Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Dua kaedah bayar hutang: mahu cepat atau jimat?

    Dua kaedah bayar hutang: mahu cepat atau jimat?

    By KU SYAFIQ KU FOZIDecember 27, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TERDAPAT dua kaedah pembayaran hutang yang paling popular, iaitu kaedah bola salju dan kaedah kadar tinggi. - GAMBAR HIASAN/TOWFIQU BORBHUIYA (Unsplash)

    PERGELUTAN dengan hutang menjadi episod biasa buat ramai orang, terutamanya mereka yang berpendapatan sederhana atau rendah sebab, iyalah, kita mana ada duit nak beli barang tunai. Terpaksalah berhutang.

    Walaupun berhutang sudah dianggap normal, cara kita menguruskan hutang tetap perlu diberi perhatian.

    Adakah bayaran bulanan lancar atau ada masa kita culas? Adakah hutang yang diambil bersesuaian dengan kemampuan atau hutang sudah terlalu tinggi untuk diurus dengan baik?

    Mendapatkan wang yang mencukupi untuk membayar komitmen hutang itu bukan mudah tetapi ada kaedah yang boleh dijadikan panduan dalam usaha kita menuju ke arah bebas hutang.

    Menurut Khan Academy, terdapat dua kaedah pembayaran hutang yang paling popular, iaitu kaedah bola salju dan kaedah kadar tinggi.

    Bola salju

    Metafora bola salju memang banyak digunakan dalam ekonomi. Untuk pembayaran hutang, kaedah bola salju bermaksud menyelesaikan hutang-hutang yang kecil dahulu sebelum bergerak ke hutang yang besar – seperti bola salju yang bergolek, dari kecil menjadi besar.

    Dengan kaedah bola salju, anda akan cuba membuat bayaran setinggi yang boleh pada hutang dengan baki terendah, manakala untuk hutang-hutang lain, bayar pada kadar minimum sahaja.

    Bayangkan anda mempunyai tiga hutang berikut:

    • Pinjaman kereta dengan baki RM10,000 dan 10 peratus faedah
    • Pinjaman kad kredit dengan baki RM1,000 dan 20 peratus faedah
    • Pinjaman pendidikan dengan baki RM5,000 dan lima peratus faedah

    Mengikut kaedah bola salju, anda akan mengutamakan bayaran hutang dengan baki terendah. Maka, anda perlu berusaha menyelesaikan hutang kad kredit dahulu (dengan baki RM1,000) sebelum bergerak pada pinjaman pendidikan (RM5,000) dan kereta (RM10,000).

    Kaedah bola salju menyarankan supaya hutang dengan baki terendah diselesaikan dahulu sebelum bergerak ke hutang-hutang lain.

    Kaedah ini memberikan motivasi kerana kita dapat melihat kemajuan pembayaran hutang apabila satu persatu hutang dengan baki rendah dapat diselesaikan.

    Kadar tinggi

    Kaedah kadar tinggi juga dikenali sebagai kaedah runtuhan atau avalanche. Ini kerana ia menumpukan kepada penyelesaian hutang dengan kadar faedah tertinggi dahulu.

    Dengan kaedah ini, anda dapat menjimatkan wang kerana anda tidak akan membayar faedah yang tinggi dalam tempoh yang lama.

    Pendekatannya sama dengan kaedah bola salju, iaitu menyelesaikan hutang tertentu terlebih dahulu dan dalam masa sama hanya membayar kadar minimum untuk hutang-hutang lain. Cuma, kaedah kadar tinggi menyasarkan hutang dengan faedah tertinggi.

    Ambil contoh tiga hutang yang sama seperti tadi. Dengan kaedah kadar tinggi, anda akan menyelesaikan pinjaman kad kredit dahulu kerana kadar faedahnya 20 peratus. Ini diikuti pinjaman kereta (10 peratus) dan pinjaman pendidikan (lima peratus).

    Kaedah ini tidak menawarkan motivasi seperti bola salju tetapi untuk jangka masa panjang, ia lebih menjimatkan dan menguntungkan.

    Mana yang terbaik?

    Persoalan kaedah pembayaran hutang terbaik akan bergantung kepada situasi dan personaliti penghutang. 

    Jika anda seorang yang mahu melihat pencapaian dengan cepat, kaedah bola salju lebih sesuai. Namun, jika anda mahu menjimatkan wang dalam jangka panjang, gunakan kaedah kadar tinggi.

    Yang penting, walau apa pendekatan yang dipilih, pastikan anda berdisiplin dan patuh pada kaedah tersebut. – RELEVAN

    Previous Article7 manfaat urutan wajah untuk kulit cantik dan sihat
    Next Article Padam tabu kesihatan seksual lelaki, Dr. Samhan kongsi kesedaran di laman sosial

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.