Facebook Twitter
    Trending
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    • Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha
    • Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025

      Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini

      June 5, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    By Umi FatehahJune 16, 20255 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tak dapat jurusan diinginkan dalam UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    HARI ini, keputusan permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) telah diumumkan. Ada yang menerima khabar gembira dan tidak kurang juga terpaksa menelan pahit apabila tidak berjaya mendapat sebarang tawaran.

    Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan pelajar yang menerima tawaran kursus yang kurang diminati menyebabkan mereka dalam dilema.

    Persoalannya, adakah pelajar-pelajar yang tidak mendapat kursus diidamkan boleh menukar jurusan?

    Jawapannya, ya. Akan tetapi, ia tertakluk kepada syarat dan kekosongan tempat di universiti masing-masing.

    Namun begitu, ada juga institusi pengajian tinggi Awam (IPTA) yang tidak membenarkan pelajar untuk menukar jurusan. 

    Menurut Portal Kemasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM), pelajar yang menerima tawaran pengajian di UiTM tidak dibenarkan untuk menukar jurusan atau menukar IPTA seperti yang tertakluk di dalam Peraturan Akademik UiTM.

    Walau bagaimanapun, pelajar digalakkan untuk menghubungi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM untuk pengesahan dan maklumat lanjut.

    Merujuk kepada Buku Panduan Akademik Universiti Malaysia Pahang (UMP), pelajar tidak dibenarkan untuk menukar program pengajian. Kecuali, pelajar tersebut menerima kebenaran Senat dengan justifikasi yang jelas maka, keperluan pertukaran program akan dipertimbangkan. 

    Berikut, Relevan menyenaraikan IPTA yang menawarkan pilihan untuk menukar jurusan. Perlu diingat, sebelum melakukan permohonan pastikan para pelajar sudah meneliti syarat yang dikehendaki oleh setiap universiti.

    • Universiti Putra Malaysia (UPM)

    Pelajar perlu mendapat kelulusan dan sokongan daripada pihak fakulti atau institut asal dan fakulti atau institut yang dikehendaki serta kelulusan daripada penyelia terdahulu serta yang baharu. Permohonan pelajar ini akan dipertimbangkan dan diluluskan.

    Para pelajar boleh merujuk kepada prosedur pertukaran bidang UPM untuk syarat-syarat kelayakan. 

    • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

    Bagi pelajar yang ingin menukar jurusan, anda dinasihatkan untuk melakukan semakan syarat kelayakan di Perkara Akademik UPSI sebelum memfailkan permohonan. Borang Pertukaran Program boleh didapatkan dipautan yang disediakan. 

    • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM/IIUM)

    Permohonan boleh dibuat semasa semester pertama pengajian anda. Jawatankuasa Kecil Pertukaran Program (COP) hanya akan mempertimbangkan dan membuat keputusan selepas keputusan semester pertama dikeluarkan.

    Pelajar perlu membayar RM100 yuran pentadbiran untuk pemprosesan. Pemohon akan dimaklumkan keputusan selewat-lewatnya pada minggu pertama semester baharu. Permohonan boleh dilakukan menerusi Portal Pelajar (i-ma’aluum)

    • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

    Bagi UPNM, sekiranya melibatkan dua fakulti yang berbeza, permohonan perlu mendapat perakuan dan pelepasan daripada kedua-dua belah pihak. Walau bagaimanapun, kelulusan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat. 

    Para pelajar boleh menyemak syarat kelayakan lain di Peraturan Akademik UPNM, muka surat 16.

    • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

    Bagi pelajar yang ingin menukar program di bawah UTM, semakan syarat kelayakan boleh dilakukan di Buku Peraturan Akademik dan permohonan boleh diisi di Borang Pertukaran Program.

    • Universiti Malaya (UM)

    Pada dasarnya, pelajar yang didaftarkan di bawah UM tidak dibenarkan untuk menukar program. Akan tetapi, pertimbangan permohonan pertukaran program adalah tertakluk kepada syarat universiti ini. 

    • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

    Pelajar perlu membuat permohonan secara rasmi kepada Bahagian Pengurusan Akademik selewat-lewatnya sebelum minggu kedua awal semester dengan menyertakan salinan keputusan peperiksaan SPM, STPM/Setaraf, Diploma/Setaraf, MUET, salinan surat tawaran dan dokumen sokongan yang lain.

