Facebook Twitter
    Trending
    • 5 hobi menyeronokkan dan berfaedah
    • Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu
    • Bina tabiat ini sebelum mula bekerja
    • 4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres
    • Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam
    • Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini
    • Bahaya tidur selepas makan
    • Gajet jadi ibu bapa kedua di rumah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

      November 5, 2025

      Bahaya tidur selepas makan

      November 4, 2025

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025
    • Kewangan

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

      November 6, 2025

      Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

      November 6, 2025

      Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam

      November 5, 2025

      Gajet jadi ibu bapa kedua di rumah

      November 4, 2025

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025
    • Kerjaya

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Vaksin denggi kini tersedia di Malaysia

    Vaksin denggi kini tersedia di Malaysia

    By Umi FatehahJune 12, 2024Updated:June 12, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Ketua Hal Ehwal Perubatan, Takeda India & Asia Tenggara (I-SEA), Dr. Goh Choo Beng, Pengerusi Advokasi Pencegahan Denggi Malaysia (DPAM), Profesor Datuk Dr. Zulkifli Ismail, Pengurus Besar Negara Takeda Malaysia dan Singapura, Dr. Lynette Moey dan Ketua Francais Vaksin, Takeda Malaysia dan Singapura, Sony Paul. - GAMBAR IHSAN TAKEDA MALAYSIA

    PIHAK Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia (PBKD) meluluskan Vaksin Denggi Qdenga untuk pencegahan demam denggi yang kini boleh didapati di kebanyakan hospital dan klinik swasta di seluruh negara.

    Pengeluar vaksin berkenaan, Takeda Malaysia berkata vaksin tersebut adalah untuk demam yang berpunca daripada kesemua empat serotip virus denggi.

    Jelas mereka, vaksin tersebut sesuai untuk individu berusia empat tahun dan ke atas.

    “Pencegahan denggi yang efektif memerlukan pelbagai pendekatan. Kebolehdapatan Qdenga adalah tambahan yang penting kepada strategi pencegahan dan pengurusan denggi secara bersepadu di Malaysia pada masa ini. 

    “Kami komited untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan pakar kesihatan bagi memastikan ketercapaian Qdenga kepada semua rakyat Malaysia yang berkelayakan,” kata Pengurus Besar Negara Takeda Malaysia dan Singapura, Dr. Lynette Moey.

    Majlis pelancaran vaksin tersebut diadakan di One World Hotel, Petaling Jaya pada 11 Jun.

    Menurut Takeda, vaksin itu adalah untuk kegunaan individu tanpa mengira sejarah jangkitan denggi dan tidak memerlukan ujian pravaksinasi.

    Ancaman denggi

    Sejak dua dekad lalu, insiden denggi di peringkat global telah meningkat dan kini memberi kesan kepada kira-kira 129 buah negara, seterusnya memberi ancaman global yang signifikan.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan jumlah kes telah meningkat daripada 500,000 pada tahun 2000 kepada 5.2 juta pada 2019 dan 70 peratus daripada jumlah tersebut berlaku di negara-negara Asia.

    Di Malaysia, kes-kes denggi telah meningkat secara signifikan dengan 123,133 kes dilaporkan pada 2023, mencatatkan peningkatan 86.3 peratus berbanding tahun sebelumnya. 

    Kematian berkaitan denggi juga meningkat kepada 78.6 peratus dengan kes tertinggi di Selangor. Pada suku pertama 2024, sebanyak 41,565 kes dilaporkan dan 28 kematian dikaitkan dengan komplikasi demam denggi yang menunjukkan peningkatan berbanding 2023 pada tempoh yang sama.

    Pakar kesihatan awam yakin bahawa program vaksinasi denggi yang dilaksanakan secara strategik dapat mengurangkan kes denggi yang melibatkan setiap lapisan masyarakat. 

    Ini kerana, jelas Takeda, kes denggi yang terus meningkat boleh memberi kesan kepada seluruh isi rumah kerana ia mengancam pencari nafkah dan menyebabkan penyakit yang berpanjangan. 

    Tambahan lagi, jangkitan kedua dikaitkan dengan risiko denggi lebih teruk yang boleh menyebabkan kemasukan ke hospital, kerosakan organ dan kematian.

    Menjelaskan dengan lebih lanjut, Pengerusi Dengue Prevention Advocacy Malaysia (DPAM), Profesor Datuk Dr. Zulkifli Ismail berkata, denggi membebankan masyarakat di seluruh negara. 

    “Walaupun usaha intensif dilakukan untuk mengurangkan kesannya, kes terus meningkat dengan kos kawalan vektor, kehilangan produktiviti dan penggunaan sumber penjagaan kesihatan. 

    “Untuk melawan denggi secara efektif, kita perlukan kerjasama semua pihak. Ini bermakna menyatukan pihak kerajaan, swasta, institusi akademik, dan komuniti dalam usaha bersepadu untuk memerangi ancaman ini. 

    “Vaksinasi akan menjadi armamentarium (perkakas) tambahan yang akan melengkapkan usaha semasa dalam mengawal penyakit ini,” katanya.

    Keberkesanan Qdenga

    Takeda berkata, ujian klinikal Qdenga mencapai titik akhir keberkesanan vaksin (VE) menyeluruh dengan mencegah 80.2 peratus daripada kes denggi bergejala pada 12 bulan selepas vaksinasi. 

    Selain itu, Qdenga mencapai titik akhir kedua utama dengan mencegah 90.4 peratus kemasukan hospital pada 18 bulan selepas vaksinasi. 

    Sepanjang data pemeriksaan susulan yang bertempoh empat setengah tahun (54 bulan), Qdenga menunjukkan perlindungan berterusan secara keseluruhan, diterima dengan baik dan VE yang berterusan sebanyak 84.1 peratus terhadap denggi yang memerlukan kemasukan hospital dan 61.2 peratus terhadap denggi bergejala.

    Setakat ini, Qdenga telah diluluskan di lebih daripada 30 buah negara termasuk Kesatuan Eropah, United Kingdom, Brazil, Argentina, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Malaysia. 

    WHO mengesyorkan untuk memperkenalkan Qdenga kepada program imunisasi awam di negara-negara dengan keamatan jangkitan denggi yang tinggi menjadi punca masalah kesihatan awam yang signifikan. 

    Qdenga baru-baru ini telah dimasukkan ke dalam Senarai Vaksin Pralayak WHO yang mengukuhkan kualiti dan kesesuaian untuk digunakan dalam program-program vaksinasi awam.

    Rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan nasihat daripada doktor serta ahli profesional penjagaan kesihatan di hospital dan klinik swasta untuk mengetahui lebih lanjut tentang vaksin bagi mencegah dan melindungi diri daripada denggi.- RELEVAN

    denggi featured kesihatan qdenga takeda vaksin virus

    Artikel berkaitan

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025

    4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

    November 5, 2025

    Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam

    November 5, 2025

    Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

    November 5, 2025
    Artikel Terkini

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025

    4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

    November 5, 2025

    Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam

    November 5, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.