Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Nikmati zaman muda sepenuhnya sebelum terlambat

    Nikmati zaman muda sepenuhnya sebelum terlambat

    By Umi FatehahOctober 1, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Nikmati zaman muda sepenuhnya sebelum terlambat. - GAMBAR HIASAN JORDAN MCQUEEN/UNSPLASH

    ZAMAN muda sering digambarkan sebagai fasa penuh tenaga, bebas dan peluang terhidang tanpa batas. 

    Namun, seiring berlalunya waktu, mungkin datang kesedaran bahawa kita tidak sepenuhnya menghargai fasa itu. 

    Masa berlalu dengan pantas dan sebelum kita sedar, hati mula terdetik – alangkah indahnya jika saat-saat muda lebih dihargai dan diisi dengan perkara yang menyeronokkan.

    Berikut merupakan beberapa cara untuk menikmati dan memanfaatkan sepenuhnya masa muda anda sebelum terlambat.

    1. Hargai kesihatan dan tenaga

    Tubuh anda berada pada tahap kemuncak semasa muda dan ia tidak sepatutnya diambil mudah. 

    Mampu bangun pagi dengan segar selepas tidur lewat dan masih bertenaga sepanjang hari adalah kelebihan yang tidak kekal selamanya. Daripada menghabiskan masa dengan menatal media sosial di rumah, lebih baik anda keluar dan bergerak aktif. 

    Manfaatkan sepenuhnya tubuh anda. Sama ada mendaki bukit, bermain sukan atau menari, jadikan pergerakan sebahagian daripada rutin harian anda.

    1. Utamakan pengalaman, bukan harta benda

    Satu pengajaran penting dalam hidup ialah kenangan lebih bernilai daripada barang material. 

    Apabila anda mengimbas kembali masa muda, bukan gajet mahal atau pakaian berjenama yang akan dikenang tetapi perjalanan, persahabatan dan pengalaman yang diperoleh. Ia menjadi elemen paling berharga dalam hidup.

    Jadi, utamakan mengumpul pengalaman. Lakukan aktiviti seperti mengembara, mencuba perkara baharu dan melangkah keluar dari zon selesa. Aktiviti sebegini akan membantu membentuk diri anda dan memberi cerita yang boleh dikenang bertahun-tahun akan datang.

    1. Belajar dan belajar

    Dalam kehidupan, masih ada banyak perkara yang boleh dipelajari dan tidak terhad dari sudut akademik sahaja. Sebagai manusia, seeloknya kita menuntut ilmu bermula dari buaian hingga ke liang lahad.

    Ilmu serta pengalaman yang luas dan pelbagai akan memberi pelbagai manfaat termasuklah membentuk personaliti dan karakter yang baik.

    Zaman muda ialah masa terbaik untuk meluaskan ilmu dan mempelajari kemahiran baharu. Semakin awal anda bermula, semakin banyak masa yang ada untuk mengukuhkan kemahiran dalam pelbagai bidang. 

    Sama ada belajar bahasa baharu, bermain alat muzik atau belajar memasak, biarkan rasa ingin tahu berkembang. Pengetahuan yang diperoleh akan menjadi bekalan berharga yang membantu anda menempuh liku-liku kehidupan pada masa hadapan.

    1. Bina hubungan bermakna

    Persahabatan dan hubungan semasa muda boleh menentukan siapa diri kita pada masa hadapan. Kelilingi diri anda dengan orang yang memberi inspirasi, mencabar dan menyokong anda. 

    Hubungan itu boleh memberi sokongan emosi dan kegembiraan bukan sahaja sekarang, malah pada masa depan. Luangkan masa untuk mengukuhkan ikatan dengan keluarga, rakan dan ingatlah untuk memberi lebih daripada sekadar menerima dalam hubungan tersebut.

    Menurut Perunding Kewangan, Adam Zubir, kalau kita nak kaya, kelilingi diri dengan orang-orang kaya.

    1. Sayangi diri sendiri

    Kesilapan terbesar yang sering dilakukan semasa muda ialah bersikap terlalu keras pada diri sendiri. Masa muda ialah masa penting untuk menerima siapa diri kita dan tanamkan rasa cinta terhadap diri sendiri.

    Daripada fokuskan pada kekurangan atau membandingkan diri dengan orang lain, raikan keunikan anda. Zaman muda ialah masa terbaik untuk meneroka identiti dan menjadi selesa dengan diri sendiri.

    1. Berani diri untuk ambil risiko

    Masa muda ialah masa untuk menjadi berani dan cuba melakukan perkara di luar zon selesa. Sementara tanggungjawab masih belum berat, anda mempunyai kebebasan untuk mengambil risiko, melakukan kesilapan dan belajar daripadanya.

    Sama ada mengejar minat, berpindah ke kota lain atau memulakan projek yang sudah lama dirancang tetapi tertangguh, inilah masanya untuk mengejar impian anda. Rasa takut gagal itu normal, jangan biarkan ia menghantui dan menghalang anda daripada bertindak.

    1. Nikmati semalam, hari ini, esok dan hari yang mendatang

    Dalam keghairahan untuk mencapai impian, kita sering terlupa untuk menikmati masa kini. Walaupun merancang masa depan itu penting, menikmati waktu sekarang juga sama pentingnya. 

    Luangkan masa untuk menghargai keindahan dalam kehidupan seharian seperti meluangkan masa bersama rakan, seronok menerima bungkusan yang dipesan pada lewat malam atau sekadar menikmati pagi Ahad yang sejuk.

    Zaman muda berlalu dengan pantas dan semakin anda menikmati saat itu, semakin banyak kenangan manis yang akan tersemat dalam memori. – RELEVAN

     

    Previous ArticleJejak 40 tahun muzik hip hop Malaysia di Simposium Muzik Ipoh 2024
    Next Article Pedih bisa gout, simptom dan cara mencegah

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.