Facebook Twitter
    Trending
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    • Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?
    • Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan
    • Tanda-tanda anda seorang workaholic
    • NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti
    • Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah
    • Tips makan luar secara sihat
    • Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025

      Tips makan luar secara sihat

      November 13, 2025

      5 makanan ini perlahan-lahan ‘membunuh’ anda

      November 12, 2025

      Bangun pagi rasa lemau? ini mungkin puncanya

      November 12, 2025
    • Kewangan

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025

      7 tip persediaan menjelang SPM

      November 12, 2025

      Bahaya ketagihan permainan dalam talian

      November 12, 2025

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025
    • Kerjaya

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Surat buat ibu bekerja: Hentikan rasa bersalah

    Surat buat ibu bekerja: Hentikan rasa bersalah

    By Umi FatehahFebruary 26, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Surat buat ibu bekerja: Hentikan rasa bersalah. - GAMBAR HIASAN HELENA LOPES/UNSPLASH

    SETIAP pagi, ibu bekerja menghadapi detik yang paling berat iaitu meninggalkan anak di taska. Melihat si kecil yang masih belum faham apa-apa membuatkan hati ibu berbelah bahagi.

    “Patutkah aku bekerja? Atau lebih baik aku duduk di rumah dan jaga anak sendiri?”

    Persoalan ini sering bermain di fikiran ibu-ibu yang terpaksa keluar mencari rezeki. Rasa bersalah itu hadir tanpa dipinta sehinggakan ada yang menganggap mereka bukan ibu yang baik kerana perlu meninggalkan anak untuk bekerja.

    Namun, percayalah – anda bukan ibu yang jahat hanya kerana meninggalkan anak di taska untuk bekerja.

    Ibu-ibu, tolong jangan rasa bersalah

    Rasa bersalah itu sangatlah normal tetapi anda tidak perlu begitu. Sebaliknya, lihatlah dari sudut yang lebih positif. 

    Anda sedang berusaha memberikan kehidupan yang lebih baik untuk anak. Dengan bekerja, anda bukan sahaja membantu suami untuk menyara keluarga tetapi juga memastikan keperluan anak terjaga dari segi pendidikan, kesihatan dan masa depan yang lebih terjamin.

    Ibu juga manusia

    Sebagai seorang wanita, ibu juga mempunyai impian dan keperluan sendiri. Sejak melahirkan anak, kehidupan ibu berubah sepenuhnya. Segala tumpuan diberikan kepada si kecil, rutin harian disusun mengikut keperluan bayi dan tanggungjawab sebagai ibu mula menjadi keutamaan.

    Namun, di sebalik peranan sebagai ibu, seorang wanita tetap individu yang mempunyai impian dan kehendak sendiri. 

    Keputusan untuk bekerja bukan semata-mata kerana kewangan tetapi juga untuk memberi ruang kepada diri sendiri untuk berkembang, belajar dan mengekalkan identiti diri yang mungkin terasa ‘hilang’ selepas bergelar ibu.

    Bekerja memberikan ibu peluang untuk meningkatkan kemahiran, mencapai matlamat peribadi, dan merasai kepuasan dalam bidang yang diminati. 

    Ia juga membantu menjaga keseimbangan emosi dan mental, kerana ibu yang sentiasa terperap di rumah tanpa interaksi sosial atau cabaran baharu mungkin akan mudah tertekan dan keletihan emosi.

    Tambahan pula, dengan bekerja, ibu dapat menunjukkan kepada anak-anak bahawa seorang wanita juga boleh berdikari, berusaha mencapai kejayaan dan tetap menjadi ibu yang penuh kasih sayang.

    Cara mengurangkan ‘mom guilt’

    • Pastikan anak dalam jagaan yang selamat

    Salah satu cara untuk mengurangkan rasa bersalah adalah memastikan anak berada dalam persekitaran yang selamat dan selesa semasa ibu bekerja. Pilih taska atau pengasuh yang dipercayai, mempunyai pengalaman dan memahami keperluan bayi atau anak kecil.

    Sebelum membuat keputusan, buat kajian dengan membaca ulasan, bertanya kepada ibu bapa lain atau melawat taska tersebut untuk melihat suasana dan cara penjagaan yang diberikan. 

    Pastikan tempat itu bersih, selamat serta mempunyai tenaga pengajar atau pengasuh yang mesra dan bertauliah.

    • Gunakan teknologi untuk kekal berhubung

    Dalam dunia serba moden, teknologi boleh menjadi alat untuk menenangkan hati ibu yang bekerja. Sekiranya taska membenarkan, ibu boleh meminta kemas kini melalui WhatsApp, meminta gambar atau video anak atau melakukan panggilan video untuk melihat keadaannya.

    Walaupun mungkin tidak dapat bersama secara fizikal, sekadar melihat anak melalui skrin dan mendengar suaranya sudah cukup untuk mengurangkan kerisauan. Ibu juga boleh bertanya kepada pengasuh mengenai aktiviti harian anak untuk memastikan dia dalam keadaan baik.

    Namun, elakkan keterlaluan dalam menghubungi pengasuh kerana ia boleh mengganggu tugas mereka. Percayalah bahawa anak selamat dan sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

    • Luangkan masa berkualiti bersama anak

    Walaupun ibu sibuk bekerja, pastikan masa yang diluangkan bersama anak selepas pulang adalah berkualiti. Cuba ketepikan telefon, kerja atau perkara lain yang boleh mengganggu perhatian ibu terhadap anak.

    Pelukan, ciuman dan kata-kata penuh kasih sayang boleh membuatkan anak rasa disayangi walaupun ibu tidak bersamanya sepanjang hari. Aktiviti seperti membaca buku sebelum tidur, bermain bersama atau sekadar berbual mengenai hari mereka boleh membantu mengeratkan hubungan.

    Apa yang penting bukanlah jumlah masa bersama tetapi bagaimana masa itu digunakan. Pastikan setiap momen yang ada diisi dengan bermakna dan penuh kasih sayang.

    • Ingatkan diri tentang matlamat

    Setiap kali rasa bersalah muncul, ingatkan diri sendiri sebab ibu bekerja – untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada anak. Dengan pendapatan yang stabil, ibu dapat menyediakan keperluan asas, pendidikan dan masa depan yang lebih terjamin.

    Selain itu, bekerja juga memberi peluang kepada ibu untuk berkembang dan mencapai matlamat peribadi. Anak-anak yang membesar melihat ibu mereka berdikari dan berusaha keras akan lebih menghargai nilai kerja keras dan dedikasi.

    Ibu bahagia akan membesarkan anak yang ceria

    Jangan biarkan rasa bersalah menghalang ibu daripada menjadi versi terbaik diri sendiri. Dengan bekerja, ibu bukan sahaja menyumbang kepada keluarga tetapi juga menjadi contoh kepada anak tentang nilai berdikari dan usaha.

    Jadi, tarik nafas dan yakin dengan diri sendiri. Anda masih seorang ibu yang hebat walaupun perlu meninggalkan anak seketika. – RELEVAN

    bersalah featured ibu bekerja kerjaya taska

    Artikel berkaitan

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025

    NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    November 14, 2025

    Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

    November 13, 2025
    Artikel Terkini

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025

    NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    November 14, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.