Facebook Twitter
    Trending
    • Pantang larang selepas cabut gigi
    • Elak makanan ini jika sedang haus
    • Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius
    • 10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal
    • 7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya
    • Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai
    • Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?
    • Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » “Orang berhenti kerja bukan sebab pekerjaan tetapi kerana bos yang teruk”

    “Orang berhenti kerja bukan sebab pekerjaan tetapi kerana bos yang teruk”

    By Umi FatehahSeptember 5, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERANGAI bos yang kurang senang itu membuatkan anda mahu berhenti kerja. - GAMBAR HIASAN NICK FEWINGS/UNSPLASH

    ANDA suka bekerja di syarikat sekarang. Kerja bersesuaian dengan minat, rakan sekerja bertanggungjawab dan gaji juga lumayan.

    Tetapi ada satu perkara yang mengganggu ketenteraman ketika bekerja.

    Bos anda orangnya sangat sukar untuk difahami. Emosinya pula tidak tentu hala. Kadang kala dia dengan senang hati mempelawa makan tengahari bersama tetapi ada masa dia mengamuk menghentak-hentak meja!

    Walaupun gembira bekerja di samping rakan sekerja yang baik hati, perangai bos yang kurang senang itu membuatkan anda mahu berhenti kerja.

    Mungkin ada yang menganggap berhenti kerja di syarikat yang bagus hanya disebabkan bos teruk itu merugikan. Namun, siapa sahaja yang mempunyai kesabaran dan keimanan setaraf malaikat? 

    Mahu berhenti sebab bos atau pengurus yang teruk sebenarnya normal dan tidak merugikan malah menguntungkan pekerja itu dari segi kesihatan mental.

    Merujuk kajian sebuah firma perunding kepimpinan, Development Dimensions International (DDI) di Amerika Syarikat, 57 peratus responden berhenti kerja disebabkan bos. 

    Manakala 37 peratus responden mempertimbangkan untuk berhenti kerja kerana pengurus.

    Apa sebenarnya yang bos jahat lakukan sehingga pekerjanya berhenti kerja? 

    1. Tidak menunjukkan teladan yang baik sebagai pemimpin

    Arahan yang ditetapkan oleh ketua menentukan jalan yang akan diikuti oleh pasukannya.

    Sebagai pembuat keputusan, pengurus dan ‘kepala’ sebuah organisasi, bos mengharapkan pekerja mematuhi setiap rukun bekerja. Oleh itu, bos juga perlu melakukan perkara yang sama sebagai teladan yang baik.

    Tunjukkan contoh yang baik, maka baiklah perangai pekerja. Tunjukkan contoh yang tidak baik, begitulah juga sikap pekerja.

    “Alah, bos boleh. Takkan kita tak boleh!”

    Jika seorang pemimpin mengharapkan pekerja mereka menjalankan tanggungjawab dengan baik, bosnya juga perlu begitu.

    Kalau seorang ketua mahu pekerja menghormatinya, bos juga perlu menghormati pekerjanya.

    1. Tidak menawarkan sokongan dan pengiktirafan

    Bos yang toksik hanya mementingkan keuntungan dirinya sendiri. 

    Mereka lebih memilih untuk memberi tumpuan kepada kemajuan diri sendiri daripada menyokong dan mengiktiraf pekerjanya. 

    Bos yang baik pula menyokong dan mengiktiraf hasil kerja keras pekerjanya serta menyumbang kepada perkembangan kerjaya mereka.

    Pengiktirafan dan penghargaan untuk pekerja cemerlang tidak memerlukan kos yang besar tetapi ia memerlukan masa, ketulusan hati dan perasaan.

    Sekiranya anda seorang bos, tanyakan kepada diri sendiri – pernahkah anda menulis nota atau pesanan penghargaan kepada pekerja? Atau pernahkah anda melabur masa dan berjumpa secara bersemuka dengan pekerja untuk mengucapkan ‘tahniah dan terima kasih’?

    Sanggupkah anda mencemar duli dan berkhidmat kepada pekerja dengan cara ini?

