Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fakta semesta: Apa itu fenomena ‘Blood Moon’ ?

    Fakta semesta: Apa itu fenomena ‘Blood Moon’ ?

    By AMAL HAYATI FAUZISeptember 8, 2025Updated:September 8, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Imej fasa gerhana bulan penuh di MAHA Tower, Langkawi. GAMBAR HIASAN PASUKAN OBSERVATORI NEGARA LANGKAWI, MYSA

    SEKIRANYA anda menatap ke langit malam tadi, anda pasti melihat pemandangan luar biasa apabila bulan bertukar menjadi warna merah akibat fenomena gerhana penuh yang lebih dikenali sebagai ‘Blood Moon’.

    Fenomena ini dapat disaksikan di kebanyakan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.  Ramai terpukau dengan keunikan warna bulan yang tidak seperti kebiasaannya.

    Proses terjadinya ‘bulan berdarah’

    Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bulan berdarah atau ‘Blood Moon’ hanya berlaku apabila bumi berada pada kedudukan di antara matahari dan bulan mengakibatkan bulan ditutupi oleh bayang-bayang bumi. Bulan akan kelihatan berwarna merah pada kemuncak gerhana bulan penuh kerana pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi.

    Fenomena gerhana bulan penuh yang berlaku baru-baru ini terjadi hanya 2.7 hari sebelum bulan mencapai kedudukan terdekat dengan bumi. Selain Malaysia, fenomena ini dapat disaksikan di Asia, Afrika, Eropah, Australia dan New Zealand.

    Situasi gerhana di Malaysia

    Walaupun cuaca kurang baik semasa fenomena tersebut berlaku, ramai yang bertuah dapat menyaksikan sekurang-kurangnya sebahagian fasa gerhana iaitu gerhana bulan penumbra yang berlaku ketika fasa bulan penuh. Situasi tersebut terjadi apabila cahaya bulan menjadi suram akibat terlindung oleh bumi.

    Bulan purnama September: ‘Corn Moon’

    Bulan purnama bagi bulan September terkenal dengan nama Bulan Jagung atau ‘Corn Moon’. Gelaran ini berasal daripada tradisi petani di Amerika Utara yang menuai jagung pada akhir musim panas.

    Secara tradisinya, beberapa kumpulan orang asli dari Amerika turut menggunakan variasi nama ‘Bulan Jagung’ untuk merujuk kepada bulan Ogos atau September. Antaranya ialah ‘Corn Maker Moon’ (Bulan Pencipta Jagung) dan ‘Corn Harvest Moon’ (Bulan Tuai Jagung).

    Bila ‘bulan berdarah’ bakal berlaku ?

    Selain gerhana bulan penuh yang berlaku semalam, kali terakhir fenomena itu terjadi adalah pada Mac lalu, manakala sebelumnya tercetus pada tahun 2022.

    Memetik laporan daripada First Post, satu gerhana matahari penuh yang jarang berlaku, apabila bulan menutupi matahari sepenuhnya, dijangka dapat dilihat di Eropah pada bulan Ogos tahun hadapan.

    Menariknya, malam ini juga merupakan bulan purnama terakhir sebelum menutup tirai tahun 2025. -RELEVAN

    Previous ArticlePersiapan lengkap sebelum menjejak kaki ke universiti
    Next Article Asyik tidur waktu siang? 

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.