Facebook Twitter
    Trending
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    • 7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    • 7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan
    • Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar
    • 6 petua hapus masalah ‘bed bugs’
    • 5 makanan buat kita susah tidur malam
    • Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sampai bila nak hidup dengan gaji cukup makan?

    Sampai bila nak hidup dengan gaji cukup makan?

    By Umi FatehahJuly 26, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Sampai bila nak hidup dengan gaji cukup makan? - GAMBAR HIASAN MOHD FARIZWAN HASBULLAH

    HARI ini sudah 26 hari bulan. Ada yang sudah dapat gaji, ada juga masih menghitung hari. 

    Setiap bulan, rutinnya sama sahaja. Sudah dapat gaji, kita terus selesaikan yang wajib: bayar bil, hutang SPayLater dan simpan sejumlah wang dalam tabung.

    Selesai semuanya, hanya tinggal baki yang tidak seberapa. Mahu tunaikan kemahuan pun berkira-kira, risau tengah bulan nanti sudah pokai. 

    Pernahkah anda terfikir, sampai bila mahu hidup begini? Sampai bila kita mahu hidup cukup makan sahaja? 

    Jika pernah berada dalam situasi begini, anda tidak berseorangan. Malah, mungkin hampir setiap daripada kita mempunyai persoalan yang sama. 

    Ya, hidup dengan gaji cukup makan itu normal tetapi ia tidak bermakna anda perlu terus hidup dalam kitaran yang sama.

    Untuk bebaskan diri daripada kitaran ini, ada caranya. Namun, terpulang kepada anda sama ada mahu mengubahnya atau tidak.

    1. Tetapkan dan ikut bajet

    Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengenal pasti jumlah yang dibelanjakan daripada gaji setiap bulan. Jika tidak tahu, buat nota, lembaran Microsoft Excel atau muat turun aplikasi belanjawan dan catatkan berapakah jumlah gaji yang diterima serta berapa jumlah dibelanjakan. 

    Belanjawan ini seperti berus gigi, semua orang perlukannya. Mencatat setiap aliran keluar masuk wang sama pentingnya seperti menjaga kebersihan. Ia perlu dijaga sekiranya tidak mahu hidup ‘rosak’ dibelenggu hutang dan tidak ada kemajuan dalam hidup.

    Percayalah, anda akan melihat tabiat berbelanja yang tidak sihat. Selepas mengenal pasti ‘dosa’ dalam tabiat berbelanja, buat perubahan.

    1. Potong perbelanjaan tambahan

    Setelah membuat belanjawan, cari perbelanjaan yang boleh dikurangkan atau lebih baik, potong sepenuhnya.

    Adakah anda benar-benar memerlukan semua perkhidmatan penstriman seperti Netflix, Disney+ dan Spotify? 

    “Kalau semua ini dipotong, apa saya nak buat pada masa lapang?”

    Jangan risau, ada banyak lagi perkara yang boleh dilakukan pada masa lapang secara percuma.  

    Kalau masih berat hati untuk potong perbelanjaan, fikir begini – dalam sebulan, anda perlu bayar kira-kira RM50 untuk Netflix. Dalam setahun, anda sudah belanjakan RM600 untuk Netflix sahaja. 

    Alangkah baiknya jika jumlah itu disimpan dalam tabung atau dilabur. Bukankah anda sendiri juga yang untung?

    Antara perbelanjaan lain yang boleh dikurangkan atau potong terus ialah duit rokok, vape dan pembelian dalam permainan (in-game purchase).

    Satu lagi punca kita selalu berbelanja berlebihan ialah kerap makan di luar. Sepinggan nasi berlauk dan segelas air boleh mencecah RM15. Biasanya kita makan tiga kali sehari, jadi dalam sehari RM45 sudah dibelanjakan untuk makanan sahaja.

    Untuk berjimat, tidak bermakna anda perlu kurangkan makan atau tidak perlu makan langsung. Makan juga penting agar kita terus bertenaga untuk mencari rezeki. Tetapi apa yang boleh anda lakukan ialah masak sendiri di rumah.

    Mungkin agak memenatkan dan mengambil masa tetapi ia pastinya menjimatkan. 

    1. Bina tabung kecemasan

    Jika gaji cukup makan setiap bulan dan tidak ada tabung kecemasan, anda semakin menghampiri krisis kewangan. Fungsi tabung kecemasan adalah sebagai jaring keselamatan untuk detik-detik seperti tayar pecah, kereta rosak atau sakit.

    Tetapi ingat, ia boleh digunakan pada saat kecemasan sahaja. Perlu beli telefon pintar baharu sementara ada potongan harga tidak termasuk dalam situasi kecemasan.

    Mulakan dengan menyimpan RM100 setiap bulan, sekiranya mampu. Mungkin nampak banyak untuk disimpan tetapi diri anda pada masa hadapan akan berterima kasih dan lega kerana sudah menyimpan untuk tabung kecemasan sejak awal.

    1. Hapus hutang

    Hutang ialah penghalang untuk anda hidup bahagia. Jika baru terfikir untuk mengambil hutang, lupakan. Jika sudah terjebak dalam hutang, hapuskan. 

    Hutang ini sifatnya licik. Ia hanya memberi kepuasan sementara tetapi sengsaranya perlu ditanggung entah berapa tahun lamanya. Tawaran seperti beli sekarang bayar kemudian (buy now pay later – BNPL) adalah antara ‘penjenayah’ yang makin berleluasa.

    Sekiranya perlu berhutang untuk mendapatkan sesuatu barangan, ini bermakna anda belum berkemampuan. Daripada berhutang, lebih baik anda menabung. 

    Hidup dengan apa-apa jenis hutang adalah antara punca terbesar yang membuatkan gaji anda cukup-cukup makan.

    Hujung bulan dapat gaji perlu bayar hutang. Bukankah merugikan? Lebih-lebih lagi sekiranya kadar faedahnya tinggi, belum dapat gaji bulan seterusnya anda sudah pokai.

    Untuk hapuskan hutang sedia ada, anda perlu berhenti mengambil sebarang hutang baharu. Jangan sesekali ambil hutang baharu untuk selesaikan hutang lama. Cerita bayar hutang ini tidak akan habis.

    Seterusnya, hapus hutang sedia ada. Hapus hutang di sini tidak bermakna anda perlu berhenti bayar hutang. Gunakan kaedah bola salju untuk melangsaikan hutang. 

    Kaedah bola salju bermaksud anda akan cuba membuat bayaran setinggi yang boleh pada hutang dengan baki terendah. Untuk hutang-hutang lain, bayar pada kadar minimum sahaja.

    Secara mudahnya, kaedah ini menyarankan supaya hutang dengan baki terendah diselesaikan dahulu sebelum bergerak ke hutang-hutang lain.

    Secara tidak langsung, ia akan memberikan motivasi kerana kita dapat melihat kemajuan pembayaran hutang apabila satu persatu hutang dengan baki rendah dapat diselesaikan. – RELEVAN

    Previous ArticleKeuntungan pemilik modal di Malaysia antara yang tertinggi di dunia
    Next Article Cara terbaik dapatkan wang tambahan

    Artikel berkaitan

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026
    Artikel Terkini

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.