Facebook Twitter
    Trending
    • Bahaya tidur selepas makan
    • Gajet jadi ibu bapa kedua di rumah
    • Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’
    • Bahana bangun tidur lambat
    • Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 
    • Gaji pertama hilang sekelip mata
    • 5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum
    • Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahaya tidur selepas makan

      November 4, 2025

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025

      Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

      October 27, 2025
    • Kewangan

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025
    • Pendidikan

      Gajet jadi ibu bapa kedua di rumah

      November 4, 2025

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025
    • Kerjaya

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pentingnya menuntut ilmu dengan beradab

    Pentingnya menuntut ilmu dengan beradab

    By Umi FatehahNovember 27, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Belajar, kunci kejayaan masa depan - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    BELAJAR adalah perjalanan yang penuh warna-warni. Ada suka, ada duka. Namun, setiap langkah membawa kita lebih dekat ke puncak kejayaan.

    Untuk mendapatkan keberkatan menuntut ilmu, kita perlu lebih daripada sekadar belajar dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu menjaga adab agar ilmu yang dipelajari lebih berkat dan mudah diserap.

    Meskipun kita rajin berusaha untuk belajar tetapi tanpa adab, ilmu yang diperoleh mungkin sukar untuk dikuasai dan diingati.

    Langkah pertama untuk mendapat ilmu yang berkat adalah dengan menghormati guru. Hal ini kerana guru bukan sekadar pengajar tetapi juga pembimbing yang mencurah ilmu demi kejayaan kita.

    Jadi, tunjukkan rasa hormat kepada guru dengan memberi perhatian penuh semasa kelas, tidak mengganggu atau berbual semasa mereka mengajar dan mengucapkan terima kasih selepas kelas tamat.

    Sikap menghormati ini bukan sahaja menunjukkan kesopanan tetapi turut menjadikan sesi pembelajaran lebih bermakna.

    Selain itu, datang ke sekolah dengan semangat yang tinggi adalah kunci untuk memastikan pembelajaran kita menjadi lebih berkesan.

    Walaupun bangun pagi dan bergegas ke sekolah kadang kala terasa melelahkan, cuba bangkitkan semangat dengan mengingatkan diri kita tentang pentingnya ilmu.

    Kita juga perlu siapakan kerja rumah, bawa buku yang diperlukan dan jangan segan untuk bertanya jika ada yang kurang difahami.

    Semangat ini menunjukkan kesungguhan kita dalam menuntut ilmu dan menghargai setiap peluang yang ada.

    Kebersihan juga memainkan peranan penting. Ia bukan sahaja melibatkan pakaian yang bersih dan rapi tetapi juga melengkapkan buku dan alat tulis. Paling penting, jangan cepat putus asa ketika menghadapi cabaran. 

    Setiap kegagalan adalah peluang untuk belajar dan berkembang. Teruskan berusaha, ulang kaji dengan tekun dan jangan malu untuk meminta bantuan guru atau rakan-rakan jika memerlukan. Setiap cabaran adalah langkah untuk kita menjadi lebih baik. – RELEVAN

    adab belajar featured pendidikan

    Artikel berkaitan

    Bahaya tidur selepas makan

    November 4, 2025

    Gajet jadi ibu bapa kedua di rumah

    November 4, 2025

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025
    Artikel Terkini

    Bahaya tidur selepas makan

    November 4, 2025

    Gajet jadi ibu bapa kedua di rumah

    November 4, 2025

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.