Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 9 trend baharu dunia kerjaya pada 2024

    9 trend baharu dunia kerjaya pada 2024

    By February 12, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TREND pekerjaan pada 2024 memberi lebih banyak fleksibiliti kepada syarikat untuk menarik bakat. - GAMBAR HIASAN/MARIO GOGH (Unsplash)

    BANYAK perkembangan yang berlaku dalam dunia kerjaya pada 2023 dan sebahagiannya pasti memberi kesan kepada landskap pekerjaan pada tahun ini.

    Keterkaitan dunia kerjaya dengan bidang-bidang lain memudahkan ia menerima impak perubahan. Kepesatan teknologi kecerdasan buatan (AI) akan memberi kesan kepada kerjaya, tunggang-terbalik geopolitik juga akan memberi kesan kepada kerjaya.

    Oleh itu, Relevan mahu memperkenalkan sembilan trend yang akan mempengaruhi dunia kerjaya pada 2024.

    Kesemua trend ini dikumpulkan oleh Emily Rose McRae, Peter Aykens, Kaelyn Lowmaster dan Jonah Shepp. Ia disiarkan dalam sebuah artikel di Harvard Business Review pada 23 Januari lalu.

    • Manfaat kreatif untuk penjimatan kos

    Pandemik Covid-19 datang dengan gangguan (disruption) besar terhadap dunia kerjaya. Antara yang paling menyerlah: kemudahan bekerja dari rumah.

    Ia menyedarkan pekerja dan majikan tentang kos-kos yang terlibat apabila pekerja terpaksa mengembara dari rumah ke pejabat setiap hari, baik dari segi kos kewangan, masa atau tenaga.

    Kesedaran terhadap kos-kos sebegini membuatkan majikan lebih sensitif terhadap pekerja dan mula menawarkan manfaat yang lebih kreatif. Ini termasuk:

    • Subsidi perumahan: Syarikat yang mahu pekerja masuk ke pejabat mula berbelanja untuk memudahkan pekerja mendapat tempat tinggal yang selesa dan dekat dengan pejabat.
    • Manfaat penjaga: Syarikat mula menawarkan pakej penjagaan anak, orang tua atau haiwan peliharaan kepada pekerja, memandangkan ia kini menjadi faktor penting kesejahteraan pekerja.
    • Program kesejahteraan kewangan: Pekerja yang celik kewangan dapat menguruskan pendapatan mereka dengan lebih baik, sekali gus mengurangkan risiko tekanan akibat kewangan. Syarikat yang memandang berat hal ini menawarkan program pendidikan dan perancangan kewangan buat pekerja.
    • Pembayaran balik pinjaman pelajaran: Di Amerika Syarikat (AS), pinjaman pelajaran merupakan antara masalah kewangan terbesar golongan muda. Syarikat-syarikat di AS kini dibolehkan memberi sumbangan kepada pekerja untuk melangsaikan pinjaman pelajaran.

     

    •  AI sebagai pencipta, bukan pembunuh peluang

    Kemunculan AI dikaitkan dengan kehilangan kerja buat manusia tetapi menurut penyelidikan Gartner pada 2023, dalam jangka pendek hingga sederhana, AI generatif (GenAI) akan mewujudkan lebih banyak peluang kerja, terutamanya untuk tugasan berinteraksi dengan alat GenAI.

    • 4 hari bekerja sebagai kebiasaan

    Di Malaysia gelombangnya belum ketara tetapi di peringkat dunia, empat hari bekerja dalam seminggu menjadi topik yang sangat popular, malah sudah dilaksanakan dengan jaya.

    Kelebihan utama konsep empat hari bekerja ialah peningkatan produktiviti dan kesejahteraan pekerja. Syarikat-syarikat dijangka menggunakan konsep itu sebagai tarikan utama bakat baharu.

    • Penyelesaian konflik sebagai kemahiran utama pengurus

    Pekerja muda, terutamanya generasi Z semakin terdedah dengan konflik, terutamanya perbezaan pandangan tentang isu geopolitik, nilai masyarakat serta politik. Ini menjadikan konflik di tempat kerja semakin mudah berlaku.

    Sehubungan itu, penyelesaian konflik akan menjadi kemahiran utama yang diperlukan pengurus dan menjadi sasaran syarikat-syarikat dalam latihan untuk pengurus.

