Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Simpanan jangka pendek yang boleh dipertimbangkan untuk tahun hadapan

    Simpanan jangka pendek yang boleh dipertimbangkan untuk tahun hadapan

    By December 6, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BANYAK perbelanjaan berat boleh diringankan dengan simpanan. - GAMBAR HIASAN/TOWFIQU BARBHUIYA (Unsplash)

    MEMASUKI penghujung tahun, segala keputusan dan tindakan berkaitan kewangan sepanjang tahun ini sudah boleh disemak.

    Adakah sepanjang tahun kita disiplin dengan belanjawan peribadi? Berapa banyak wang dibazirkan pada perkara yang tidak menguntungkan?

    Semakan perlu dibuat supaya tahun hadapan, kita boleh menguruskan kewangan dengan lebih baik. 

    Penghujung tahun juga boleh digunakan untuk merancang langkah pengurusan kewangan yang baharu pada tahun hadapan. Antara perkara penting untuk dirancang ialah simpanan.

    Matlamat simpanan boleh jadi untuk jangka pendek, sederhana atau panjang. Dalam artikel ini, tumpuannya adalah untuk simpanan jangka pendek.

    Berikut merupakan jenis-jenis simpanan jangka pendek yang anda boleh usahakan untuk tahun hadapan. Tak perlu ikut semua, pertimbangkan yang sesuai dengan kemahuan dan kemampuan anda.

    • Tabung percutian

    Bercuti bawa banyak manfaat. Ia ruang luas untuk kita merehatkan diri daripada tekanan dan bebanan kerja. Ia peluang besar untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga atau rakan-rakan.

    Untuk dapat menggunakan sepenuhnya manfaat percutian, anda perlu mula merancang awal. Selain lokasi, jadual pergerakan dan tempat penginapan, modal juga perlu dipersiap awal.

    Tetapkan jumlah perbelanjaan yang diperlukan dan buat tabung khusus untuk matlamat tersebut.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa boleh dibuat dengan lebihan RM100 setiap bulan?

    • Tabung gajet

    Banyak faktor hidup kita dipengaruhi teknologi sehingga hampir semua urusan bergantung kepada teknologi. Dalam keadaan ini, kualiti gajet seperti telefon pintar atau komputer riba juga akan mempengaruhi kualiti hidup.

    Jika urusan anda sering terganggu kerana telefon yang sering rosak, sudah tiba masa untuk menaik taraf kepada telefon yang lebih baik. 

    Berbanding berhutang dengan pelbagai tawaran beli sekarang bayar kemudian (BNPL) atau pelan pascabayar yang mungkin melibatkan kadar faedah, lebih baik anda menyimpan. 

    Tabung gajet boleh menjadi penyelamat untuk individu yang hidupnya banyak dipengaruhi teknologi.

    • Tabung rumah

    Jika belum memiliki rumah dan anda mahu memiliki rumah, boleh mula menyimpan untuk bayaran pendahuluan. Jika sudah memiliki rumah, boleh mula menyimpan untuk naik taraf yang sesuai.

    Perbelanjaan berkaitan rumah biasanya melibatkan belanja yang tinggi, sebab itu simpanan diperlukan.

    ARTIKEL BERKAITAN: 6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

    • Tabung kereta

    Sama seperti rumah, kereta juga boleh menelan belanja yang besar, sama ada untuk dibeli atau diselenggara.

    Jika anda ada tabung kecemasan khusus untuk kereta, perbelanjaan tinggi yang mengejut dapat dielakkan. 

    Ada juga perbelanjaan yang boleh dirancang, seperti pembaharuan cukai jalan dan servis. Masukkan juga perbelanjaan itu dalam matlamat simpanan.

    • Tabung pendidikan atau peningkatan kemahiran

    Tak semestinya selepas tamat sekolah dan pengajian tinggi, kita tak perlu belajar lagi. Ada banyak peluang pendidikan dalam bentuk kursus pendek dan bengkel yang boleh diambil untuk meningkatkan pengetahuan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Menabung runcit-runcit untuk kecemasan kecil

    Kelas mengaji, kursus penterjemahan atau bengkel pengucapan awam, semuanya boleh meningkatkan nilai anda sebagai manusia dan dalam pasaran pekerjaan.

    Selidik kos yang diperlukan untuk menyertai kelas-kelas yang anda minat dan asingkan wang secukupnya untuk tujuan tersebut.

    • Tabung hal-hal istimewa

    Mahu bawa kekasih makan mahal? Mahu sambut hari lahir ibu bapa secara besar-besaran? Walaupun gaji tak besar, ia tidak mustahil jika anda menyimpan sedikit demi sedikit.

    Simpanannya boleh khusus untuk majlis tertentu atau anda simpan sahaja seberapa banyak yang mampu. Mana tahu idea untuk hal-hal istimewa itu datang secara tiba-tiba nanti. – RELEVAN

    featured kewangan simpanan simpanan jangka pendek tabung
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.