Facebook Twitter
    Trending
    • 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    • 3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia
    • Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi
    • Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata
    • Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya
    • Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja
    • 10 makanan pencetus migrain
    • 1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023

      1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

      September 16, 2023

      Telinga selalu berdesing? Ia mungkin menjadi petanda masalah kesihatan

      September 15, 2023

      Telur separuh masak bantu pulihkan otot? Ini penjelasan pakar  

      September 12, 2023

      Pakar pemakanan kongsi persediaan penuaan yang sihat

      September 8, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023

      Tanam bakau, semai rasa sayang pada alam

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

      September 20, 2023

      Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

      September 19, 2023

      Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja

      September 18, 2023

      5 perkara ini anda perlu buat jika diberhentikan kerja

      September 14, 2023

      Cara untuk jawab soalan berapakah jangkaan gaji anda

      September 14, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cegah batuk kokol melalui vaksin

    Cegah batuk kokol melalui vaksin

    By Umi FatehahAugust 24, 2023Updated:August 24, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    CEGAH batuk kokol melalui vaksin. - GAMBAR HIASAN TOWFIQU BARBHUIYA/UNSPLASH

    BARU-baru ini, media melaporkan terdapat kes wabak pertusis atau batuk kokol membabitkan tiga individu dalam sebuah keluarga yang berlaku di Kampung Bahagia, Rompin, Pahang.

    Batuk kokol ialah jangkitan pernafasan yang mudah dijangkiti dan menjangkit. Pertusis merebak dengan mudah dari manusia ke manusia terutamanya melalui titisan yang dihasilkan oleh batuk atau bersin. 

    Penyakit ini paling berbahaya pada bayi. Ia juga merupakan punca utama kepada penyakit-penyakit lain dan kematian yang berlaku dalam kalangan bayi.

    Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), gejala pertama biasanya muncul pada tujuh hingga 10 hari selepas jangkitan. Ia termasuk demam ringan, hidung berair dan batuk biasa. Tetapi gejala batuk biasa itu lama-kelamaan menjadi semakin teruk sehinggalah doktor mendiagnosis keadaan tersebut sebagai batuk kokol. 

    Orang yang menghidap pertusis paling mudah dijangkiti sehingga kira-kira tiga minggu selepas batuk bermula. Bagi kanak-kanak yang dijangkiti pula, mereka akan mengalami batuk yang berterusan selama empat hingga lapan minggu. 

    Batuk kokol juga hadir dengan pelbagai kemungkinan komplikasi sampingan. Antaranya ialah pneumonia. Ia merupakan komplikasi sampingan yang paling biasa berlaku kepada pesakit. 

    Manakala sawan dan penyakit otak merupakan komplikasi paling jarang berlaku tetapi tidak mustahil.

    Pada tahun 2018, terdapat lebih daripada 151,000 kes pertusis direkodkan di seluruh dunia.

    Cara pencegahan

    Cara terbaik untuk mencegah pertusis adalah melalui imunisasi. Vaksin siri primer tiga dos difteria-tetanus-pertussis (DTP3) mampu mengurangkan risiko pertusis kronik pada peringkat bayi. 

    Pada 2018, 86 peratus daripada populasi sasaran global telah menerima tiga dos vaksin yang mengandungi DTP yang disyorkan semasa bayi.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan dos pertama diberikan seawal usia enam minggu. Dos seterusnya pula disarankan untuk diberikan dengan jarak empat hingga lapan minggu kepada bayi berumur 10 hingga 14 minggu dan 14 hingga 18 minggu. 

    Pakar mengesyorkan untuk memberikan dos penggalak sebaik-baiknya sebelum berusia tiga tahun. Berdasarkan epidemiologi tempatan, dos penggalak mungkin diperlukan di kemudian hari untuk meningkatkan imunisasi.

    Vaksinasi untuk wanita hamil berkesan dalam mencegah penyakit ini kepada bayi yang terlalu muda untuk divaksinkan. 

    Di negara yang menunjukkan peningkatan ketara dalam penyakit dan kematian dalam kalangan bayi akibat pertusis, inisiatif nasional boleh mempertimbangkan untuk memberi vaksin yang mengandungi pertusis kepada wanita hamil. 

    Pendekatan ini akan menambah amalan standard pemberian vaksin pertusis kepada bayi sebagai sebahagian daripada jadual imunisasi utama mereka. – RELEVAN

    batuk kokol featured kesihatan pertussis
    Artikel Terkini

    5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

    September 20, 2023

    3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

    September 20, 2023

    Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

    September 19, 2023

    Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

    September 19, 2023

    Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

    September 19, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.