Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ancaman kanser prostat, tanda awal kanser prostat dan langkah mengatasinya

    Ancaman kanser prostat, tanda awal kanser prostat dan langkah mengatasinya

    By AMAL HAYATI FAUZIAugust 11, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Ancaman kanser prostat, tanda awal kanser prostat dan langkah mengatasinya. - GAMBAR HIASAN DANIEL RECHE/PEXELS

    KANSER prostat kini menjadi antara penyakit yang membimbangkan dalam kalangan lelaki di seluruh dunia. Walaupun jarang menjadi topik perbualan harian, realitinya penyakit ini mampu meragut nyawa jika gagal dirawat sejak awal.

    Di Malaysia, tahap kesedaran tentang kanser prostat masih rendah berbanding penyakit lain seperti kanser payudara atau kanser paru-paru. Ramai lelaki hanya menjalani pemeriksaan apabila gejala menjadi serius dan telah berada di tahap lanjut.

    Kanser prostat ialah sejenis kanser yang bermula di kelenjar prostat, organ kecil berbentuk seperti kacang walnut yang terletak di bawah pundi kencing dan di hadapan rektum. Fungsi utamanya adalah menghasilkan cecair mani yang membawa dan menyuburkan sperma.

    Bahayanya terletak pada cara ia berkembang. Pada peringkat awal, kanser prostat biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Pesakit mungkin berasa sihat dan tidak menyedari apa-apa perubahan, menjadikannya sukar untuk dikesan tanpa pemeriksaan khusus.

    Dalam banyak kes, kanser prostat hanya ditemui secara tidak sengaja ketika pesakit menjalani pemeriksaan kesihatan rutin atau saringan untuk masalah lain.

    Menurut pakar-pakar kesihatan, antara tanda-tanda yang mungkin disebabkan oleh kanser prostat dan perlu diberikan perhatian adalah:

    1. Kerap membuang air kecil terutamanya pada waktu malam.

    2. Aliran air kencing lemah atau tersekat-sekat.

    3. Rasa sakit atau pedih ketika membuang air kecil.

    4. Kehadiran darah dalam air kencing atau air mani.

    5. Sakit belakang, pinggul atau pelvis yang berterusan.

    6. Kesukaran memulakan atau menghentikan aliran air kencing.

    7. Rasa tidak puas walaupun baru membuang air kecil.

    8. Disfungsi ereksi atau perubahan pada fungsi seksual.

    Gejala lain yang lebih serius termasuk darah dalam air kencing atau air mani serta sakit berterusan di bahagian pinggul, punggung atau belakang. Walaupun gejala ini boleh berpunca daripada masalah bukan kanser, pemeriksaan segera tetap diperlukan.

    Menurut kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), faktor risiko kanser prostat adalah pelbagai. 

    • Umur memainkan peranan besar. Lelaki berusia lebih 50 tahun lebih cenderung menghidap penyakit itu. Namun, risiko meningkat jika terdapat sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser prostat.
    • Faktor genetik termasuk mutasi pada gen tertentu seperti BRCA2 dan HOXB13. Kajian daripada Hello Doktor juga menunjukkan lelaki berkulit gelap, khususnya keturunan Afrika dan Afro-Karibia lebih berisiko walaupun kes dalam kalangan lelaki Asia kini semakin meningkat.
    • Gaya hidup. Pengambilan makanan tinggi lemak tepu, daging merah dan terproses, tabiat merokok, pengambilan alkohol berlebihan serta obesiti boleh meningkatkan risiko.

    Menerusi kajian penyelidikan oleh Universiti Putra Malaysia, ada dua kaedah saringan utama digunakan di seluruh dunia iaitu ujian darah Prostate-Specific Antigen (PSA) dan Pemeriksaan Rektum Digital (DRE).

    Walaupun ujian ini bukan alat diagnosis muktamad, ia sangat berguna untuk menentukan sama ada seseorang lelaki memerlukan pemeriksaan lanjutan seperti imbasan MRI atau biopsi prostat.

    Disebabkan program saringan nasional khusus untuk kanser prostat belum diwujudkan di Malaysia, KKM menasihatkan lelaki yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi perlu mengambil inisiatif untuk menjalani pemeriksaan secara berkala

    Kajian dari American Cancer Society, pilihan rawatan bergantung kepada tahap penyakit, umur pesakit, keadaan kesihatan keseluruhan dan pilihan peribadi. Antara rawatan yang dicadangkan adalah Pemantauan Aktif, Pembedahan, Terapi Radiasi, Terapi Hormon, Kemoterapi dan Imunoterapi.

    Pemantauan Aktif biasanya dipilih untuk pesakit yang berisiko rendah. Sepanjang tempoh rawatan, doktor akan memantau perkembangan kanser tanpa rawatan segera tetapi dengan pemeriksaan berkala yang ketat.

    Menerusi Cambridge Eurology, pembedahan untuk membuang kelenjar prostat (radical prostatectomy) sesuai bagi kanser yang masih terhad pada prostat. Rawatan radiasi pula menggunakan tenaga tinggi untuk memusnahkan sel kanser, sama ada dari luar (external beam) atau melalui implan radiasi kecil (brachytherapy).

    Terapi hormon bertujuan mengurangkan paras testosteron, hormon yang membantu pertumbuhan sel kanser prostat. Untuk kes lebih teruk, kemoterapi dan imunoterapi akan digunakan.

    Perkembangan teknologi perubatan kini menawarkan rawatan moden seperti pembedahan robotik yang memberikan ketepatan tinggi, risiko komplikasi yang rendah dan pemulihan lebih cepat.

    Statistik daripada Doc Health Centre menunjukkan kadar kebarangkalian untuk terus hidup adalah lima tahun melebihi 98 peratus bagi kes yang masih setempat.

    Kanser prostat seperti mana-mana jenis kanser adalah ancaman kepada kehidupan. Hanya pengesanan awal, mendapatkan rawatan dan kesanggupan berdepan dengan kanser itu adalah cara untuk mengatasinya. -RELEVAN

    Previous ArticleMerdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan
    Next Article Merdekakan diri daripada hidup jadi hamba hutang

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.