Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

    Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

    By Umi FatehahAugust 19, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BULI di sekolah bukan sekadar gurauan kasar. Ia boleh berlaku dalam bentuk fizikal, lisan, sosial mahupun siber. 

    Hari ini semakin ramai mangsa buli tampil untuk menceritakan penderitaan mereka. Kes Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah berasrama di Papar, Sabah, menjadi titik hitam yang membuka mata seluruh rakyat negara. 

    Zara ditemui tidak sedarkan diri berhampiran asramanya pada 16 Julai 2025 dan meninggal dunia keesokannya. Terdapat dakwaan terdapat unsur buli, pengabaian dan gangguan seksual yang pernah diadukan tetapi tidak ditangani sewajarnya. 

    Tragedi ini menjadi peringatan keras bahawa masalah buli bukan perkara kecil malah boleh meragut nyawa orang tidak berdosa. Ramai anak-anak dipercayai mengalami tekanan tetapi memilih memendam penderitaan yang ditanggung daripada keluarga masing-masing.

    Mengapa memilih tidak menceritakan penderitaan masing-masing?

    Ramai kanak-kanak dan remaja enggan berkongsi pengalaman dibuli dengan ibu bapa. Menurut kajian UNICEF (2022), lebih separuh daripada pelajar di Malaysia yang pernah dibuli tidak mendedahkan pengalaman itu kerana takut dianggap lemah, malu atau bimbang tidak dipercayai. 

    Ada yang takut keadaan menjadi lebih buruk jika pembuli mengetahui bahawa mangsa membuat aduan. Faktor ini menyebabkan ramai anak muda memilih untuk berdiam diri walaupun menderita secara emosi dan fizikal.

    Petanda anak sedang dibuli

    Walaupun anak mungkin tidak menceritakan pengalaman mereka, ibu bapa masih boleh mengesan tanda-tanda awal melalui perubahan tingkah laku dan rutin harian. Antara tanda yang lazim berlaku ialah:

    • Perubahan emosi mendadak – Anak mudah marah, murung atau kerap menangis tanpa sebab yang jelas.
    • Enggan ke sekolah – Mereka memberi alasan sakit perut, pening kepala atau cuba mengelak ke sekolah.
    • Prestasi akademik merosot – Kesukaran memberi tumpuan dalam kelas kerana fikiran terganggu.
    • Kehilangan barang peribadi – Barang sekolah seperti alat tulis, duit belanja atau pakaian kerap hilang.
    • Perubahan tidur dan selera makan – Ada anak yang susah tidur malam, mimpi buruk atau hilang selera makan.
    • Lebam atau kecederaan yang meragukan – Anak memberi alasan tidak munasabah apabila ditanya tentang kesan fizikal tersebut.

    Tanda-tanda itu bukanlah bukti mutlak anak sedang dibuli tetapi gabungan beberapa daripadanya patut menjadi tanda amaran kepada ibu bapa.

    Kesan jika tidak ditangani

    Buli bukan sekadar meninggalkan kesan fizikal malah merosakkan psikologi seorang mangsa untuk tempoh yang lama. Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan remaja yang pernah menjadi mangsa buli lebih berisiko mengalami kemurungan, keresahan dan kecenderungan mencederakan diri. 

    Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menjejaskan keyakinan diri, hubungan sosial serta prestasi akademik anak. Dalam kes yang lebih serius, ia boleh mendorong kepada tindakan nekad seperti melarikan diri dari rumah atau cubaan bunuh diri.

    Apa yang ibu bapa boleh lakukan?

    1. Wujudkan komunikasi terbuka

    Luangkan masa setiap hari untuk berbual santai dengan anak. Elakkan soalan mendesak seperti “Ada orang buli awak tak?”. 

    Sebaliknya, gunakan pendekatan perlahan seperti “Hari ini macam mana di sekolah?” atau “Siapa kawan awak main tadi?” Cara ini membantu anak rasa lebih selesa untuk bercerita.

    1. Dengar tanpa menghakimi

    Jika anak mula bercerita, elakkan menyalahkan mereka atau menyampuk dengan nasihat terlalu cepat. Biarkan mereka habiskan cerita terlebih dahulu. Reaksi pertama ibu bapa sangat penting. Ia menentukan sama ada anak akan terus berkongsi pada masa depan atau tidak.

    1. Tunjukkan sokongan emosi

    Yakinkan anak bahawa segala perasaan yang dialami itu sah dan tegaskan bahawa mereka tidak keseorangan. Tegaskan kepada anak bahawa mereka menjadi mangsa buli bukan disebabkan kelemahan diri. 

    Tidak salah jika ibu bapa menasihati anak supaya tabah menghadapi dugaan tetapi ingatkan juga bahawa mereka tidak sepatutnya melalui semua itu andai pembuli tidak wujud. Tegaskan bahawa anak tidak bersalah, yang bersalah ialah pembuli.

    Peluk, tenangkan dan pastikan anak-anak tahu anda berada di pihak mereka.

    1. Ambil tindakan seterusnya

    Selepas mendengar, ibu bapa perlu menghubungi pihak sekolah untuk berbincang dan mendapatkan penyelesaian. Jika kes buli melibatkan kecederaan serius atau ancaman keselamatan, laporan polis juga perlu dibuat.

    1. Pantau perkembangan anak

    Jangan berhenti selepas aduan dibuat. Pantau perubahan emosi, prestasi sekolah dan hubungan sosial anak. Dapatkan khidmat kaunselor atau psikologi jika perlu.

    Pertimbangkan juga untuk memindahkan anak ke sekolah lain sekiranya keadaan tidak lagi selamat atau emosi mereka terlalu terjejas. Kadangkala, menukar persekitaran boleh memberi ruang baharu untuk anak kembali pulih, membina keyakinan diri dan belajar tanpa rasa takut.

    Budaya membuli tidak boleh dibiarkan terus berakar dalam masyarakat, lebih-lebih lagi di sekolah yang sepatutnya menjadi tempat menimba ilmu dan membina jati diri. 

    Buli mesti dihentikan segera. Ia bukan tanda keberanian, bukan lambang kuasa tetapi bukti betapa kerdilnya jiwa seorang pembuli. 

    Setiap kali membuli, anda bukan sahaja melukai mangsa malah merosakkan diri sendiri dengan sikap yang memalukan. 

    Tidak ada satu pun yang hebat tentang membuli. Apa yang terlihat hanyalah trauma, air mata dan masa depan anak bangsa tergadai. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.