Facebook Twitter
    Trending
    • Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri
    • Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini
    • Kurangkan air manis, banyakkan air kosong
    • Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar
    • Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru
    • Realiti kesusahan mencari kerja
    • Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam
    • Bolehkah wasiat dicabar?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025

      Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini

      June 5, 2025

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gen Z, kebajikan dan kepuasan pekerja

    Gen Z, kebajikan dan kepuasan pekerja

    By May 3, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KEPUASAN pekerja secara tidak langsung akan membuatkan pekerja gembira, bermotivasi dan setia bertugas di sesebuah syarikat.- FOTO Gen Z, kebajikan dan kepuasan pekerja

    DUA hari lepas, pada 1 Mei, kita meraikan Hari Pekerja atau Hari Buruh yang disambut setiap tahun untuk meraikan para pekerja.

    Tema yang dipilih pada tahun ini ialah Pekerja Kesuma Bangsa. Tidak kira bekerja di sektor swasta, awam mahupun bekerja sendiri, masing-masing memberi sumbangan besar kepada kemajuan negara.

    Sebagai pekerja, kita perlu bekerja dengan penuh dedikasi, berintegriti, beretika dan bermaruah. Elakkan budaya bodek dan menjatuhkan orang lain semata-mata nak nampak kita yang terbaik di mata bos.

    Majikan pula perlu memastikan kebajikan pekerja terbela dengan memberi gaji dan pengiktirafan setimpal hasil kerja keras pekerja.

    Saban hari kita sentiasa mendengar keluh-kesah pekerja seperti isu gaji, persekitaran toksik dan tekanan melampau.

    Di samping gaji yang menjadi pendorong utama, pekerja juga sangat mengharapkan persekitaran kerja yang positif, keseimbangan kerjaya dan kehidupan peribadi, perkembangan kerjaya serta pengiktirafan.

    Bagi pekerja generasi Z (Gen Z), mereka sangat mementingkan keseimbangan kehidupan dan kerjaya.

    Gen Z mahukan pekerjaan yang tidak merosakkan kesihatan mental. Mereka juga lebih terbuka tentang status dan keperluan kesihatan mental sendiri berbanding pekerja generasi lain.

    ARTIKEL BERKAITAN: Teori Dua Faktor Herzberg: Pekerja lebih bermotivasi dan gembira

    Mereka juga tidak takut menyuarakan pendapat demi kesejahteraan kehidupan.

    Menurut laporan Gen Z In The Workplace oleh syarikat perisian sumber manusia, Employment Hero, oleh kerana kelantangan menyuarakan pendapat, mereka telah menyumbang kepada perubahan landskap dunia kerjaya berkenaan pencarian titik keseimbangan kehidupan dan kerjaya.

    Sehubungan itu, dapat kita simpulkan di sini, minat sahaja tidak menjamin seseorang pekerja itu bahagia bekerja.

    Sekiranya elemen yang disebut di atas tidak dipenuhi, pastinya akan membuatkan seseorang itu mahu ‘melompat’ kerja untuk mencari peluang lebih baik.

    Pun begitu, keputusan melompat kerja ada baik dan buruknya. Perhalusi dahulu dan jangan tergesa-gesa.

    Jika bernasib baik, anda akan memperoleh kemajuan dalam kerja, faedah yang lebih baik dan set kemahiran yang pelbagai.

    Tetapi harus diingat, anda juga berkemungkinan berdepan risiko peluang pekerjaan tidak terjamin, faedah tidak memuaskan dan tekanan semakin bertambah.

    ARTIKEL BERKAITAN: Baik buruk melompat kerja

    Senario yang dibincangkan di atas semuanya telah dikupas dalam teori Dua Faktor Herzberg: Motivasi-Kebersihan (hygiene).

    Teori yang diasaskan oleh Frederick Herzberg itu menekankan kepuasan pekerja dan secara tidak langsung akan membuatkan pekerja gembira, bermotivasi dan setia bertugas di sesebuah syarikat.

    Herzberg merungkai dan memperinci kepuasan pekerja yang dibahagikan kepada dua aspek, iaitu motivasi dan kebersihan. Faktor kebersihan meliputi keperluan ekstrinsik seperti gred gaji, penyeliaan, dasar tempat kerja, persekitaran dan hubungan dengan rakan sekerja.

    Untuk faktor motivasi pula meliputi keperluan intrinsik seperti pencapaian, pengiktirafan dan kemajuan.

    Motivasi membolehkan pekerja berpuas hati dalam pekerjaan mereka dan menggalakkan pertumbuhan.

    Jika salah satu faktor ini kurang atau tiada, seseorang pekerja berkemungkinan besar tidak berpuas hati dengan pekerjaan mereka. Sekali gus, akan membuatkan mereka tidak bahagia, tertekan dan akhirnya memilih untuk berhenti.- RELEVAN

    featured genz kepuasan kerja lompat kerja
    Artikel Terkini

    Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

    June 6, 2025

    Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini

    June 5, 2025

    Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

    June 5, 2025

    Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

    June 4, 2025

    Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

    June 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.