Facebook Twitter
    Trending
    • Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif
    • Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi
    • Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara
    • Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan
    • Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya
    • Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang
    • Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan
    • Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

      August 19, 2025

      Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

      August 18, 2025

      Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

      August 15, 2025

      7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

      August 14, 2025

      Ancaman kanser prostat, tanda awal kanser prostat dan langkah mengatasinya

      August 11, 2025
    • Kewangan

      Merdekakan diri daripada hidup jadi hamba hutang

      August 11, 2025

      Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi?

      August 5, 2025

      RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

      August 1, 2025

      RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

      July 31, 2025

      RMK13: Tiga fokus utama RMK13

      July 31, 2025
    • Pendidikan

      Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

      August 19, 2025

      Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

      August 18, 2025

      Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

      August 18, 2025

      Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

      August 15, 2025

      Cikgu marah bukan kerana benci

      August 13, 2025
    • Kerjaya

      Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

      August 20, 2025

      Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?

      August 14, 2025

      Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan

      August 8, 2025

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025

      Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

      July 23, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Urus kewangan 2024 dengan 9 langkah ini, masa hadapan lebih terjamin

    Urus kewangan 2024 dengan 9 langkah ini, masa hadapan lebih terjamin

    By February 1, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DANA kecemasan ialah alat penting untuk keselamatan kewangan dan kebanyakan pakar mencadangkan simpanan antara tiga hingga enam bulan.- Foto Freepik

    TAHUN baharu merupakan lembaran baharu untuk kita mulakan segala hal begitu juga berkaitan dengan pengurusan kewangan. Lupakan tahun lalu yang tidak berapa baik dalam pengurusan kewangan dan belajar daripada kesilapan.

    Tetapkan tekad dan matlamat untuk anda mencapai tahap kewangan yang diimpikan demi masa hadapan yang lebih terjamin.

    Sehubungan itu, untuk menambah baik pengurusan kewangan anda pada tahun 2024, dua orang penasihat kewangan iaitu Alissa Krasner Maize dan Ohan Kayikchyan mencadangkan pembahagian kepada matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang seperti berikut: 

     Matlamat kewangan jangka pendek

    1. Lakukan pemeriksaan kewangan

    Menilai keadaan kewangan pada awal tahun boleh membantu anda menetapkan matlamat lain yang perlu anda tetapkan dan merupakan tugas penting untuk diselesaikan dengan kerap.

    Awal tahun ialah masa yang sesuai untuk melakukan pemeriksaan kewangan bagi memastikan asas kewangan anda selamat dengan menyemak kewangan tahun lalu. 

    1. Buat garis masa matlamat

    Berapa lama masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu selalunya bergantung kepada berapa jumlah yang anda perlu simpan.

    Mungkin anda ingin membina dana kecemasan untuk enam bulan, bercuti di luar negara dan membayar hutang kad kredit. 

    1. Konfigurasikan semula belanjawan anda

    Bajet yang kukuh adalah kunci kepada kesihatan kewangan yang baik. Tahun baharu ialah masa yang sesuai untuk memastikan belanjawan anda berfungsi dengan menyemak perbelanjaan anda dan melaraskan perbelanjaan mengikut matlamat anda.

    Menyemak perbelanjaan anda dari tahun 2023 akan membantu anda membuat rancangan perbelanjaan pada 2024.

    Buat senarai semak perkara yang paling anda utamakan bersama penyata bank dan kad kredit tiga bulan terakhir anda, tanya diri anda sama ada apa yang anda belanjakan sejajar dengan perkara yang paling bermakna kepada anda. 

    ARTIKEL BERKAITAN: 4 langkah mulakan simpanan tahun baharu

    1. Laraskan strategi pelaburan anda

    Sekurang-kurangnya sekali setahun, adalah penting untuk anda menyemak semula peruntukan aset pelaburan untuk memastikan ia sejajar dengan matlamat, toleransi risiko dan jangka masa anda.

    Sebagai sebahagian daripada pemeriksaan kewangan, anda harus menyemak pelan persaraan anda dan pelaburan lain yang mungkin anda miliki.

    Matlamat jangka panjang untuk meningkatkan kewangan

    1. Bina dana kecemasan anda

    Dana kecemasan ialah alat penting untuk keselamatan kewangan dan kebanyakan pakar mencadangkan simpanan antara tiga hingga enam bulan perbelanjaan untuk menampung perkara yang tidak dijangka.

    Buat penolakan terus dari bank setiap kali gaji dengan jumlah yang anda rasa mampu ke dalam akaun ini.

    1. Meningkatkan simpanan persaraan

    Tahun baharu juga merupakan masa yang baik untuk meningkatkan atau menyesuaikan simpanan bulanan anda ke arah persaraan anda, sama ada caruman bulanan kepada badan yang menguruskan persaraan atau pelan persaraan tempat kerja anda.

    Anda tidak akan mencapai matlamat persaraan dalam sekelip mata, tetapi meningkatkan simpanan anda boleh membantu anda mencapainya lebih awal. Tetapkan matlamat anda untuk jumlah simpanan setiap bulan berdasarkan umur anda, toleransi risiko dan pendapatan persaraan yang diingini.

    ARTIKEL BERKAITAN: Simpanan jangka pendek yang boleh dipertimbangkan untuk tahun hadapan

    1. Bayar hutang

    Membayar hutang hendaklah sentiasa menjadi keutamaan jika anda ingin meningkatkan kewangan dan meningkatkan skor kredit anda. Bergantung pada jumlah hutang yang anda miliki, ia mungkin mengambil masa lebih daripada setahun untuk mencapai baki sifar, tetapi membuat pembayaran secara tetap akan menjimatkan faedah anda. 

    1. Tingkatkan potensi pendapatan anda

    Anda perlu pertimbangkan untuk menambah pendapatan sama ada menjana pendapatan tambahan ataupun mencari peluang pekerjaan baharu dengan gaji yang lebih baik.

    Oleh itu, anda sudah boleh mengemas kini resume dan begitu juga di platform mencari kerja untuk mengintai peluang pekerjaan baharu.

    1. Kenal pasti keutamaan anda

    Setiap orang mempunyai matlamat kewangan yang berbeza. Mungkin anda menyimpan untuk bayaran muka rumah pertama atau membina tabung pendidikan untuk kanak-kanak.

    Tidak kira apa keutamaan anda, matlamat menyimpan yang lebih besar memerlukan masa untuk dicapai, jadi mula menyimpan walaupun dalam jumlah kecil pada tahun 2024 untuk memastikan anda berada di landasan yang betul dan berjaya mencapai matlamat.

    – RELEVAN

    featured kewangan masa hadapan simpanan

    Artikel berkaitan

    Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

    August 20, 2025

    Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

    August 19, 2025

    Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

    August 19, 2025

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    August 18, 2025

    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    August 18, 2025
    Artikel Terkini

    Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

    August 20, 2025

    Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

    August 19, 2025

    Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

    August 19, 2025

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    August 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.