Facebook Twitter
    Trending
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jerawat, oh jerawat!

    Jerawat, oh jerawat!

    By Zahra Mohamad ZhahirSeptember 5, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    jerawat
    Jerawat boleh mendatangkan rasa rendah diri. Ia boleh menyebabkan penghidapnya rasa malu dan gelisah. - GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    MASALAH jerawat dalam kalangan remaja bukanlah satu perkara di luar kebiasaan. Perubahan hormon, pendedahan terhadap cuaca panas dan juga stres yang melampau boleh menyebabkan kulit menjadi bermasalah. 

    Bukan semua orang akan mengalami masalah kulit sewaktu remaja. Tidak dinafikan, ada yang lahir dengan kulit yang sihat. Namun, ada pula yang kurang bernasib baik dan mula mengalami masalah kulit ketika menginjak remaja. 

    Jerawat boleh mendatangkan rasa rendah diri. Ia boleh menyebabkan penghidapnya rasa malu dan gelisah. 

    Malah, menurut Persatuan Akademi Dermatologi Amerika Syarikat (AS), remaja yang mempunyai masalah jerawat takut untuk berhadapan dengan orang lain kerana merasakan diri mereka tidak cantik.

    Namun, ada banyak langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah jerawat. Kadangkala, perubahan kecil dalam penjagaan wajah boleh mendatangkan perbezaan yang ketara.

    1. Pastikan ada rutin penjagaan wajah

    Pastikan anda cuci muka dua kali sehari – sekali pada waktu pagi dan sekali sebelum tidur. 

    Beli produk yang bebas minyak dan tidak akan menyebabkan pori pada wajah tersumbat. Selalunya, produk sebegini dilabel ‘oil free‘ atau ‘non-comedogenic‘.

    2. Pakai pelindung matahari

    Pelindung matahari merupakan produk wajib yang perlu dipakai setiap hari, walaupun dalam cuaca mendung. 

    Kulit yang kering dan mengalami keradangan disebabkan pendedahan terhadap cahaya matahari selalunya lebih sensitif. 

    Oleh itu, lindungilah wajah anda dengan pelindung matahari. Beli produk yang mempunyai SPF 30 atau lebih.

    Artikel berkaitan: 8 petanda stres pada kulit muka selain jerawat

    Artikel berkaitan: Kurang berkeyakinan sebab pori muka besar? Cuba lakukan 6 tip ini 

    3. Jangan sentuh atau kopek jerawat 

    JERAWAT
    Kopek atau picit jerawat hanya akan buatkan muka menjadi semakin teruk. – GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    Mengopek atau memicit jerawat tidak akan menyebabkannya sembuh dengan lebih cepat.  Sebaliknya, ia boleh menyebabkan lebih banyak jerawat tumbuh pada masa hadapan. 

    Malah, perbuatan mengopek jerawat juga boleh menyebabkan parut yang akan mengambil masa lebih panjang untuk sembuh.

    4. Basuh cadar dan sarung bantal dengan kerap

    Jika anda sering berpeluh, pastikan cadar dan sarung bantal dicuci sekurang-kurangnya sekali seminggu. 

    Kotoran dan sel kulit mati boleh berkumpul pada permukaan bantal. Jika tidak dibasuh, ia akan melekat pada wajah dan menyebabkan masalah jerawat menjadi semakin parah.

    5. Jerawat teruk? Mungkin anda perlu berjumpa doktor

    Kadangkala, bertukar jenama pencuci wajah tidak memadai untuk merawat masalah jerawat. 

    Jika masalah jerawat yang dialami sangat serius dan berlarutan lebih daripada setahun, ajaklah ibu bapa anda berjumpa doktor secepat mungkin. – RELEVAN

    featured jerawat jerawat remaja kesihatan masalah jerawat Utusan Pelajar
    Artikel Terkini

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.