Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2025: Kebajikan rakyat, pacu ekonomi dan cukai baharu

    Belanjawan 2025: Kebajikan rakyat, pacu ekonomi dan cukai baharu

    By Zahra Mohamad ZhahirOctober 15, 2024Updated:October 15, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Belanjawan 2025 dijangka menumpukan kepada tiga elemen utama bertepatan dengan tema ‘Ekonomi Madani, Negara Makmur dan Rakyat Sejahtera’ - FOTO MUHAMAD IQBAL ROSLI/UTUSAN

    BELANJAWAN 2025 yang bakal dibentang pada 18 Oktober dijangka membawa pendekatan menyeluruh bagi meningkatkan ekonomi ekonomi negara di samping memastikan kesejahteraan rakyat terus terjaga. 

    Menurut Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad, Belanjawan 2025 dijangka menumpukan kepada tiga elemen utama bertepatan dengan tema ‘Ekonomi Madani, Negara Makmur dan Rakyat Sejahtera’. 

    Beliau berkata, kerajaan bakal menstruktur ekonomi negara ke arah aktiviti yang bernilai tinggi, lebih berdaya saing dan lestari demi meningkatkan kualiti serta taraf hidup rakyat.

    “Dijangkakan beberapa sektor utama akan diberi tumpuan dalam belanjawan kali ini, antaranya sektor elektronik, mikrocip dan semikonduktor serta sektor berasaskan kenderaan elektrik (EV).

    “Selain itu, tumpuan juga dijangka diberi kepada sektor digital dan teknologi kecerdasan buat­an (AI) serta pemerkasaan ekonomi Islam dan sektor guna tenaga termasuk nadir bumi,” jelasnya. 

    Tambahnya, bagi menepati tema ‘Negara Makmur’, jangkaan intipati belanjawan adalah bagi menambah baik sistem pendidikan sedia ada, meningkatkan pertumbuhan pembangunan sosieokonomi dalam konteks perkhidmatan dan kesihatan serta mengurangkan jurang pendapatan bandar dan luar bandar.

    “Bagi ‘Rakyat Sejahtera’, dijangka dalam belanjawan kali ini akan ada penambahbaikan bagi bantuan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta bantuan awal persekolahan.

    “Selain itu, kerajaan juga bakal beri tumpuan kepada bantuan subsidi berterusan buat yang layak, penglibatan golongan wanita dalam sektor industri, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan korporat serta bantuan awal serta pelbagai lagi insentif-insentif melibatkan belia dan warga tua,” katanya. 

    Tumpu pada peningkatan kualiti dan taraf hidup rakyat

    Menurut Bashir Ahmad, tumpuan utama kerajaan dalam belanjawan kali ini adalah untuk memastikan kemakmuran ekonomi dapat diterjemahkan kepada peningkatan kualiti dan taraf hidup rakyat, sekali gus menyumbang kepada momentum pertumbuhan ekonomi sedia ada. 

    “Antara masalah utama yang ingin ditangani kerajaan dalam belanjawan kali ini adalah dari segi keterjaminan makanan. 

    “Cabarannya adalah memastikan makanan untuk keperluan domestik mencukupi dan harga barangan stabil dalam jangka masa panjang. Dalam erti kata lain, kerajaan menyasarkan inflasi yang lebih rendah.  

    “Selain itu, perlu ada juga rasionalisasi subsidi melibatkan bahan sumber asli, barang keperluan dan guna tenaga yang diterjemahkan kepada rakyat melalui mekanisme yang sesuai,” katanya. 

    Dalam pada itu, Pakar ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Prof Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, intipati belanjawan bakal memfokuskan pada tiga perkara utama, iaitu kesejahteraan rakyat, pembangunan ekonomi serta pembanterasan rasuah dan salah guna kuasa. 

    “Kerajaan bakal memberikan subsidi dan bantuan terus kepada sebagai tanda keprihatinan terhadap rakyat. Selain itu, kerajaan juga mungkin akan memberikan kemudahan bagi rakyat yang ingin memiliki rumah sendiri. 

    “Kedua, kerajaan akan memesatkan pembangunan ekonomi negara bagi membolehkan usaha meningkatkan penyediaan kemudahan kepada rakyat. 

    “Kemudiannya, perkara ketiga, kerajaan juga akan bersikap tegas bagi membanteras rasuah dan salah guna kuasa. Ini merupakan tiga tema penting dalam belanjawan kali ini,” jelasnya. 

    Menurut Barjoyai, ekonomi negara ketika ini sedang pesat membangun dan dijangka mencapai puncaknya pada 2026. Persoalannya, mengapa masih ramai rakyat marhaen yang masih hidup susah dan sengsara? 

    “Ekonomi semakin baik, namun masih ramai yang menderita. Gaji tidak naik, kos sara hidup pula semakin meningkat. Jadi, penting untuk kerajaan menjawab persoalan ini dalam belanjawan yang bakal dibentang nanti,” ujarnya.

    Artikel berkaitan: Belanjawan 2025: Defisit, GST dan gaji minimum

    Artikel berkaitan: Kerap berbelanja sebelum fikir panjang? Ini cara untuk menghentikannya

    Usaha memikat hati rakyat

    Menurut Pensyarah kanan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob, Belanjawan 2025 merupakan usaha kerajaan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap pucuk pimpinan sedia ada. 

    “Tumpuan kerajaan kali ini adalah lebih kepada langkah-langkah untuk menangani kos sara hidup dengan meningkatkan gaji penjawat awam dan memperkenalkan cukai-cukai baharu,” ulasnya. 

    Abu Sofian berkata, beliau berpendapat akan ada cukai baharu yang bakal diperkenalkan seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST). 

    Bagaimanapun, Barjoyai mempunyai pendapat yang berbeza. Menurutnya, kerajaan tidak akan memperkenalkan sebarang cukai baharu agar kemasukan pelabur asing ke dalam negara tidak terjejas. 

    “Saya rasa, kerajaan akan play safe dalam belanjawan kali ini kerana sentimen pelabur asing sedang baik kerana ekonomi sedang meningkat. Jika kerajaan perkenal cukai baharu, ia mungkin akan menjejaskan keyakinan (pelabur asing),” jelasnya. – RELEVAN

    Previous ArticleBelanjawan 2025: Defisit, GST dan gaji minimum
    Next Article Aktif kokurikulum, kerjaya lebih cemerlang

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.