Facebook Twitter
    Trending
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    • Bahaya lupa makan
    • Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja
    • Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 
    • 5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026
    • Kewangan

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » RMK13: Tiga fokus utama RMK13

    RMK13: Tiga fokus utama RMK13

    By Umi FatehahJuly 31, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RMK13: Tiga fokus utama RMK13. - GAMBAR JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

    RANCANGAN Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bagi tempoh 2026-2030 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membawa tema ‘Melakar Semula Pembangunan Demi Mengangkat Martabat Rakyat’.

    Menurutnya, tempoh lima tahun ke hadapan adalah tempoh kritikal untuk Malaysia melonjak bukan hanya ke arah negara berpendapatan tinggi, malah mampu melahirkan rakyat berjiwa insaniah dan menyediakan kehidupan berkualiti.

    RMK-13 digerakkan berdasarkan tiga kebijakan utama. Pertama, peneguhan aspek tatakelola baik sebagai teras utama pentadbiran negara bagi memastikan kekayaan negara diagihkan secara adil dan saksama dengan mengambil kira keperluan rakyat.

    katanya, Kerajaan Madani akan terus berusaha memperkukuh integriti dan akauntabiliti, meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam serta memperkemas pengurusan fiskal negara.

    “Kedua, meningkatkan kerencaman ekonomi secara menyeluruh kepada penciptaan nilai dalam semua sektor ekonomi.

    “Peralihan ini bermatlamat untuk memperkukuh kedudukan ekonomi negara, umpama menaikkan siling atau bumbung. Tunjang utama peralihan ini adalah pendigitalan dan teknologi termaju terutama kecerdasan buatan (AI),” katanya ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat, hari ini.

    Tambahnya, tumpuan akan diberikan kepada pembangunan industri yang berpotensi tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) serta sektor strategik yang menyumbang kepada pertumbuhan yang inklusif, seimbang dan mampan. Ini termasuk usaha mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia di peringkat ekonomi global.

    “Sehubungan itu, budaya inovasi dan penciptaan akan dijadikan agenda utama dalam meningkatkan pengeluaran produk serta perkhidmatan tempatan yang mampu bersaing,” katanya.

    Jelas Perdana Menteri, fokus ketiga RMK-13 adalah pembangunan yang terangkum dan responsif dengan keutamaan untuk meningkatkan darjat kehidupan rakyat. 

    Selain itu, usaha akan dipergiat untuk membantu rakyat menangani beban kos sara hidup, membentuk sistem sosial negara berteraskan insan Madani, mempertingkat mutu kehidupan serta memperkukuh tahap sosioekonomi golongan sasar ke arah mencapai kehidupan wajar.

    “Rencana ini bukanlah sekadar retorik, sebaliknya Kerajaan telah menetapkan sasaran keberhasilan yang boleh diukur melalui angka-angka ekonomi, untuk memandu dan memantau gerak kerja yang akan dilaksanakan,” katanya. – RELEVAN

    Previous ArticleBelum cukup umur, tidak perlu ada media sosial
    Next Article RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

    Artikel berkaitan

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026

    Bahaya lupa makan

    April 14, 2026

    Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

    April 13, 2026
    Artikel Terkini

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026

    Bahaya lupa makan

    April 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.