Facebook Twitter
    Trending
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    • Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya
    • Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja
    • Apa erti bekerja dalam kehidupan?
    • Memahami hak sebagai pekerja
    • Yuri Gagarin, manusia pertama jelajah angkasa lepas
    • 15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan
    • Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025

      Apa nak buat dengan duit raya?

      April 3, 2025

      Berbaloikah iftar di bufet hotel? 

      March 20, 2025

      5 tip belanja raya dengan bijak: Bahagia beraya, poket tak merana

      March 13, 2025
    • Pendidikan

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025

      Pencapaian SPM 2024 terbaik dalam tempoh 11 tahun

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025

      Apa erti bekerja dalam kehidupan?

      May 1, 2025

      Memahami hak sebagai pekerja

      May 1, 2025

      Yuri Gagarin, manusia pertama jelajah angkasa lepas

      April 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Perceraian lebih daripada sekadar pertempuran undang-undang

    Perceraian lebih daripada sekadar pertempuran undang-undang

    By Umi FatehahOctober 8, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Perceraian lebih daripada sekadar pertempuran undang-undang. - GAMBAR HIASAN COTTON BRO/PEXELS

    PROSES perceraian melibatkan undang-undang, timbunan kertas kerja di meja peguam, perebutan hak penjagaan dan pembahagian aset. 

    Itu semua perkara yang boleh dilihat secara fizikal. Lebih dalam lagi ialah kesannya kepada pasangan yang terlibat.

    Bukan sekadar berulang-alik ke mahkamah, bukan juga sekadar menamatkan hubungan perkahwinan. Perceraian ialah pengakhiran kepada kehidupan dan impian yang pernah dibina bersama.

    Kesan emosi dan psikologi akibat perceraian sangat mendalam dan sering berlarutan lama meskipun proses undang-undang sudah selesai. Antara perjuangan emosi yang perlu dihadapi ialah:

    1. Sedih, marah, sunyi

    Setiap rutin dan rancangan masa hadapan yang dikongsi tiba-tiba menjadi peristiwa menyakitkan. Kesedihan datang dalam gelombang, kadang-kadang muncul tanpa jangkaan. 

    Ia mungkin hadir tanpa diundang ketika melipat kain, memasak, tidur atau melewati tempat yang pernah mempunyai makna dan kenangan. Rumah yang pernah penuh dengan gelak tawa atau gaduh manja kini terasa sunyi dan kosong.

    Perasaan amarah juga menyelubungi diri. Kemarahan terhadap pasangan, keadaan dan takdir yang membiarkan segala-galanya musnah. Tetapi yang paling menyakitkan ialah kemarahan terhadap diri sendiri.

    “Kenapa aku tidak mampu selamatkan hubungan ini? Kenapa aku gagal? Kenapa hubungan yang terbina berakhir di sini sahaja?”

    Meskipun tahu bahawa soalan-soalan itu tiada jawapannya, ia terus bermain dalam minda. Rasa bersalah dan menyesal atas apa yang telah musnah tidak boleh diungkap, namun sentiasa menghantui.

    Kesunyian yang datang selepas itu adalah yang paling sukar. Walaupun hubungan itu bergelora, sekurang-kurangnya ada seseorang yang boleh mengadu, bercerita dan memujuk.

    Kini, semuanya hilang.

    1. Kebimbangan dan kemurungan

    Perceraian bukan sahaja mematahkan hati, ia turut merosakkan minda. Kebimbangan datang sebagai tetamu tidak dijemput dan membisikkan ketakutan tentang masa hadapan. 

    “Bagaimana aku nak teruskan hidup seorang diri? Apa yang akan terjadi sekarang?” 

    Masa hadapan yang dulunya jelas kini terasa seperti lohong hitam (black hole) yang menyedut segala kestabilan yang pernah dianggap biasa.

    Kemurungan pula ibarat bayang-bayang: ia sering mengikut rapat di belakang. Segala apa yang dialami bukan sekadar perasaan, bahkan bebanan yang melemaskan jiwa dan membuatkan segala-galanya terasa tidak bermakna.

    Sudahlah proses penceraian menjadi beban emosi, ditambah pula dengan kebimbangan dan kemurungan. Proses sebelum, semasa dan selepas cerai sememangnya bukan mudah. Kuatkan semangat dan bersandarlah kepada keluarga dan rakan-rakan.

    1. “Siapa aku tanpa kamu?”

    Perkahwinan lebih daripada sekadar kontrak undang-undang. Saat akad dilafazkan, ia sudah menjadi sebahagian daripada identiti seseorang. Selama bertahun-tahun, seseorang mungkin memperkenalkan dirinya sebagai ‘isteri dia’ atau ‘suami dia’.

    Apabila perceraian berlaku, identiti itu hilang. Jika terserempak dengan kenalan bekas pasangan, kini tidak lagi memperkenalkan diri sebagai pasangan ‘si dia’.

    Aktiviti yang selalunya dilakukan berdua, kini perlu dibuat berseorangan. Untuk mengatasi rasa kesedihan, ada yang memilih untuk tidak melakukannya lagi atau keraskan hati dan terpaksa berpura-pura rasa okay.

    Antara aktiviti yang mungkin pernah dilakukan bersama ialah memasak, mengemas rumah atau melakukan hobi bersama.

    1. Berdamai dengan takdir dan move on

    Jalan menuju penyembuhan selepas bercerai adalah perlahan dan menyakitkan. Parut yang ditinggalkan sehingga berbekas sememangnya mengambil masa untuk sembuh. 

    Terapi boleh membantu tetapi ia tidak akan menghapuskan kesakitan. Ia membantu memproses rasa sakit, meluah perasaan, kenangan, penyesalan dan harapan masa hadapan yang kini terkubur. 

    Untuk menghadapi proses berdamai dan move on memerlukan keberanian dan kekuatan. Akan ada saat yang terasa seakan sudah berdamai, ada juga masa seperti kehidupan sudah tidak boleh diteruskan.

    Namun, jangan putus asa. Suatu hari nanti, walaupun hati sudah terluka dan berparut ia pasti akan sembuh. 

    Walaupun kenangan mungkin tidak dapat dilupuskan sepenuhnya, sekurangnya ia akan semakin kabur. Masa hadapan juga akan mula terasa kurang menakutkan walaupun berseorangan. – RELEVAN

    cerai fattah fazura featured penceraian pendidikan
    Artikel Terkini

    Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

    May 7, 2025

    Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

    May 6, 2025

    Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

    May 2, 2025

    Apa erti bekerja dalam kehidupan?

    May 1, 2025

    Memahami hak sebagai pekerja

    May 1, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.