    Rujuk kepada garis panduan pertukaran program pengajian sebelum melakukan pemohonan.

    • Universiti Sains Malaysia (USM)

    USM menubuhkan Pertukaran Rancangan Pengajian (PRP) untuk memberi peluang kepada pelajar bagi membuat permohonan menukar Rancangan Pengajian yang diterima kepada Rancangan Pengajian lain.

    Pelajar dikehendaki untuk membayar caj yuran permohonan kepada Jabatan Bendahari. Resit bayaran hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan surat permohonan. Rujuk pautan Pertukaran Rancangan Pengajian USM untuk informasi lanjut. 

    • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

    Pelajar UTM hanya dibenarkan untuk menukar program daripada aliran yang sama iaitu Aliran Sains kepada Aliran Sains dan Aliran Sastera kepada Aliran Sastera.

    Para pelajar boleh merujuk cara memohon di pautan yang disediakan. 

    • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

    Kebenaran untuk menukar program dalam fakulti yang sama dan penentuan semester bagi memulakan program baharu yang terlibat adalah tertakluk kepada kelulusan Dekan Fakulti. Gred Penilaian kursus-kursus yang telah diikuti dalam program sebelumnya akan lupus kecuali kursus yang diluluskan untuk pemindahan gred oleh program penerima.

    Para pelajar dinasihatkan untuk melakukan pembacaan syarat dengan lebih teliti di peraturan akademik UNIMAS.

    • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

    Pertukaran program pengajian sebenarnya tidak digalakkan, namun permohonan rayuan pertukaran program pengajian boleh dipertimbangkan dengan alasan-alasan yang kukuh dan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.  

    Pelajar boleh semak syarat di Buku Peraturan Akademik UniMAP.

    • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

    Merujuk kepada peraturan akademik UMK, pelajar perlu mengikuti satu semester pengajian di universiti dan status akademik pemohon mesti sekurang-kurangnya dalam Keadaan Baik (KB).

    • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

    Pelajar perlu menghantar borang permohonan pertukaran program yang lengkap kepada fakulti pada semester semasa, bermula minggu ke-10 sehingga minggu kedua pada semester yang berikutnya. 

    • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

    UTeM juga menyediakan peluang kepada pelajar untuk menukar program pengajian. Semak syarat-syarat terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan yang diberikan. 

    • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

    Bagi pelajar peringkat Diploma yang ingin menukar program, permohonan boleh dilakukan dalam tempoh dua minggu selepas tarikh permulaan semester pertama. 

    Manakala bagi pelajar peringkat Ijazah, permohonan pertukaran program hendaklah dibuat dalam tempoh dua minggu dari tarikh permulaan semester kedua.

    Untuk semakan lanjut, rujuk Peraturan Akademik UTHM di pautan yang diberikan.

    • Universiti Utara Malaysia (UUM)

    Pelajar yang ingin menghantar permohonan pertukaran program perlu sekurang-kurangnya menjalani satu semester dan memperoleh purata nilai gred keseluruhan (PNGK) di bawah 2.5.

    Akan tetapi, keutamaan diberikan kepada pelajar yang mendapat status Lulus Bersyarat (LB) dan Semester Ulangan.

    Semak syarat-syarat lain dengan lebih teliti di pautan Soalan Lazim UUM.

    • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

    Bagi pelajar yang mendapat penempatan di USIM, permohonan boleh dilakukan bermula semester kedua hingga semester empat, kecuali bagi program perubatan dan pergigian.

    Pelajar daripada Aliran Sastera dibenarkan untuk menukar program ke Aliran Sains. Akan tetapi, pelajar Aliran Sains tidak dibenarkan untuk menukar kepada Aliran Sastera. Semak syarat lain dengan lebih lanjut di garis panduan yang disediakan. – RELEVAN

    featured jurusan upu pendidikan tukar jurusan UiTM upu usm uum
    Artikel Terkini

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025

    Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

    June 13, 2025

    Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

    June 12, 2025

    Sam Altman: Penggerak revolusi AI

    June 11, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.