Facebook Twitter
    Trending
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kumpul wang lama, dari hobi jadi rezeki

    Kumpul wang lama, dari hobi jadi rezeki

    By Umi FatehahDecember 20, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kumpul wang lama, dari hobi jadi rezeki

    BAGI kebanyakan orang, numismatik bermula sebagai hobi. Namun, dengan perkembangan pasaran moden, hobi ini kini diiktiraf sebagai bentuk pelaburan alternatif yang stabil. 

    Pasaran wang lama menunjukkan peningkatan nilai secara konsisten terutamanya bagi barang koleksi yang jarang ditemui.

    “Ramai beranggapan bahawa usia menentukan nilai wang lama. Usia bukan penunjuk utama nilai wang tertentu.

    “Hakikatnya, nilai sesuatu wang lebih bergantung kepada keunikannya dan permintaan pasaran yang melebihi penawarannya,” kata Ah Kai.

    Sebagai contoh, duit syiling 50 sen Parlimen keluaran 1967, 1968 dan 1969 dikeluarkan dalam bentuk dua jenis iaitu terbelah dan tidak terbelah. 

    Bagi syiling 50 sen terbelah keluaran tahun berkenaan dijual pada harga RM2. Manakala bagi edisi terbelah, harganya mencecah sehingga ratusan ribu ringgit bergantung kepada keadaan dan keasliannya.

    Syiling 50 sen Parlimen terbelah dan tidak terbelah. – GAMBAR IHSAN AH KAI

    Item seperti ini sering menjadi sasaran kolektor dan pelabur yang ingin memanfaatkan peningkatan nilai dari masa ke masa.

    Langkah-langkah memulakan hobi numismatik

    Bagi yang ingin menceburi dunia numismatik, langkah pertama adalah memahami asas-asas bidang ini serta mengenal pasti minat peribadi.  

    Dia juga menekankan pentingnya berhati-hati kerana pasaran wang lama mempunyai risiko tersendiri, termasuk item palsu.  

    “Mulakan dengan mengumpul apa yang anda suka terlebih dahulu kerana ini akan memberi kepuasan dan motivasi untuk terus mendalami bidang ini.

    “Beli daripada penjual yang dipercayai dan pastikan anda tidak terlalu tamak. Banyak barangan yang dijual di platform dalam talian adalah tiruan. Jadi, sentiasa lakukan penyelidikan sebelum membuat pembelian,” katanya.  

    Ah Kai turut mengingatkan bahawa pembeli harus berhati-hati dengan tawaran harga murah yang kelihatan terlalu indah untuk menjadi kenyataan.

    Selain itu, pemula disarankan bermula dengan bajet kecil. Anda tidak perlu mengeluarkan modal besar pada peringkat awal. Mulakan dengan mengumpul syiling atau wang kertas yang mudah didapati sebelum mengembangkan koleksi secara beransur-ansur.

    Cara menjaga koleksi wang lama

    Bagi memastikan koleksi kekal dalam keadaan terbaik, penjagaan yang teliti adalah penting. Wang lama perlu disimpan dalam plastik keras khas yang direka untuk koleksi numismatik. Ini melindungi permukaan wang daripada calar dan kerosakan akibat sentuhan langsung.

    Wang lama perlu disimpan dalam plastik keras khas. – GAMBAR IHSAN AH KAI

    “Jangan sekali-kali memegang wang lama dengan tangan kosong kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada permukaannya.

    “Gunakan sarung tangan kapas setiap kali anda perlu memegang koleksi kerana minyak semula jadi pada kulit boleh meninggalkan kesan yang sukar dihilangkan dan seterusnya mengurangkan nilai wang tersebut,” katanya.

    Selain itu, koleksi harus disimpan di tempat yang kering dan sejuk untuk mengelakkan kerosakan akibat kelembapan. 

    Langkah ini penting untuk memelihara keadaan asal wang lama, terutamanya jika anda merancang untuk menjualnya pada masa hadapan.

    Risiko dan cabaran dalam numismatik

    Seperti mana-mana bentuk pelaburan, numismatik mempunyai cabaran tersendiri. Salah satu risiko terbesar ialah pembelian barang palsu. 

    Ah Kai turut menasihatkan pembeli agar berhati-hati dengan penipu yang meminta bayaran yuran palsu. 

    “Banyak duit syiling dan wang kertas tiruan dihasilkan dengan sangat mirip dengan yang asli, hingga sukar dibezakan oleh mata kasar. 

    “Oleh itu, mendapatkan pengesahan daripada pakar atau institusi profesional adalah langkah yang amat penting bagi memastikan keaslian koleksi anda.

    “Dalam mana-mana transaksi jual beli wang lama, tidak sepatutnya wujud bayaran tambahan seperti yuran.  Jika ada pihak yang meminta yuran untuk menjual atau membeli, itu adalah tanda-tanda jelas satu bentuk penipuan yang perlu dielakkan,” katanya lagi.  

    Selain itu, pasaran numismatik memerlukan kesabaran. Anda mungkin perlu menunggu bertahun-tahun sebelum koleksi anda mencapai nilai maksimum.

    Ah Kai mengingatkan pelaburan ini bukan jalan pintas menjadi kaya. Ia memerlukan masa, pengetahuan dan kesabaran.

    Masa depan numismatik

    Dengan minat semakin meningkat terhadap sejarah dan barang antik, prospek masa depan numismatik kelihatan cerah.  Perkembangan teknologi turut membantu mempopularkan bidang ini, terutamanya dengan kehadiran platform dalam talian dan aplikasi mudah alih yang memudahkan akses kepada pasaran global.

    Namun, Ah Kai percaya bahawa pendidikan dan kesedaran lebih meluas diperlukan untuk memastikan numismatik terus relevan. 

    Katanya, generasi muda perlu didedahkan kepada bidang ini bukan sahaja sebagai cara menghargai sejarah tetapi sebagai peluang menambah pendapatan. Institusi kewangan dan pendidikan boleh memainkan peranan penting dalam memperkenalkan numismatik kepada masyarakat. 

    Dengan pendekatan yang betul, numismatik boleh berkembang menjadi bidang yang lebih dihargai, bukan sahaja oleh pengumpul tetapi elabur yang ingin mencari alternatif kepada pelaburan konvensional. – RELEVAN

    Previous ArticleBina kekayaan dengan kumpul wang lama
    Next Article YOLO: Konsert, melancong atau menabung?

    Artikel berkaitan

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.