Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Utamakan kesihatan mental di tempat kerja, termasuk untuk golongan OKU

    Utamakan kesihatan mental di tempat kerja, termasuk untuk golongan OKU

    By Umi FatehahOctober 16, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DARI kiri, Diana Dianelle, Dr. Ras Adiba Radzi, Anita Abu Bakar, Datuk Mastura Mohd Yazid, Dr. Hazli Zakaria dan Katyana Azman di Majlis Ulang tahun ke-7 MIASA, Sime Darby Convention Center. - GAMBAR MIASA

    PERSATUAN Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) meraikan ulang tahunnya yang ke-7 seiring dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia di Sime Darby Convention Center pada 15 Oktober.

    Pengasas dan presiden MIASA, Anita Abu Bakar berkata organisasi kecil itu telah menjadi salah satu peneraju utama dalam kesedaran dan advokasi kesihatan mental di Malaysia.

    “Perjuangan kami bukan hanya untuk memberikan sokongan kepada individu yang bergelut dengan masalah kesihatan mental tetapi juga memecahkan stigma yang selama ini menyelubungi isu kesihatan mental di Malaysia.

    “Namun, stigma mengenai isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat dan tempat kerja masih wujud,” katanya.

    Perjuang hak bekerja dan kesihatan mental golongan OKU

    Turut hadir, Presiden OKU Sentral,  Dr. Ras Adiba Radzi yang memberikan pandangannya tentang kepentingan keterangkuman di tempat kerja, terutamanya bagi golongan orang kurang upaya (OKU). 

    “Kita sering bercakap tentang kesaksamaan tetapi kesaksamaan sebenar hanya boleh dicapai apabila kita memberi akses dan peluang yang adil kepada golongan OKU. 

    “Ini bukan hanya tentang menyediakan pekerjaan tetapi juga memastikan persekitaran kerja yang menyokong dan mesra OKU, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental. Kita perlu menjadikan tempat kerja lebih inklusif untuk semua,” tegasnya.

    Beliau turut menekankan keperluan untuk melibatkan lebih ramai wakil OKU dalam proses membuat keputusan di peringkat kerajaan dan korporat. Ini penting untuk memastikan suara mereka didengari dan dasar yang lebih inklusif dapat dilaksanakan.

    Masalah kesihatan mental di tempat kerja

    Selain itu, pakar psikiatri, Dr. Hazli Zakaria berkata, tekanan kerja bukan sahaja memberi kesan terhadap produktiviti tetapi juga boleh menjejaskan kesihatan mental pekerja. 

    Katanya, tempat kerja sering menjadi keluarga kedua dan seperti keluarga kita di rumah, ia tidak semestinya harmoni sepanjang masa. 

    “Konflik interpersonal, tanggungjawab yang berat dan tekanan untuk memenuhi jangkaan majikan boleh menyumbang kepada masalah kesihatan mental seperti kebimbangan dan kemurungan.

    “Kesihatan mental tidak boleh dipisahkan daripada kesihatan fizikal. Kedua-duanya saling berkait dan kita perlu mengambil pendekatan holistik untuk memastikan kesejahteraan menyeluruh. 

    “Masyarakat perlu sedar bahawa meminta bantuan untuk kesihatan mental bukanlah satu kelemahan, tetapi langkah pertama ke arah pemulihan,” tambahnya.

    Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk “It is Time to Prioritize Mental Health in the Workplace” yang menjadi sebahagian pengisian sambutan ulang tahun MIASA.

    Dalam pada itu, Anita turut menyatakan bahawa tekanan yang dialami di tempat kerja semakin menjadi masalah utama dalam kalangan pekerja di Malaysia. 

    Jelasnya lagi, MIASA sering melihat pekerja yang mengalami tekanan kerja yang melampau, yang akhirnya membawa kepada kemurungan atau masalah kesihatan mental lain.

    Sekiranya anda sedang mengalami apa-apa masa kesihatan mental dan perlukan bantuan atau sokongan, jangan teragak-agak untuk menghubungi talian hotline MIASA di 1-800-18-0066 yang beroperasi 24 jam sehari, setiap hari.

    Memetik slogan MIASA: “everyone matters, you do too.” – RELEVAN

    featured kesihatan mental MIASA
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.