Facebook Twitter
    Trending
    • SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    • 4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    • Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

    Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

    By Umi FatehahJune 9, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

    SAMBUTAN Hari Raya Aidiladha sering dikaitkan dengan ibadah korban, semangat pengorbanan dan eratkan silaturrahim. Namun satu perkara yang tak boleh dihiraukan ialah juadah raya yang meriah! 

    Rendang, gulai kawah, sup tulang, sate dan pelbagai sajian berasaskan daging memenuhi meja makan dari pagi hingga malam.

    Walaupun menyelerakan, pengambilan makanan yang terlalu berat dan berminyak boleh menyebabkan badan terasa ‘berat’, letih, perut senak dan kadang-kadang timbul jerawat atau masalah kulit lain. 

    Tubuh kita sebenarnya sedang beri isyarat bahawa ia perlukan ‘rehat’ dan proses detoks semula jadi. Jom lihat beberapa langkah mudah untuk bantu tubuh pulih selepas raya:

    1. Kembali minum air kosong secukupnya

    Ketika sakan beraya, ramai antara kita terlalu menikmati air manis seperti sirap bandung, teh tarik atau air gas sehingga lupa keperluan asas iaitu air kosong. Air kosong memainkan peranan besar dalam proses detoksifikasi kerana ia membantu membawa keluar toksin melalui air kencing dan peluh.

    Untuk bantu sistem badan kembali normal, pastikan anda minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari. Jika cuaca panas atau anda banyak bergerak, minum lebih. Air juga bantu mengurangkan rasa lapar palsu, mengelakkan dehidrasi dan membuatkan kulit lebih segar.

    Tip detoks: Mulakan pagi dengan segelas air suam bersama hirisan lemon. Ia bantu aktifkan sistem penghadaman dan segarkan badan untuk permulaan hari yang lebih sihat.

    1. Hadkan pengambilan daging buat sementara

    Selepas beberapa hari menjamu selera dengan pelbagai masakan berasaskan daging merah, sistem pencernaan kita mungkin mula ‘merayu’ untuk berehat. 

    Daging merah mengambil masa lebih lama untuk hadam dan jika diambil berlebihan, ia boleh menyebabkan perut kembung, sembelit dan peningkatan asid dalam badan.

    Cuba kurangkan pengambilan daging buat beberapa hari. Sebaliknya, pilih sumber protein yang lebih ringan seperti ikan, telur rebus, tauhu atau tempe. Lengkapkan hidangan dengan sayur-sayuran segar dan buah-buahan untuk bantu tubuh kembali seimbang.

    1. Amalkan pemakanan tinggi serat

    Serat adalah kunci kepada sistem penghadaman yang sihat. Ia membantu membersihkan usus, melancarkan pergerakan usus dan mencegah sembelit. Selepas raya, amalkan diet tinggi serat untuk bantu tubuh membuang lebihan makanan dan toksin yang mungkin ‘tersimpan’ selama beberapa hari.

    Sumber serat yang baik termasuk oat, buah epal, pisang, betik, brokoli, bayam, kekacang dan bijirin penuh. Anda juga boleh cuba jus hijau detoks seperti campuran bayam, timun, epal hijau, saderi dan sedikit lemon.

    1. Gerakkan badan

    Perut kenyang dan badan lesu selepas raya memang buatkan ramai jadi malas bergerak. Tetapi jangan terus berbaring selepas makan atau biarkan diri terlalu pasif. Aktiviti fizikal ringan mampu bantu tubuh melancarkan peredaran darah dan menyokong sistem limfa untuk buang toksin.

    Tak perlu terus ke gim atau buat senaman berat, mulakan dengan berjalan kaki selama 20 hingga 30 minit setiap hari. Lakukan juga regangan ringan atau senaman mudah di rumah. Apa yang penting ialah konsisten. 

    Bila tubuh mula bergerak, hormon endorfin juga akan meningkat dan membuatkan mood anda lebih baik.

    1. Tidur cukup dan kurangkan stres

    Ramai yang tak sedar bahawa proses detoks semula jadi juga berlaku semasa kita tidur. Tidur yang cukup membolehkan organ seperti hati dan buah pinggang bekerja dengan lebih efisien untuk menapis dan menyingkirkan bahan buangan dalam badan.

    Cuba dapatkan tujuh hingga lapan jam tidur setiap malam. Elakkan berjaga malam tanpa sebab atau terlalu lama di depan skrin sebelum tidur. Selain itu, kawal stres kerana tekanan emosi juga boleh memberi kesan kepada sistem penghadaman dan keseimbangan hormon.

    Untuk bantu kurangkan stres, cuba lakukan aktiviti seperti membaca, menulis jurnal, mendengar muzik tenang, berzikir atau duduk sebentar dalam suasana sunyi. Jiwa yang tenang, badan pun mudah sembuh.

    1. Elak gula dan makanan proses

    Kuih raya, kek, biskut dan air berkarbonat semuanya tinggi gula. Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan ketagihan, kenaikan berat badan, merosakkan keseimbangan bakteria baik dalam usus dan menyukarkan proses detoks semula jadi.

    Begitu juga dengan makanan proses seperti sosej, nugget, makanan segera dan makanan dalam tin. Kesemua makanan tersebut mempunyai kandungan garam yang tinggi, pengawet dan bahan kimia yang membebankan tubuh. 

    Untuk proses detoks yang berkesan, elakkan makanan-makanan ini buat sementara waktu dan fokus kepada makanan segar dan semula jadi. – RELEVAN

    Previous ArticleHukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri
    Next Article Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

    Artikel berkaitan

    SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    February 9, 2026

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026
    Artikel Terkini

    SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    February 9, 2026

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.