Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Manfaat coklat untuk kesihatan

    Manfaat coklat untuk kesihatan

    By Zahra Mohamad ZhahirSeptember 13, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Coklat
    Coklat merupakan manisan yang sangat popular dan boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja tanpa mengira status, jantina mahupun usia. - GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    SIAPA yang tidak suka makan coklat, bukan? Coklat, terutamanya coklat gelap dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat untuk kesihatan. 

    Sebenarnya, coklat bukanlah makanan yang baharu dicipta. Manusia sudah makan coklat sejak tahun 1,500 sebelum masihi lagi. 

    Masyarakat pertama yang menukarkan biji koko kepada coklat adalah orang Olmec yang berasal dari Amerika Latin. 

    Mereka minum air coklat semasa mengadakan ritual dan menggunakannya sebagai ubat-ubatan. 

    Beberapa ratus tahun kemudian, orang Mayan menggunakan campuran biji koko, cili, jagung kisar dan air untuk dipersembahkan kepada Tuhan mereka. Minuman itu dipanggil ‘xocolatl’ yang bermaksud air yang pahit. 

    Pada 1847, syarikat coklat dari British, J.S. Fry & Sons mencipta bar coklat daripada lemak koko, serbuk koko dan gula. 

    Tidak lama kemudian, syarikat manisan terkemuka, Cadbury’s mula menghasilkan produk coklat sempena sambutan Hari Valentine. 

    Selepas itu, coklat mula menjadi manisan yang sangat popular. Kini, ia boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja tanpa mengira status, jantina mahupun usia. 

    Coklat mungkin baik untuk kesihatan

    coklat
    Flavanol dalam coklat dikatakan dapat meningkatkan kesihatan jantung dan otak – GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    Menurut Institut Kesihatan Negara (NIH) Amerika Syarikat (AS), terdapat beberapa bahan dalam coklat yang mungkin bermanfaat untuk kesihatan. 

    Salah satunya ialah flavanol yang dikatakan dapat meningkatkan kesihatan jantung dan otak, terutamanya dalam kalangan warga emas. 

    Penduduk Kuna di kepulauan Panama minum bergelas-gelas air coklat dalam masa sehari. Saintis mendapati, kadar penyakit jantung dalam kalangan masyarakat Kuna sangat rendah. 

    Penemuan inilah yang menyebabkan saintis berminat untuk mengkaji kebaikan coklat dengan lebih mendalam. 

    Mereka dapati, coklat gelap mengandungi flavanol yang lebih banyak berbanding coklat biasa. Sebab itulah, coklat gelap dikatakan lebih baik untuk kesihatan. 

    Selain itu, pengambilan coklat gelap juga dikatakan dapat: 

    1. Menguatkan jantung – Coklat gelap mengandungi antioksidan yang boleh menurunkan tekanan darah, mengurangkan risiko strok serta penyakit jantung. 
    2. Meningkatkan fungsi otak – Flavanol berupaya meningkatkan pegaliran darah ke kawasan otak dan membantu kita untuk fokus. 
    3. Mengurangkan stres – Individu yang makan coklat gelap mempunyai mood yang lebih baik. Mereka juga dilaporkan kurang tertekan dan berasa lebih gembira selepas makan coklat. 

    Bagaimanapun, kajian yang dilakukan masih lagi dalam fasa awal. 

    Masih banyak lagi kajian lain yang perlu dilakukan untuk mengetahui manfaat sebenar flavanol terhadap kesihatan. 

    Artikel berkaitan: Kisah unik disebalik jenama To’ak, coklat termahal di dunia

    Artikel berkaitan: 8 kudapan sihat untuk kurus dan pesakit diabetes

    Perlu makan secara sederhana

    Coklat
    Semakin banyak peratusan koko dalam coklat, semakin tinggilah kandungan kafeinnya – GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    Menurut pakar, seorang individu digalakkan mengambil 30 hingga 50 gram coklat gelap setiap hari. 

    Pengambilan coklat yang berlebihan mungkin akan mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. 

    Malah, kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan penyakit kencing manis dan masalah kolesterol. 

    Ramai yang tidak tahu coklat sebenarnya mengandungi kafein. Sebab itulah, ada individu yang mengalami migrain atau gastrik selepas makan coklat. 

    Semakin banyak peratusan koko dalam coklat, semakin tinggilah kandungan kafeinnya. 

    Perlu diingat, coklat yang dijual di pasar raya mengandungi lemak dan gula yang tinggi.

    Oleh itu, sebelum makan coklat, perhatikan terlebih dahulu jumlah kalorinya. 

    Elakkan pengambilan coklat putih atau coklat susu kerana ia tidak mempunyai kandungan flavanol setinggi coklat gelap. – RELEVAN

    Previous ArticleSoal keintiman, tanggungjawab dan penerokaan penyampai radio
    Next Article Iri dan dengki di tempat kerja

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.