Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bilangan penganggur menurun, kadar pengangguran kekal 3.3 peratus pada Disember

    Bilangan penganggur menurun, kadar pengangguran kekal 3.3 peratus pada Disember

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 9, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KEDUDUKAN tenaga buruh terus berkembang sepanjang Disember, seperti yang ditunjukkan oleh trend yang positif dalam penduduk bekerja dan serentak dengan penurunan bilangan penganggur. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    BILANGAN penganggur menurun kepada kira-kira 567,800 orang pada Disember 2023, dengan kadar pengangguran kekal pada 3.3 peratus.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, trend guna tenaga yang positif dilihat pada bulan terakhir 2023, mencerminkan asas ekonomi negara yang stabil, didorong pertumbuhan berterusan dalam aktiviti ekonomi dan sosial.

    Kata beliau, kedudukan tenaga buruh terus berkembang sepanjang Disember, seperti yang ditunjukkan oleh trend yang positif dalam penduduk bekerja dan serentak dengan penurunan bilangan penganggur.

    “Bilangan tenaga buruh kekal meningkat pada Disember dengan pertambahan sebanyak 0.1 peratus bulan ke bulan kepada 17.03 juta orang, merekodkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi, iaitu pada 70.2 peratus,” katanya dalam kenyataan pada 9 Februari.

    Menurut Mohd. Uzir, jumlah penduduk bekerja pada Disember didominasi kategori pekerja, iaitu sebanyak 75.2 peratus. Kategori tersebut meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 12.38 juta orang.

    Begitu juga, kata beliau, trend peningkatan turut dapat dilihat dalam kategori bekerja sendiri yang meningkat sebanyak 0.3 peratus kepada 3.0 juta orang.

    “Dari segi sektor ekonomi, sektor perkhidmatan terus mencatatkan pertambahan dalam bilangan penduduk bekerja, terutamanya dalam aktiviti maklumat dan komunikasi; perkhidmatan makanan dan minuman serta pengangkutan dan penyimpanan.

    “Trend yang sama juga dilihat dalam bilangan penduduk bekerja bagi sektor pembuatan, pembinaan serta perlombongan dan pengkuarian.

    “Sementara itu, bilangan penduduk bekerja dalam sektor pertanian terus menurun pada bulan tersebut,” katanya.

    Berkenaan situasi pengangguran, jelas Mohd. Uzir, 79.9 peratus daripada jumlah penganggur merupakan penganggur aktif atau mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan.

    Kata beliau, kategori itu berkurang sebanyak 0.2 peratus kepada kira-kira 453,600 orang.

    “Dalam kalangan penganggur aktif, mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan merangkumi 61.8 peratus, manakala mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun adalah sebanyak 6.4 peratus.

    “Begitu juga, mereka yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia atau penganggur tidak aktif turun sebanyak 0.4 peratus kepada kira-kira 114,200 orang,” jelasnya.

    Pada bulan tersebut juga, kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun kekal pada 10.6 peratus, dengan kira-kira 307,200 penganggur belia.

    Kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 30 tahun pula turun sebanyak 0.1 mata peratus kepada 6.4 peratus, mencatatkan kira-kira 432,100 penganggur belia.

    “Bagi kumpulan tidak aktif, bilangan di luar tenaga buruh adalah berjumlah 7.23 juta orang, turun sebanyak 0.02 peratus pada Disember. Sebab utama luar tenaga buruh adalah berikutan kerja rumah atau tanggungjawab keluarga dengan 42.6 peratus, diikuti bersekolah atau latihan (42.1 peratus),” kata Mohd. Uzir. – RELEVAN

    Previous ArticleTiga kesilapan lazim ketika merancang belanjawan
    Next Article 9 trend baharu dunia kerjaya pada 2024

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.