    1. Tidak berkomunikasi dengan efektif

    Salah satu perangai bos yang teruk ialah tidak responsif dan tidak boleh dipercayai. Perkara ini menyebabkan pekerjanya bergelut untuk mendapatkan panduan atau cara untuk menyiapkan tugasan dengan cemerlang.

    Tertekan sebab bos toksik membuatkan pekerja tidak seronok bekerja. – GAMBAR HIASAN VITALY GARIEV/UNSPLASH

    Dalam apa jua senario kehidupan, komunikasi itu ibarat oksigen. Tanpa oksigen, kita lemas atau lebih teruk, mati. Tanpa komunikasi, bagaimana organisasi mahu berfungsi?

    Selain itu, bos toksik juga mempunyai tabiat komunikasi yang buruk seperti:

    • Berkomunikasi pada waktu yang salah
    • “Hentam sahajalah!” – Bersikap halai-balai apabila ia berkaitan dengan perancangan dan penyediaan
    • Tidak memberikan notis awal yang mencukupi bila keputusan perlu dibuat atau kerja perlu dilakukan
    • Bertindak balas secara reaktif kepada masalah dan bukannya berkomunikasi secara proaktif untuk mengelak daripada masalah berlaku
    1. Pengurusan mikro dan mengongkong

    Tiada siapa sukakan bos yang mempunyai mentaliti “take it or leave it”. 

    Pada dasarnya, bos yang mempunyai mentaliti begini tidak memberi kebebasan kepada pekerjanya untuk melaksanakan tugas dengan cara mereka tersendiri. Meskipun hasilnya tetap sama, bos itu berkeras mahu pekerja mengikut caranya.

    Untuk dapat 5, pekerja boleh menggunakan formula 1+4. Tetapi bos itu tetap mahu menggunakan formula 2+3. Keputusannya sama, cara melaksanakan sahaja yang berbeza. Jadi, apa salahnya?

    PERANGAI bos toksik menambah tekanan tidak diperlukan ketika bekerja. – GAMBAR HIASAN RESUME GENIUS/UNSPLASH

    Malangnya, bos yang melakukan pengurusan mikro dan terlalu mengongkong itu sama ada:

    1. Tidak faham bahawa meskipun cara kerja berbeza, hasilnya tetap sama. Atau,
    2. Tidak peduli dan tidak mahu peduli.

    3. Memupuk persekitaran kerja yang tidak sihat

    Hasil daripada kepimpinan yang lemah akan mewujudkan persekitaran kerja yang tidak sihat. Ia bukan sahaja menambah tekanan yang tidak diperlukan tetapi juga menurunkan motivasi pekerja.

    Apa yang bos teruk lakukan sehingga wujudnya persekitaran kerja yang tidak sihat?

    • Hina secara terbuka, puji disorok-sorok
    • Memaksa pekerja bekerja berlebihan tanpa pengiktirafan atau ganjaran
    • Menetapkan jangkaan yang tidak jelas pada hasil kerja 
    • Menabur janji palsu
    • Merendah-rendahkan dan memecah-belahkan pekerja 
    • Tidak mewujudkan ruang untuk berbincang mengenai pertumbuhan dan perkembangan kerjaya

    Setiap perkara yang disebutkan di atas akan meningkatkan kekerapan pekerja cemerlang berhenti dan menyimpan pekerja yang tidak endah dengan perkembangan syarikat.

    Setiap pekerja cemerlang yang berhenti perlu diganti. Bermula dengan pengiklanan jawatan kosong, proses temu duga dan memberi latihan bekerja, semuanya melibatkan kos yang mahal dari segi wang dan masa.

    Sebagai bos, anda mahu selesa dengan keadaan syarikat yang porak-peranda atau mahu lakukan perubahan? Fikir-fikirkan. – RELEVAN

    Previous ArticleKataseni: Inisiatif menghidupkan penulisan seni tampak
    Next Article Bagaimana Tetris bantu meringankan simptom PTSD

    Artikel berkaitan

    Pantang larang selepas cabut gigi

    February 16, 2026

    Elak makanan ini jika sedang haus

    February 13, 2026

    Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

    February 13, 2026

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026
    Artikel Terkini

    Pantang larang selepas cabut gigi

    February 16, 2026

    Elak makanan ini jika sedang haus

    February 13, 2026

    Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

    February 13, 2026

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.