Facebook Twitter
    Trending
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Produk bayi yang boleh bawa mudarat tetapi dijual berleluasa

    Produk bayi yang boleh bawa mudarat tetapi dijual berleluasa

    By Umi FatehahSeptember 25, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Produk bayi yang boleh bawa mudarat tetapi dijual berleluasa. - GAMBAR HIASAN KEIRA BURTON/PEXELS

    SEBAGAI ibu bapa, kita sentiasa mahu memberikan yang terbaik untuk anak masing-masing. Kita selalunya akan cuba mendapatkan sebarang produk yang terbaik. 

    Tetapi hakikatnya, tidak semua produk bayi yang dikeluarkan selamat walaupun kelihatan cantik. Satu produk yang sering menjadi perdebatan ialah baby walker. Walaupun bayi bergerak lincah dalam kerusi beroda itu, ada risiko yang tidak disedari ibu bapa. Banyak laporan kemalangan membuktikan baby walker dilaporkan sebelum ini.

    Baby walker

    Baby walker direka untuk bayi yang belum boleh berjalan sendiri iaitu berusia antara enam hingga 15 bulan. Kaki bayi akan mencecah lantai dan mereka boleh menolak untuk bergerak, seolah-olah mereka sedang berjalan.

    Ia berbeza dengan push-toy walker yang merangkumi mainan yang ditolak bayi ketika berdiri. Ia sesuai untuk bayi yang sudah ada kekuatan berdiri dan kawalan badan yang baik. Baby walker pula membolehkan bayi bergerak walaupun mereka belum bersedia secara fizikal.

    Baby walker bahaya atau sekadar mitos?

    Banyak laporan yang menyatakan baby walker bukan pilihan yang selamat.

    Menurut pakar pediatrik di Washington, Dr. Paul Patterson, baby walker bukan sahaja meningkatkan risiko kemalangan tetapi boleh menjejaskan perkembangan fizikal bayi. 

    Malah, penggunaan baby walker beroda diharamkan di Kanada. American Academy of Pediatrics (AAP) pula mencadangkan ia turut diharamkan di Amerika Syarikat.

    Berikut beberapa sebab kenapa pakar tidak menggalakkan penggunaannya:

    1. Risiko jatuh dari tangga

    Menurut AAP, lebih 230,000 bayi bawah 15 bulan pernah dirawat akibat kemalangan yang berkaitan dengan baby walker antara 1990 hingga 2014. Daripada jumlah itu, 74 peratus kes adalah kejadian jatuh tangga. Walaupun sekarang kes semakin berkurang kerana ibu bapa lebih peka, risikonya tetap tinggi lebih-lebih di rumah mempunyai tangga atau permukaan tidak rata.

    1. Bayi bergerak terlalu laju

    Bayi boleh bergerak lebih laju daripada jangkaan. Walaupun diperhati ibu bapa, mereka boleh sampai ke kawasan berbahaya dalam beberapa saat sahaja. 

    Bayi juga tidak boleh keluar sendiri jika walker terbalik dan mereka akan terperangkap dalam posisi yang membahayakan.

    1. Mudah capai benda berbahaya

    Bayi menjadi lebih tinggi dan mampu mencapai barangan yang kebiasaannya di luar jangkauan. Ada kes bayi menarik periuk panas di dapur sehingga melecur atau menarik wayar seterika panas. Malah, ada laporan bayi lemas kerana walker digunakan berhampiran kolam atau baldi air.

    1. Kesan pada perkembangan kaki

    Baby walker meletakkan bayi dalam posisi berdiri yang tidak semula jadi. Ia boleh menyebabkan jari kaki menuding ke bawah (menjengket) dan putaran kaki yang tidak normal. Jika digunakan terlalu lama, ia boleh menjejaskan corak berjalan bayi dan perkembangan otot kaki.

    Alternatif yang lebih selamat

    Beberapa alternatif yang boleh dipertimbangkan:

    • Pusat aktiviti statik – Bayi duduk dalam kerusi yang tidak bergerak tetapi boleh berpusing atau melantun. Ini membolehkan bayi bermain dengan selamat tanpa bergerak ke kawasan berbahaya.
    • Push toy – Sesuai untuk bayi yang sudah mula berdiri dan mahu melatih langkah.
    • Kereta sorong mainan – Biarkan bayi tolak perlahan-lahan di permukaan rata. Pastikan ia kukuh dan tidak mudah terbalik.
    • Tummy time dan playmat – Galakkan bayi bermain di lantai. Ia membantu menguatkan otot leher, bahu dan kaki iaitu asas penting sebelum belajar berjalan.
    • Playpen dengan mainan interaktif – Bayi boleh meneroka dengan selamat dalam kawasan berpagar tanpa risiko terjatuh tangga atau capai benda bahaya.

    Dengan alternatif ini, bayi tetap dapat meneroka dunia mereka, menguatkan otot dan belajar bergerak dengan cara yang lebih semula jadi serta selamat. – RELEVAN

    Previous ArticlePanduan BUDI95 yang wajib anda tahu
    Next Article Ramen berlebihan jejaskan kesihatan?

    Artikel berkaitan

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.