Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Latih kemahiran motor anak di rumah, ikuti tips dari guru tadika ini

    Latih kemahiran motor anak di rumah, ikuti tips dari guru tadika ini

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalApril 22, 2022Updated:April 22, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PEMBANGUNAN kemahiran motor penting untuk kekuatan dan pergerakan fizikal kanak-kanak.  Kemahiran motor akan membantu anak anda melakukan aktiviti dalam kehidupan seharian seperti makan dan minum, menulis, menggunting dan sebagainya.  

    Kemahiran motor merujuk kepada keupayaan tubuh menguruskan proses pergerakan.  Kemahiran motor melibatkan penggunaan otak, otot dan sistem saraf secara serentak.  Kemahiran motor amat penting untuk melakukan tugas dalam kehidupan seharian seperti memberus gigi, menulis dan sebagainya.

    Kemahiran motor mula berkembang selepas kelahiran dan akan terus meningkat apabila kanak-kanak membesar.  Kemahiran motor yang baik juga membantu kanak-kanak meneroka dunia di sekeliling mereka yang akan menyumbang kepada pembangunan mental, fizikal dan emosi mereka.

    Relevan kongsikan beberapa aktiviti untuk perkembangan kemahiran motor kanak-kanak yang boleh diamalkan oleh ibu bapa di rumah seperti disarankan oleh guru tadika, Sarah Zainol.

    1. Bermain tanah liat

    Tanah liat atau playdough akan mengukuhkan kemahiran motor kanak-kanak dan membina kekuatan otot dan tendon kecil mereka.  Bermain tanah liat merupakan langkah pertama perlu dilakukan untuk kekuatan tangan mereka sebelum dilatih menggunakan gunting.  

    Untuk menjadikan aktiviti ini lebih menarik, ibu bapa boleh membuat tanah liat atau doh sendiri di rumah dengan hanya menggunakan tepung jagung, serbuk penaik dan air.  Ibu bapa juga boleh menggunakan pewarna makanan untuk mengajar mereka tentang warna di samping dapat menarik minat mereka dengan warna-warna ceria.

    1. Melukis dan mewarna

    Aktiviti melukis dan mewarna bukan sahaja membantu kemahiran motor mereka, tetapi mendorong perkembangan kreativiti dan imaginasi juga.  Gunakan pelbagai jenis lukisan dan medium yang berbeza, seperti krayon, kapur, cat jari, berus lukisan atau arang untuk mencetuskan minat mereka dan mengukuhkan koordinasi tangan-mata anak anda. 

    Melukis dengan menggunakan berus cat akan membantu kanak-kanak belajar memegang berus dan mendapatkan kawalan tangan mereka dengan baik.  

    1. Bermain dengan pasir

    Ketika bermain pasir, kanak-kanak dapat menggunakan kekuatan dan kawalan otot jari mereka, terutamanya apabila menggali pasir dengan jari, membentuk pasir menjadi apa-apa bentuk seperti istana pasir atau kek pasir.  Bermain pasir juga memberi kesan terapeutik kepada kanak-kanak.

    Bagi aktiviti di rumah, ibu bapa boleh gunakan pasir kinetik yang lebih bersih dan halus daripada pasir sungai yang mungkin akan melukakan kanak-kanak jika mereka menggunakan tekanan yang tinggi. 

    Untuk alternatif yang lebih selamat, boleh gunakan biskut yang sudah dihancurkan.  Jika anak kecil memasukkan tangan atau habuk biskut di dalam mulut mereka, ia tidak berbahaya.

    1. Membina dengan blok mainan

    Semasa mereka mengambil blok mainan yang berlainan saiz dan warna, ini akan membantu melatih kemahiran motor halus mereka melalui menekan, memasangkan, mencabut, memutar dan memusing.  Aktiviti ini juga akan menguatkan otot tangan mereka.  

    Ibu bapa boleh membelikan permainan blok LEGO kepada anak-anak kerana ia disertakan dengan panduan binaan.  Jadi, anak-anak boleh belajar mengikut arahan sambil menggunakan kreativiti mereka.  Setelah selesai, mereka boleh pamerkan di atas rak.  Dengan cara ini, mereka boleh belajar rasa bangga atas pencapaian sendiri.

    1. Aktiviti menggunakan gunting

    Ibu bapa boleh melukis beberapa garisan lurus, melengkung dan pelbagai corak untuk diberikan kepada anak-anak sebagai latihan mengawal tumpuan mata dan tangan dalam menggunakan gunting.

    Pastikan anak-anak sentiasa berada dalam pengawasan ibu bapa ketika melakukan aktiviti menggunakan gunting untuk mengelakkan kecederaan berlaku. 

    Ibu bapa perlu sentiasa mendedahkan aktiviti yang boleh menguatkan kemahiran motor kanak-kanak seawal peringkat bayi lagi.  Hal ini kerana jika kanak-kanak mempunyai perkembangan kemahiran motor yang lambat, ibu bapa berkemungkinan perlu membawa anak mereka untuk berjumpa dengan pakar terapi. – RELEVAN

    Previous ArticleMalaysia catat penurunan kes harian kepada 5,899 kes semalam
    Next Article Pandemik Covid-19 beri impak kesihatan tingkah laku manusia dan menyebabkan tekanan, kata penyelidik

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.