Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Beg tangan daripada 99% udara dan 1% kaca, ini fakta tentang Air Swipe Bag

    Beg tangan daripada 99% udara dan 1% kaca, ini fakta tentang Air Swipe Bag

    By March 20, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    COPERNI bekerjasama dengan penyelidik Yunani dan artis visual, Ioannis Michaloudis untuk mencipta beg tangan paling ringan di dunia.- Foto: Instagram Coperni

    DUNIA fesyen menghidangkan rekaan-rekaan yang unik dan di luar logikal akal manusia. Rekaan sebegitu  memeriahkan lagi industri fesyen dan memenuhi cita rasa pengguna yang pelbagai di seluruh dunia.

    Salah satu rekaan unik yang menjadi bualan pada ketika ini ialah beg yang diperbuat daripada 99 peratus (%) udara dan 1% kaca dengan berat 37 gram.

    Beg tangan yang diberi nama Air Swipe itu merupakan hasil rekaan daripada jenama fesyen dari Perancis, Coperni yang diperbuat daripada pepejal paling ringan di bumi iaitu aerogel.  

    Setiap tahun, Coperni mencipta semula beg tangan yang popular dengan cara yang unik dan merangsang pemikiran. 

    Tahun lepas, jenama itu mencipta beg tangan ‘meteorit’ edisi terhad yang diukir tangan daripada meteorit yang jatuh di bumi beribu-ribu tahun yang lalu.

    Manakala pada tahun ini, jenama dari Perancis itu bekerjasama dengan penyelidik Yunani dan artis visual, Ioannis Michaloudis untuk mencipta beg tangan paling ringan di dunia.

    Dengan menggunakan bahan ultra-ringan, membolehkan Michaloudis mencipta beg tangan bersaiz 27cm x 16cmx 6cm yang sangat ringan.

    BEG ini boleh menahan tekanan 4,000 kali ganda beratnya dan berada dalam suhu sehingga 1,200 darjah Celcius.- Foto Instagram Coperni

    Silica aerogel  adalah bahan pepejal paling ringan di dunia kerana ia terdiri daripada 99% udara dan 1% kaca. 

    Ia dihasilkan dalam acuan keluli tahan karat melalui proses pengeringan khas yang menggunakan suhu dan tekanan tertentu untuk mengubah cecair menjadi kaca.

    Walaupun sangat halus, aerogel tidaklah serapuh yang anda sangkakan.

    Ia boleh menahan tekanan 4,000 kali ganda beratnya dan berada dalam suhu sehingga 1,200 darjah Celcius, jadi jika anda tertanya-tanya sama ada beg Air Swipe sebenarnya kukuh dan boleh memuatkan apa-apa sahaja,  jawapannya adalah ‘ya’!

    “Materialnya adalah antara sesuatu yang ada dan sesuatu yang tidak wujud. Ia juga berada dalam keadaan di antara ini seperti keadaan malaikat,” kata Michaloudis.

    Coperni Air Swipe Bag membuat penampilan sulungnya di pertunjukan fesyen 2024 semasa Minggu Fesyen Paris dan telah menjadi bualan dunia sejak itu.

    Menariknya, pada tahun 2019, tukang di studio reka bentuk yang berpangkalan di London, Bompass & Parr menggunakan teknologi aerogel untuk mencipta pencuci mulut paling ringan di dunia iaitu 96% udara dan seberat hanya satu gram. – RELEVAN

    Previous Article6 soalan yang mungkin ditanya dalam temu duga kerja
    Next Article Keburukan cinta pejabat serta segala horor yang menanti pelakunya

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.