Facebook Twitter
    Trending
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sakit pasti datang, derita yang perlu dikekang

    Sakit pasti datang, derita yang perlu dikekang

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 29, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KALAU kita cuba nak bebas dari rasa sakit sepanjang hidup, itu kerja sia-sia. - GAMBAR HIASAN/EUGENE (Unsplash)

    PENULIS Relevan memilih untuk menulis tentang kesihatan mental, maka saya sambut dalam anekdot ini.

    Tapi, saya cuba ambik rujukan jalanan; bukan pakar atau profesor, sebaliknya manusia biasa yang mencatat kembara jiwanya.

    Bukan menolak kepakaran, cuma mahu cari jalan berbeza. Lagipun, catatan jalanan yang tidak dikongkong sijil akademik lebih mentah dan telus. Saya suka.

    Tak semua pakar pernah merasa jiwa terbeban dengan gumpalan hitam yang menjengkelkan.

    Antara manusia yang konsisten buat mata saya mencerlang kagum ketika berbual ialah arwah Meor Yusof Aziddin. Orang kenal dia dengan nama Meor Pesta Jiwa atau Meor Busker (ingat dulu ada lelaki yang busking di stesen KTM KL Sentral? Itulah dia).

    Meor sempat menulis beberapa buku. Sembang Tepi Jalan terbitan Merpati Jingga, contohnya, mengumpulkan catatan ringkas tentang hidup.

    Pacak batas

    Dalam buku itu, Meor banyak bercakap tentang kebogelan. Kita bogel ketika mula hidup dan selepas kain kapan mereput, kita terbogel semula.

    Kebogelan dikaitkan dengan kesucian dan kejujuran. Tapi mengapa selepas saja lahir, kita ambil kain dan tutup tubuh?

    Saya fikir, sebab kesucian dan kejujuran perlu sempadan. Tidak boleh selamanya kita jadi suci dan jujur sebab dunia datang dengan keburukan dan kejahatannya.

    Berbogel hanya mendedahkan kita kepada bahaya-bahaya yang datang dalam bentuk manusia lain.

    Itu membawa saya kepada Nazim Masnawi yang mencatat kembara spiritualnya dalam buku Jalan Lapan, Lipis terbitan Laras 99.

    Kata Nazim dalam bab kedua, sakit pasti datang. Dalam hidup, akan ada sakit yang menyinggah. Kalau kita cuba nak bebas dari rasa sakit sepanjang hidup, itu kerja sia-sia.

    Perisai derita

    Sakit tak boleh dielak tapi derita boleh dikekang. Sakit bertukar menjadi derita apabila kita bertindak balas secara negatif terhadap kesakitan.

    Apabila dikhianat, kita memilih untuk membalas dendam. Tiada kepuasan dalam membalas dendam, yang tinggal hanya penyesalan dan rasa bersalah. Itu yang melahirkan derita.

    Kerana tertekan dengan hubungan cinta, kita pilih untuk hiris tangan. Itu menjemput derita.

    Kerana kecewa dengan konflik keluarga, kita bawa diri ke kancah maksiat. Itu menghukum diri dan hukuman ke atas diri sendiri akan berakhir dengan derita.

    Manusia diberi peranan sebagai khalifah untuk mentadbir diri sendiri dan kalau berpeluang, mentadbir manusia lain serta alam.

    Kita diberi hak untuk memilih jalan yang mahu dilalui, maka pilihlah jalan yang mengekang derita walau bertubi-tubi diserang sakit oleh dunia.

    Zarah ikhlas

    Rasa kecewa, marah, sedih dan sengsara akan ada. Raikannya sebagai sebahagian lumrah dalam dunia. Tapi bagaimana mahu mengekang derita?

    Saya pilih untuk percaya bahawa kuncinya ada pada sifat ikhlas.

    Ikhlas ialah sifat yang paling Islamik, paling Buddha, paling punk dan paling manusiawi.

    Ikhlas bermaksud kita memutuskan sebarang jangkaan daripada perbuatan baik. Kita buat baik sebab mahu jadi baik, bukan mahu balasan.

    Kalau mampu jadi ikhlas, sebarang sakit yang datang boleh dipeluk dan dilerai. Kita tak lagi berharap sebarang balasan daripada manusia, melainkan cinta dari Yang Esa.

    “dalam jantung ada tiang,

    dalam tiang ada batu,

    dalam batu ada zarah,

    zarah itu keikhlasan kamu.”

    Saya tulis beberapa sajak yang disisip empat baris di atas. Sebab ia kini menjadi pegangan. Buat apa saja yang saya suka – mengajar, menulis, membelanja – dengan ikhlas tanpa mengharap balasan yang baik-baik dari manusia.

    Itu cara saya merai sakit dan mengekang derita. – RELEVAN

    Previous ArticleKanser payudara pembunuh wanita Asia
    Next Article Gen Z sudah dewasa dan mula mendominasi dunia pekerjaan

    Artikel berkaitan

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026
    Artikel Terkini

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.