tampil dalam gerak kerja kebajikan serta advokasi kemanusiaan.

    1. Muhammad Hareez Adzrami (Haroqs) 
    Muhammad Hareez Adzrami (Haroqs)

    Muhammad Hareez Adzrami – Lebih dikenali sebagai Haroqs, pemuda berusia 25 tahun tidak bimbang akan cabaran yang mendatang dan sanggup menyertai misi GSF. 

    Berbekalkan bakat sebagai jurugambar dan juruvideo, beliau membawa lensa kecilnya untuk merakam perjalanan bersejarah itu.

    15. Dr. Taufiq Mohd Razif

    Dr. Taufiq Mohd Razif

    Dr. Taufiq Mohd Razif – berlatar belakang akademik dalam bidang penyelidikan dan pengajaran, dengan fokus pada ilmu Islam dan kesihatan. 

    Beliau turut dikenali melalui penglibatan dalam komuniti akademik dan NGO, khususnya dalam program pendidikan, pembangunan modul perkhidmatan sosial serta dialog etika. 

    KAPAL ESTRELLA

    1. Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan (PU Rahmat) 
    Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan (PU Rahmat)

    Rahmat Ikhsan – lebih dikenali sebagai PU Rahmat, beliau sempat menitipkan pesanan penuh emosi kepada rakannya, Imam Muda Asyraf, sebelum ditahan tentera Israel dalam misi kemanusiaan GSF.

    Dalam perkongsian yang dirakam oleh Bernama Radio, Imam Muda Asyraf menceritakan bagaimana PU Rahmat berpesan agar ibunya tidak dibebani dengan ketakutan, sebaliknya diberikan khabar yang menenangkan hati.

    1. Norhelmi Ab Ghani 
    Norhelmi Ab Ghani

    Norhelmi Ab Ghani dikenali aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan khususnya melalui keterlibatan bersama pertubuhan masyarakat sivil tempatan.

    1. Mohd Asmawi Mukhtar 
    Mohd Asmawi Mukhtar

    Mohd Asmawi Mukhtar – tersenarai sebagai salah seorang peserta misi GSF. Walaupun tidak banyak maklumat peribadi beliau dikongsi secara terbuka, penyertaannya tetap melambangkan tekad seorang rakyat Malaysia yang sanggup berada di barisan hadapan dalam usaha membawa mesej kemanusiaan ke Gaza.

    1. Norazman Ishak 
    Norazman Ishak

    Norazman Ishak- Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pulau Pinang, merupakan antara peserta misi Global Sumud Flotilla (GSF). Berpengalaman menyertai misi kemanusiaan terdahulu seperti Food Flotilla for Myanmar pada 2017.

    KAPAL MIKENO

    1. Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardell Aryana) 
    Ardell Aryana

    Nurul Hidayah Mohd Amin – lebih dikenali sebagai Ardell Aryana, pelakon dan aktivis kemanusiaan, antara peserta GSF yang paling mencuri perhatian umum. 

    Sepanjang pelayaran, beliau antara yang paling kerap membuat liputan langsung di media sosial, termasuk detik cemas ketika kapal tentera Israel menghampiri dan menyerang kapal yang dinaikinya.

    Keadaan menjadi sedih suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa, dilihat tidak mampu menahan air mata dalam satu perkongsian video, meluahkan kerinduan dan doa agar isteri serta ibu kepada dua cahaya mata mereka itu pulang dengan selamat.


    KAPAL FAIR LADY

    21. Muhammad Hidayat Abdullah

    Ustaz Mad Kecik

    Muhammad Hidayat Abdullah – lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik menjadi antara wajah yang paling segar dalam ingatan rakyat Malaysia sepanjang misi GSF. 

    Dalam salah satu siaran langsungnya, beliau dilihat sedang memasak dan menjamah lempeng bersama rakan-rakan di atas kapal. Suasana ceria itu tiba-tiba bertukar cemas apabila semua penumpang diarahkan memakai jaket keselamatan setelah bot tentera Israel menghampiri.

    1. Zainal Rashid Bin Ahmad 
    Zainal Rashid Bin Ahmad

    Zainal Rashid Ahmad – Dikenali sebagai ZRA, beliau merupakan bekas wartawan, penulis prolifik dan pempengaruh media yang dikenali dengan suara lantangnya memperjuangkan isu kemanusiaan. 

    Beliau pernah berkhidmat di pelbagai organisasi media arus perdana sebelum mendalami dunia kesusasteraan dan aktivisme.



    KAPAL INANA 

    1. Razali Bin Awang
    Razali Awang

    Razali Awang – Bekas wartawan perang dan bencana TV3 yang kini aktif bersama NGO Syria Care. 

    Berpengalaman melaporkan konflik di medan perang, beliau menyaksikan sendiri kesengsaraan dan jenayah kemanusiaan yang berlaku, menjadikan perspektifnya dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) lebih bermakna. 

    Selain terlibat secara langsung di lapangan, Razali aktif menulis dan berkongsi pandangan tentang isu kemanusiaan, termasuk krisis pelarian dan penderitaan mangsa konflik, bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang realiti yang dihadapi di zon konflik. – RELEVAN

    featured global sumud flotilla gsf pendidikan

    Artikel berkaitan

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025

    Risiko terlalu lama depan laptop

    November 18, 2025

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025
    Artikel Terkini

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025

    Risiko terlalu lama depan laptop

    November 18, 2025

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.