    • Eksperimentasi GenAI

    Banyak syarikat akan menggunakan GenAI dalam pengurusan tetapi ia mungkin tidak memberikan hasil seperti yang dijangkakan.

    Ia masih boleh memberikan manfaat kepada banyak syarikat tetapi jangkaan terhadapnya dan risiko yang dibawa perlu diuruskan dengan baik.

    Sebagai contoh, GenAI dijangka dapat banyak membantu dalam pengurusan data dan dokumen dalaman tetapi tanpa kawalan akses yang baik, banyak maklumat sulit boleh terdedah.

    Bayangkan jika kawalan akses terhadap maklumat tidak diselia dengan baik, pekerja boleh meminta janaan jumlah gaji dan bonus pekerja lain dengan mudah dari AI syarikat, malah maklumat sensitif seperti pengadu gangguan seksual juga boleh terbongkar dan disalah guna.

    • Kemahiran lebih penting daripada sijil

    Pengambilan pekerja pada tahun ini dijangka mengutamakan kemahiran calon, bukan lagi tahap kelulusan.

    Istilah yang dikaitkan dengan situasi itu ialah siling kertas (paper ceiling) – seperti siling kaca yang menghalang kemajuan kerjaya wanita berkemahiran, siling kertas menghalang kemajuan kerjaya pekerja berkemahiran yang tiada sijil.

    Syarikat-syarikat gergasi seperti Google, Delta Airlines, Accenture dan Zoho telah mengeluarkan keperluan ijazah daripada tawaran kerja mereka untuk menarik calon-calon berkebolehan.

    • Perlindungan dari perubahan iklim sebagai manfaat untuk pekerja

    Bencana alam yang semakin kerap berlaku (fikirkan banjir di Malaysia) menyebabkan syarikat-syarikat dunia menawarkan perlindungan terhadap perubahan iklim kepada pekerja.

    Perlindungan itu termasuk:

    • Komitmen terhadap keselamatan fizikal: Syarikat menawarkan perlindungan ketika bencana alam berlaku dan berkomunikasi secara aktif dengan pekerja yang terlibat.
    • Pampasan kepada pekerja terjejas: Syarikat mungkin menawarkan cuti berbayar (PTO) atau manfaat kewangan kepada pekerja yang terjejas akibat perubahan iklim. 
    • Sokongan kesihatan mental: Akses kepada khidmat kaunseling untuk membantu pekerja menangani kesedihan akibat bencana alam (kematian ahli keluarga dan sebagainya).

     

    • DEI kekal, malah lebih tertanam dalam budaya kerja

    Keperluan untuk tenaga kerja yang pelbagai, saksama dan inklusif (DEI) akan kekal tetapi pendekatan syarikat terhadapnya yang akan berubah.

    Tahun ini, syarikat dijangka menggunakan DEI bukan lagi sebagai “apa” yang mereka lakukan, tetapi “bagaimana” mereka mencapai objektif utama.

    Dengan pendekatan tersebut, DEI akan terintegrasi secara penuh dalam budaya, objektif dan operasi kerja.

    • Pengakhiran laluan kerjaya tradisional

    Laluan kerjaya tradisional – pekerja naik pangkat seiring usia dan pengalaman kemudian bersara pada kemuncak kerjaya – akan tamat pada 2024. 

    Trend baharu menunjukkan pekerja mungkin tidak bersara atau menukar haluan kerjaya pada pertengahan khidmat, memilih pekerjaan sambilan atau model kerja bukan tradisional yang lain.

    Dengan perkembangan itu, syarikat-syarikat akan mengambil langkah-langkah berikut:

    • Memudahkan pekerja kekal atau kembali kepada syarikat: Syarikat seperti Goldman Sachs dan Johnson & Johnson menyediakan program pengembalian kepada pekerja berusia. Mereka boleh kembali sebagai mentor atau pekerja sambilan.
    • Memanfaatkan kepakaran tanpa mengira umur: Syarikat mula memberi peluang kepada pekerja muda untuk memegang jawatan penting berdasarkan kepakaran masing-masing, bukan sekadar pengalaman.
    • Bersedia menghadapi persaraan mendadak: Syarikat mula menyediakan program giliran dalaman bagi membolehkan pekerja berpengalaman melatih pekerja yang lebih muda pelbagai kepakaran. Ini bagi membolehkan syarikat mengganti bakat yang bersara awal dengan mudah. – RELEVAN
    2024 featured kerjaya trend kerjaya
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.