Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 4 cara semak keputusan SPM

    4 cara semak keputusan SPM

    By Umi FatehahApril 23, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    4 cara semak keputusan SPM. - GAMBAR HIASAN PUQTRA HAIRRY

    HARI yang dinanti-nantikan bakal tiba. Esok, pada 24 April ini, ribuan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan mengetahui keputusan yang menjadi penanda kepada fasa baharu dalam hidup mereka.

    Keputusan itu mungkin menggembirakan, mungkin juga sebaliknya. Apa pun keputusannya, ia adalah cerminan kepada usaha yang telah dicurahkan sepanjang tempoh persekolahan.

    Seperti biasa, Relevan sedia membantu memudahkan urusan anda. Sama ada anda calon SPM, ibu bapa, adik-beradik atau penjaga, berikut adalah panduan menyemak keputusan SPM yang akan diumumkan mulai jam 10 pagi.

    • Di sekolah

    Bagi calon sekolah, keputusan SPM boleh diambil di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.

    Inilah cara yang paling dinanti-nantikan kerana ia bukan sekadar menerima slip keputusan tetapi juga peluang untuk bertemu semula dengan rakan dan guru yang telah bersama-sama melalui perjalanan panjang sebelum ini.

    Sementara itu, bagi calon persendirian, keputusan akan dihantar melalui pos. Jika perlu, mereka juga boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat pendaftaran peperiksaan untuk maklumat lanjut.

    • Semakan dalam talian

    Slip keputusan peperiksaan juga boleh disemak secara dalam talian melalui laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan https://myresultspm.moe.gov.my. Akses ke laman ini akan dibuka bermula jam 10.00 pagi pada 24 April 2025 dan ditutup pada 6.00 petang, 30 April 2025.

    Kemudahan ini amat membantu terutamanya bagi calon yang berada jauh dari sekolah pada hari pengumuman. Tempoh semakan yang diberikan juga agak panjang, membolehkan calon menyemak keputusan dengan lebih fleksibel dan tanpa tergesa-gesa.

    • Semakan SMS

    Jika laman web rasmi mengalami kesesakan trafik dan sukar diakses, anda boleh memilih kaedah alternatif iaitu melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

    Caranya mudah sahaja, taipkan:

    SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

    Semakan melalui SMS hanya memaparkan ringkasan keputusan. Untuk mendapatkan slip penuh, anda masih perlu hadir ke sekolah atau melayari laman semakan secara dalam talian apabila ia kembali stabil.

    • Mana-mana sekolah, PPD, JPN berdekatan

    Bagi calon yang tidak mempunyai akses internet, tidak boleh menggunakan perkhidmatan SMS atau menghadirkan diri ke sekolah, mereka boleh ke mana-mana sekolah berhampiran, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) terdekat untuk membuat semakan keputusan melalui laman web myresultspm.moe.gov.my. – RELEVAN

    Previous ArticleGolongan yang terhindar daripada api neraka
    Next Article Malas belajar hari ini, menyesal kemudian hari

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.