Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bagaimana Tetris bantu meringankan simptom PTSD

    Bagaimana Tetris bantu meringankan simptom PTSD

    By Zahra Mohamad ZhahirSeptember 6, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    tetris
    Bermain Tetris selama 10 hingga 25 minit selepas kejadian traumatik mampu ‘menghalang’ memori buruk daripada terbentuk. - GAMBAR HIASAN AEDRIAN SALAZAR/UNSPLASH

    SIAPA sangka, permainan video terkenal, Tetris dapat mengurangkan risiko kecelaruan stres pascatrauma (PTSD) dalam kalangan individu yang berhadapan situasi traumatik. 

    Kajian yang dilakukan oleh saintis dari Karolinska Institutet dengan kerjasama Universiti Oxford itu mendapati, bermain Tetris selama 10 hingga 25 minit selepas kejadian traumatik mampu ‘menghalang’ memori buruk daripada terbentuk. 

    Namun, apakah sains di sebaliknya? Bagaimana permainan video ringkas seperti Tetris dapat membantu pesakit mengurangkan risiko PTSD? 

    Apakah Tetris? 

    TETRIS
    Dalam Tetris, pemain perlu menyusun blok yang dikenali sebagai tetrominoes. – GAMBAR HIASAN TOM TANG/UNSPLASH

    Tetris ialah permainan video yang dicipta di Kesatuan Soviet pada 1984 oleh jurutera perisian, Alexey Pajitnov. Permainan tersebut diinspirasikan daripada Pentaminoes yang mempunyai cara permainan seakan-akan sama dengan Tetris.

    Dalam Tetris, pemain perlu menyusun blok yang dikenali sebagai tetrominoes. Apabila pemain berjaya melengkapkan satu barisan melintang, susunan blok-blok tersebut akan hilang. Pemain akan kalah apabila susunan blok mencapai bahagian atas skrin. 

    Tetris merupakan satu permainan mudah yang boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira usia. Kebanyakan penduduk dunia tahu cara untuk bermain permainan tersebut.  

    Pada 2014, Tetris telah terjual sebanyak 70 juta salinan. Ia juga telah dimuat turun sebanyak 425 juta kali secara digital. 

    Apa maksud PTSD?

    PTSD merupakan satu keadaan mental yang dicetuskan peristiwa yang sangat menakutkan dan boleh meninggalkan trauma yang mendalam. 

    Antara simptom yang dialami penghidap PTSD ialah episod imbas kembali (flashback), mimpi ngeri dan keresahan melampau yang berupaya mengganggu kehidupan penghidapnya. 

    Pada Perang Dunia Pertama, PTSD dikenali dengan nama shell shock. Selepas Perang Dunia Kedua pula, ia dikenali sebagai keletihan akibat peperangan (combat fatigue). 

    Walaupun lazim dikaitkan dengan anggota tentera, PTSD boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. 

    Ia boleh terjadi kepada mangsa kemalangan, penyeksaan atau rogol. Bahkan, individu yang menyaksikan satu-satu peristiwa traumatik juga boleh mengalami PTSD.  

    Wanita lebih berisiko menghidap PTSD berbanding lelaki. Namun, faktor biologikal seperti genetik juga boleh menyebabkan sesetengah individu lebih berisiko. 

    Menurut Mayo Clinic, hampir 3.5 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) didiagnosis dengan PTSD setiap tahun. 

    Secara kasar, satu daripada 11 orang dewasa akan mengalami sekurang-kurangnya satu episod PTSD dalam hidup.

    Artikel berkaitan: EFT tapping legakan tekanan, anxiety dan PTSD

    Artikel berkaitan: Ibu dan kemurungan selepas bersalin

    Bagaimana Tetris boleh mengurangkan episod PTSD? 

    PTSD
    Pakar mendapati, intervensi awal dapat menghentikan pembentukan memori buruk yang boleh mencetuskan PTSD. – GAMBAR HIASAN/UNSPLASH

    Menurut kajian yang dimuatkan dalam jurnal Molecular Psychiatry, bermain Tetris dalam masa 72 jam selepas satu peristiwa traumatik dapat membantu mengurangkan episod imbas kembali yang mungkin dilalui pesakit. 

    Penulisnya, Dr. Emily Holmes berkata, permainan visual seperti Tetris dapat mengganggu proses pembentukan memori. 

    Dengan strategi mudah tersebut, petugas hospital dapat membantu mengelakkan tercetusnya PTSD dalam kalangan mangsa kemalangan.  

    Kajian tersebut dilakukan terhadap 71 orang pesakit di sebuah hospital di United Kingdom (UK) yang terlibat dengan kemalangan jalan raya. 

    Separuh daripadanya mendapat rawatan lazim, manakala separuh lagi menerima intervensi psikologikal. Mangsa diminta bermain Tetris selama 25 minit sebelum dirawat. 

    Kemudian, mereka dipantau selama seminggu. Difahamkan, pesakit yang bermain Tetris dilaporkan mengalami 62 peratus kurang gangguan mental. Malah, mereka juga mendapati mangsa tidak mengalami episod imbas kembali yang kronik.

    Menurut Holmes, pakar sudah lama mendapati intervensi awal dapat menghentikan pembentukan memori buruk yang boleh mencetuskan PTSD. 

    Bagaimanapun, Holmes menegaskan, kajian tersebut masih berada pada tahap awal. Beliau juga menegaskan, Tetris hanyalah satu bentuk intervensi. Ia tidak mampu menyembuhkan atau menghalang PTSD. 

    Kajian yang lebih mendalam dengan jumlah pesakit yang lebih besar perlu dijalankan untuk mendapatkan hasil yang lebih konklusif. – RELEVAN

    featured kemalangan kesihatan ptsd tetris trauma
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.