Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Elak musibah, pupuk tabiat kewangan sihat

    Elak musibah, pupuk tabiat kewangan sihat

    By Zahra Mohamad ZhahirJuly 11, 2024Updated:July 18, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Urus kewangan dengan bijak agar tidak ditimpa musibah pada masa hadapan. - GAMBAR HIASAN TOWFIQU BARBHUIYA/UNSPLASH

    MENYIMPAN duit merupakan kemahiran yang sangat penting dalam kehidupan. Pengurusan kewangan yang bijak merangkumi pemahaman nilai wang, kepentingan menyimpan dan prinsip belanjawan merupakan antara ilmu penting bagi menjamin kesejahteraan kewangan pada masa hadapan. 

    Bagaimanapun, tabiat menyimpan memerlukan disiplin yang tinggi. Bukan mudah untuk mendidik diri menahan nafsu agar tidak berbelanja secara semberono.

    Sesuai dengan pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, wajarlah ilmu berkenaan pengurusan kewangan yang baik diterapkan sejak bangku sekolah. 

    Dalam pada itu, belia juga perlu bijak membezakan antara keperluan dan kehendak agar wang yang sedia ada dapat dibelanjakan secara efisien bagi mengelakkan sebarang perbelanjaan yang tidak perlu. 

    Tidak dinafikan, pengurusan kewangan yang lemah merupakan antara punca belia zaman sekarang terbelit dengan hutang kronik. 

    Menurut Kajian Celik Kewangan Malaysia oleh RinggitPlus pada 2023, lebih 50 peratus rakyat Malaysia menghabiskan gaji mereka setiap bulan disebabkan kepincangan dalam perancangan kewangan. 

    Realiti kewangan belia di Malaysia

    kewangan
    Hampir 50 peratus golongan belia tidak mempunyai simpanan untuk digunakan ketika kecemasan. – GAMBAR HIASAN MUHAMAD IQBAL ROSLI/UTUSAN

    Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), hampir 50 peratus golongan belia tidak mempunyai simpanan untuk digunakan ketika kecemasan. 

    Malah, tabiat berbelanja golongan tersebut juga menyebabkan 32 peratus daripadanya hanya mampu membuat pembayaran minimum untuk kad kredit masing-masing.

    Lebih mengecewakan, belia yang bergaji RM2,000 hingga RM3,000 didapati mempunyai hutang yang banyak sehingga menyebabkan mereka tidak mempunyai walau RM1,000 sebagai simpanan kecemasan.  

    Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), seramai 31,140 belia berusia 35 tahun ke bawah telah didaftarkan sebagai bankrap sejak 2014 hingga Mei 2023.

    Dalam pada itu, kehadiran platform dalam talian yang membolehkan mereka beli dulu bayar kemudian (buy now pay later) juga membuatkan belia tidak dapat menyimpan kerana bergelut untuk membayar hutang.

    Bergerak ke hadapan, golongan belia mungkin akan menghadapi cabaran yang lebih getir disebabkan peningkatan kos sara hidup yang tidak setara dengan kenaikan gaji. 

    Malah, kos bagi perbelanjaan penting seperti perumahan, penjagaan kesihatan dan pendidikan  kian meningkat menjadikannya lebih sukar bagi golongan muda menyimpan dan melabur untuk masa depan.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 kesilapan kewangan, No.5 ramai orang buat  

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 soalan kewangan yang harus dijawab sebelum berkahwin

    Tiga cara pupuk tabiat kewangan sihat

    Ilmu kewangan yang diterapkan sejak kecil dapat menjadi asas bagi memupuk tabiat kewangan yang baik.

    Sebagai pelajar, ilmu ini dapat membantu anda membuat keputusan termaklum mengenai perbelanjaan masing-masing. 

    Sebagai permulaan, anda boleh cuba: 

    1. Mengenal pasti beza keperluan dan kehendak 

    Memahami perbezaan antara keperluan dengan kehendak merupakan antara langkah penting dalam pengurusan kewangan. 

    Keperluan adalah barangan wajib seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian manakala kemahuan adalah perkara yang diingini tetapi tidak perlu, contohnya peranti elektronik terkini, minyak wangi mahal atau kasut berjenama. 

    Wang yang sedia ada perlulah cukup untuk membeli barang-barang yang perlu. Jika ada lebihan, lebih baik jika ia disimpan terlebih dahulu. 

    Utamakan keperluan berbanding kehendak. Jika anda ingin menyimpan untuk membeli barangan tertentu, buat belanjawan bagi mengelakkan sebarang perbelanjaan berlebihan.

    2. Letakkan sasaran simpanan

    Tetapkan sasaran simpanan jika ingin beli sesuatu – GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    Ingin beli sesuatu? Buat belanjawan dan letakkan sasaran simpanan. 

    Jika anda ingin beli barangan yang berharga RM100 misalnya, anda boleh simpan sebanyak RM10 seminggu. Jadi, anda perlu menyimpan secara konsisten selama dua bulan 10 hari. 

    Nampak lama bukan? Begitulah realiti ketika dewasa nanti. 

    Jika ingin beli televisyen berharga RM3,000 tanpa menganggu duit belanja harian, bayangkan berapa lama anda perlu kumpul sekiranya ingin mengelak hutang. 

    3. Lawan nafsu berbelanja 

    Pengaruh rakan sebaya merupakan antara punca kebanyakan orang berhutang untuk membeli barang mengikut kehendak masing-masing. 

    Ingatlah, anda tidak perlu berbelanja lebih semata-mata ingin mengikut kawan. Didik diri agar tidak melakukan pembelian mengikut nafsu semata-mata.

    Dengan cara ini, anda boleh belanjakan duit hanya pada perkara yang perlu dan bukan disebabkan ingin menunjuk-nunjuk atau mengikut orang lain. – RELEVAN

    Previous ArticleTingkatkan kuasa otak untuk lebih mudah menghafal, faham apa yang dipelajari
    Next Article Mencari ikigai dalam kehidupan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.