Facebook Twitter
    Trending
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hikayat lelaki miang dan perempuan penyondol 

    Hikayat lelaki miang dan perempuan penyondol 

    By KU SYAFIQ KU FOZIApril 18, 20236 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    HIKAYAT lelaki miang dan perempuan penyondol ini bukan untuk hiburan semata-mata, tetapi sebagai pengajaran untuk semua. - IMEJ JANAAN BING IMAGE CREATOR

    CINTA dan khianat ialah kisah yang subur sepanjang zaman. Tema cinta tidak pernah gagal menarik perhatian manusia dan ia diabadikan dalam banyak karya seni. Begitu juga pengkhianatan.

    Dari cinta juga wujudnya khianat. Pengkhianatan terhadap cinta dipanggil curang. Ini satu lagi perkataan yang mudah menarik minat ramai.

    Kisah curang sangat laku dalam media-media. Seperti pusaran semut (ant mill), orang ramai hilang pedoman menghurung kisah-kisah curang. Teori dilempar dan disambut, segala hal luar dan dalam kain dikorek. 

    Dalam artikel ini, Relevan mahu tunjukkan bahawa cinta dan khianat sentiasa wujud sepanjang zaman. Melalui kisah-kisah yang disusun ini, kita cari teladan dan sempadan.

    Kisah-kisah ini mengajar kita untuk berhati-hati memilih pasangan dan teliti membina diri sebagai pasangan yang setia. Bisik syaitan yang menggelegak nafsu itu selalu ada, cuma tinggal kita yang perlu menepisnya.

    Pengkhianatan dalam kisah klasik

    Curang itu khianat. Khianat bererti merobek kepercayaan dan membakar tali perhubungan.

    Sengaja saya gunakan kata khianat supaya kita tahu, tindakan curang kepada pasangan itu sama jeliknya dengan pengkhianatan Judas Iscariot terhadap Jesus dalam tradisi Kristian atau busuknya hati abang-abang Nabi Yusuf yang memerangkapnya dalam perigi.

    Namun, jika diteliti teks-teks klasik, kisah curang dan pengkhianatan lebih banyak melibatkan lelaki sebagai antagonis. Contohnya dalam Othello karya Shakespeare, Desdemona difitnah sebagai curang sehingga dibunuh suaminya sendiri. Semua gara-gara iri hati lelaki bernama Iago.

    Begitu juga dalam Cymbeline. Kesetiaan Imogen (atau Innogen) kepada suaminya, Posthumus tidak berbelah bahagi tetapi dia akhirnya difitnah, semata-mata demi pertaruhan bodoh sang suami dan seorang lelaki lain.

    Dalam sebuah kisah legenda Barat, Tristan and Isolde (atau Iseult), penyondolnya lelaki. Tristan jatuh cinta kepada Isolde yang berkahwin dengan pak ciknya, Raja Mark. Dalam beberapa penceritaan, percintaan Tristan dengan Isolde ditonjolkan sebagai murni, walaupun asasnya adalah kecurangan.

    Satu lagi karya Shakespeare, King Lear menampilkan antagonis wanita tetapi ia bukanlah berkaitan percintaan, sebaliknya kekeluargaan. Dua anak perempuan Raja Lear, Goneril dan Regan jahat macam Abdul Wahab dan Abdul Wahib dalam Tiga Abdul.

    Dalam kisah klasik Melayu, apa yang terjadi kepada Tun Teja Ratna Benggala dalam Hikayat Hang Tuah boleh dikaitkan dengan kisah pengkhianatan dan kecurangan.

    Kisah ini, jika dilihat dengan kanta dunia moden, sangat-sangat bermasalah. Tun Teja diguna-guna oleh Hang Tuah untuk jatuh cinta kepadanya kemudian diguna-guna sekali lagi untuk membencinya supaya boleh dipersembah kepada Sultan. Semua ini berlaku ketika Tun Teja menjadi tunangan Sultan Pahang.

    Begitu juga dalam kisah legenda Mahsuri: seorang wanita suci yang menjadi mangsa fitnah selepas tidak melayan rayuan lelaki penyondol, Deraman. 

    ADUKA (kanan) mengkhianati Taruna apabila terlanjur dengan Dara.

    Kisah curang dalam filem Semerah Padi (1956) pula agak rumit. Aduka (lakonan P. Ramlee) terperangkap dengan pujuk rayu Dara (Saadiah) lalu menarik mereka ke lembah maksiat. Namun, ia tetap pengkhianatan besar terhadap Taruna (Nordin Ahmad).

    Tak susah nak cari lelaki miang

    Kumpul seratus lelaki dalam satu dewan dan baling kasut anda secara rambang. Kemungkinan besar, kasut itu akan mendarat di kepala lelaki miang. Begitulah mudahnya kita mahu cari lelaki miang.

    Perempuan tak ada yang miangkah? Ada saja, cuma mungkin kisahnya tidak diheboh-hebohkan dan dikisahkan dalam karya legenda.

