Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ipoh sebagai satu bunyi, Ipoh sebagai seruang seni

    Ipoh sebagai satu bunyi, Ipoh sebagai seruang seni

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 4, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KONVENSYEN Ipoh Sound diadakan di kafe Moody, Ipoh pada 14 September ini. - POSTER IHSAN PROJEK RABAK

    TAHUN lalu, Ipoh diangkat sebagai Bandar Kreatif Muzik oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco). 

    Dalam portfolio oleh Unesco dalam laman webnya, Ipoh diperkenalkan sebagai “Indie Rock City of Malaysia” dan tempat lahir banyak bakat independen serta bawah tanah.

    Ia menjadi nilai unik Ipoh berbanding bandar-bandar lain di Malaysia, jika penilaiannya tentang muzik. Banyak juga bakat independen terbit di bandar lain tetapi impak yang dibawa Ipoh berbeza. 

    Gerakan lapangan independen dari Ipoh lebih menyerlah dan subur, malah mereka membentuk identiti tersendiri dari segi sikap dan bunyi.

    Sebab itu Unesco turut mencatatkan kewujudan “bunyi Ipoh” atau “Ipoh sound” yang “rusty, lo-fi and sloppy” dalam portfolio untuk bandar tersebut.

    Seniman pelbagai disiplin Ipoh, Mohd Jayzuan pernah beritahu, terma Ipoh sound pertama kali digunakan oleh majalah KLue, kira-kira 20 tahun lalu.

    Ia merujuk identiti bunyi yang dilihat pada kugiran indie rock, grunge dan alternatif dari Ipoh. Pastinya, sebahagian besar kugiran tersebut lahir dari rahim Bodysurf Music, sebuah syarikat rakaman yang diusahakan Meor Shahiran dan Ducktoi dari kugiran Muck.

    Sejak 90-an, Bodysurf membentuk selera muzik yang didengar dan dihasilkan banyak kugiran Ipoh. Syarikat rakaman itu – atau lebih tepat, bangunan yang menempatkan studio syarikat rakaman itu – membuka jalan untuk bakat muzik seperti Bittersweet, Free Love, Harmacy dan pelbagai kugiran lain dikenali seperti hari ini.

    Legasi Bodysurf juga berakar dari sikap alternatif gelombang sebelumnya di Ipoh, seperti rock n roll 60-an (antara kugirannya The Fabulous Falcons), rock glam 80-an (SYJ) dan metal 80-an (Necrotic Chaos).

    Mendefinisi bunyi Ipoh

    Identiti Ipoh sebagai bandar muzik alternatif masih tersisa dan mungkin kembali mekar dalam beberapa tahun ini. 

    Usaha untuk meneruskan legasi nampak jelas – kalau gelombang indie rock Ipoh meletus dengan kompilasi Kopi Sechewen pada 1997, ada kompilasi hampir serupa diterbitkan pada 2022, iaitu Pagi-Pagi.

    Pengaruh bunyi indie rock yang dipelopori Muck juga masih kedengaran dalam kugiran baharu seperti TETVANGVDARA, malah bunyi Ipoh juga semakin berkembang ke arah eksperimental dengan kehadiran Kamal Sabran, Joni Mustaf dan terbaharu, S. Razali.

    Kepelbagaian genre mungkin mencairkan identiti bunyi Ipoh, malah peredaran zaman juga memainkan peranan. Ada pendapat yang dunia muzik dunia memasuki era nirgenre (genreless) akibat pengaruh kuat platform penstriman. Dalam situasi sebegitu, sukar untuk mana-mana bandar menonjol dengan identiti bunyi. 

    Begitu juga dengan kemajuan teknologi rakaman; bunyi berkarat, rendah kualiti dan comot bukan lagi pilihan ramai.

    Namun, sikap tak ambil peduli oleh kugiran-kugiran Ipoh boleh mewakili bunyi Ipoh yang baharu. Ia berkembang dan berubah bentuk tetapi sikap akarnya kekal.

    Perhimpunan DIY

    Mungkin huraian saya tentang bunyi Ipoh tidak begitu tepat. Ia pandangan yang belum dihalusi. Bila ia boleh dihalusi?

    Jawapannya: pada 14 September ini. Di Konvensyen Ipoh Sound yang dianjurkan secara bersama oleh Projek Rabak, Kolek, PBUY, Moody dan kugiran-kugiran terlibat. 

    Ia akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 7 petang di kafe Moody, Ipoh.

    Dalam acara tersebut, akan berlangsung jualan cenderamata kugiran Ipoh, tayangan gig Kopi Sechewen Vol. 1 1997 dan perkongsian tentang sejarah dan perkembangan muzik kontrabudaya Ipoh oleh Mohd Jayzuan.

    Pada sebelah petang pula ada forum bertajuk 1994-2024: 30 Tahun Ipoh Beralternatif yang dikendalikan wakil Relevan, Ku Syafiq Ku Fozi bersama tiga panel, Ducktoi (Muck), Kamal Sabran dan Herri Hamid (Bittersweet).

    Penutup acara merupakan acara seronok-seronok, Kolek Berkaraoke – pengunjung berkaraoke beramai-ramai lagu-lagu alternatif Ipoh sejak 1990-an sehingga terkini.

    Acara tersebut, selain meraikan keulungan muzik alternatif dari Ipoh, turut mahu menggalakkan budaya buat sendiri (do it yourself – DIY) dalam muzik dan seni. Pengunjung digalakkan untuk menyokong, mempromosi, membeli dan mengarkib barangan kugiran dan artis Ipoh.

    Kugiran dan artis yang akan berdagang barang nanti termasuk Muck, Shizuka Ben Aman, Couple, Mohd Jayzuan, Harmacy, Bittersweet, Radiowave, Hem, Raksar dan TETVANGVDARA. – RELEVAN

    Previous ArticleIbu dan kemurungan selepas bersalin
    Next Article Jerawat, oh jerawat!

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.