Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Beli kereta ikut kemampuan, bukan angan-angan

    Beli kereta ikut kemampuan, bukan angan-angan

    By Umi FatehahJune 13, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Beli kereta ikut kemampuan, bukan angan-angan. - GAMBAR HIASAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

    DALAM budaya masyarakat kita, membeli dan memiliki kereta sendiri ibarat satu perkara yang melambangkan status diri. Disebabkan itu, ramai yang membeli kereta mahal-mahal atau tidak setaraf dengan gaji hanya untuk bermegah diri.

    Ramai anak muda di Malaysia jatuh muflis atas faktor beli kereta dan tidak mampu membayar semula pinjaman. 

    Kereta itu satu keperluan tetapi kereta yang mewah itu hanya kehendak. Anda hanya perlukan ‘alat’ untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. 

    Jadi, untuk mengelak daripada jatuh muflis kerana salah pilih kereta, berikut Relevan kongsikan cara pengiraan untuk membeli kereta yang bersesuaian dengan tangga gaji berdasarkan perkongsian Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. 

    Harga kereta hendaklah bersamaan dengan gaji kasar tahunan anda

    Contohnya, jika anda berpendapatan RM5,000 sebulan, maka anda mampu membeli kereta yang berharga kira-kira RM60,000 (RM5,000 x 12 = RM60,000).

    Antara kereta yang berharga kira-kira RM60,000 ialah Perodua MyVi 1.5 AV (CVT), Perodua Alza 1.5 X (CVT), Proton Persona 1.6L Premium (CVT) dan Proton Iriz 1.6L Active CVT.

    Garis panduan 15 peratus

    Apa yang dimaksudkan dengan garis panduan 15 peratus ialah bayaran bulanan kereta tidak melebihi 15 peratus daripada gaji anda. Lebih rendah peratusan, lebih baik.

    Sebagai contoh, kereta berharga RM40,000 dengan kadar faedah atau keuntungan 3 peratus untuk tempoh tujuh tahun akan dikenakan bayaran balik bulanan kira-kira RM576. Berdasarkan garis panduan 15 peratus, anda perlu mempunyai gaji sebanyak RM3,840 atau lebih.

    Ingat, anda bukan sahaja perlu ambil kira bayaran bulanan tetapi kos minyak, penyelenggaraan (servis mengikut mileage), tol, cukai jalan dan insurans.

    Dalam kes ini, jika anggaran semua kos pemilikan kereta berjumlah sehingga RM1,500 sebulan, maka gaji anda hendaklah RM10,000 atau lebih tinggi.

    Garis panduan empat tayar

    Garis panduan empat tayar ialah cara yang mudah dan pantas untuk mencongak jumlah yang diperlukan untuk kereta dalam situasi kecemasan. 

    Tanya sesiapa sahaja yang memiliki kereta dan mereka akan memberitahu tentang perbelanjaan tidak dijangka. 

    Perbelanjaan tidak dijangka ini bukan sahaja tentang membaiki kereta selepas kemalangan tetapi perlu mengganti bateri, pendingin hawa, tingkap pecah, bayar saman dan sebagainya.

    Oleh itu, gunakan kos penggantian empat tayar sebagai penanda aras. Bolehkah anda menanggung kos penggantian keempat-empat tayar kereta dengan selesa, tanpa menggunakan pinjaman, kad kredit atau menggunakan simpanan kecemasan?

    Menabung dahulu, beli kemudian

    Bagaimana jika anda mempunyai kereta idaman dan tidak mahu berkompromi (tukar kereta lain)? Dalam kes ini, anda boleh menggunakan kaedah menabung dahulu dan beli kemudian.

    Terdapat banyak cara untuk menjimatkan kos atau mengelak daripada situasi yang memerlukan kereta. Anda boleh tinggal berhampiran tempat kerja atau guna pengangkutan awam.

    Ini sesuai sekiranya anda mahu beli kereta secara tunai. Tetapi jika anda mahu beli kereta idaman secara pinjaman dan gaji tidak mencukupi, pertimbangkan untuk cari kerja baharu atau lakukan kerja sampingan.

    Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera. Berbaloi atau tak berhempas pulas hanya untuk memiliki kereta mewah? – RELEVAN

    Previous ArticleVaksin denggi kini tersedia di Malaysia
    Next Article Tampalan tekak inovatif, bantu bercakap tanpa pita suara

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.