    Kajian oleh General Social Survey (GSS) mendapati lelaki lebih banyak curang berbanding wanita. Data yang dikumpulkan oleh Institut Kajian Kekeluargaan (IFS) pada 2018 menunjukkan 20 peratus lelaki mengaku mengadakan hubungan seks dengan pasangan lain semasa berkahwin di Amerika Syarikat (AS), berbanding 13 peratus wanita.

    Namun, menurut Agensi Penyiasatan Smith, semakin banyak kes kecurangan berlaku dalam kalangan wanita dalam tempoh 20 tahun ini.

    Dua kepala dalam ketuhar

    Kisah kecurangan yang ikonik boleh dikaitkan dengan satu nama: Ted Hughes. Di sebalik pesona bijak dan puitis, Ted bertanggungjawab meletakkan dua kepala wanita dalam ketuhar (walaupun bukan secara langsung).

    Kisah Ted boleh mengesahkan kata-kata “once a cheater, always a cheater”.

    Ted merupakan penyajak popular British pada dekad 50-an dan diiktiraf antara penyajak terhebat Inggeris sepanjang zaman. Dia berkahwin dengan seorang lagi penyajak berpotensi besar, Sylvia Plath pada 1956.

    Sylvia jatuh hati pada tulisannya, kemudian perwatakannya. Dia menyifatkan Ted seperti “penyanyi, penglipur lara, singa dan pengembara dunia” dengan suara seperti “hentaman guruh dari Tuhan”.

    Namun, yang indah pun boleh jadi hodoh. Dalam beberapa kejadian, Sylvia mengadu dipukul Ted, termasuk beberapa hari sebelum anaknya gugur. Kemurungan yang dihadapinya bertahun-tahun semakin parah apabila Ted berlaku curang.

    Ted jatuh hati kepada Assia Wevill, penyewa pangsapuri mereka di London yang ketika itu merupakan isteri orang. Segala tekanan yang menghempap Sylvia, termasuk kelaku curang suaminya, membuatkan penyajak muda itu nekad mengambil nyawanya dengan meletakkan kepalanya dalam ketuhar. Dia mati kerana keracunan gas karbon monoksida.

    Ted Hughes dan Sylvia Plath pada 1956. – GAMBAR/WRITER PICTURES

    Assia juga curang dengan suaminya, David sehingga lelaki itu sendiri cuba untuk membunuh diri dengan menelan pil tidur berlebihan.

    Assia selepas itu tinggal bersama Ted dan anak-anaknya. Mereka tinggal bersama, malah mempunyai anak bersama ketika perkahwinan Assia dengan David belum terlerai. Walau bagaimanapun, Assia mula merasakan keperitan hidup yang menghantui Sylvia selama ini. 

    Ted melayannya seperti bibik. Lelaki itu juga ganas di bilik tidur. Assia pernah bercerita pada rakannya: ketika bersama, bau badan Ted seperti tukang daging.

    Cuba teka apa yang Ted buat selepas itu?

    Ya, curang lagi. Kini giliran Assia merasa peritnya hidup dicurangi. 

    Cuba teka pula, apa yang Assia buat?

    Ya, dia mencabut nyawanya sendiri dan anaknya. Dengan cara yang sama seperti Sylvia, meletakkan kepala dalam ketuhar.

    Belajar dari kisah curang

    Membaca dan menonton drama curang selebriti bukan sekadar untuk bersuka-suka. Ia bukan hiburan. Kita wajib mengambil pengajaran daripada kisah-kisah itu.

    Pada 2021, terdapat 43,934 kes cerai berlaku di Malaysia. Ia bersamaan kira-kira 118 kes cerai sehari. Sama dengan kira-kira lima kes cerai setiap jam.

    Perceraian tidak semestinya buruk. Ia menjadi jalan keluar untuk perkahwinan yang bermasalah dan jika segalanya aman, ia memberikan kehidupan yang lebih baik buat individu yang terlibat. Sebab itu cerai tidak haram.

    Namun, perceraian yang berlaku akibat kecurangan dan pengkhianatan sering membawa kesan yang buruk, termasuk kepada anak-anak jika terlibat.

    Institusi keluarga ialah teras sebuah masyarakat. Disebabkan institusi keluarga yang berkecamuk, anggota masyarakat boleh jadi lemah.

    Maka, segala kisah curang yang dicatat sejak turunnya manusia di muka bumi sehingga sekarang perlu dijadikan pengajaran buat kita yang telah, sedang dan akan berumah tangga.

    Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Hikayat lelaki miang dan perempuan penyondol jangan dijadikan pemuas nafsu membawang semata-mata, ambil ia sebagai pengajaran. – RELEVAN

    featured pendidikan sastera sejarah
    Artikel Terkini

    7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

    September 26, 2023

    Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

    September 26, 2023

    Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    September 26, 2023

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.