Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Padam tabu kesihatan seksual lelaki, Dr. Samhan kongsi kesedaran di laman sosial

    Padam tabu kesihatan seksual lelaki, Dr. Samhan kongsi kesedaran di laman sosial

    By December 28, 2023Updated:January 4, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DR. Samhan aktif berkongsi kesedaran mengenai kesihatan lelaki sehingga menerima anugerah TikTok Malaysia Popular Creator Award 2021.

    BERCAKAP mengenai perkara di dalam ‘kelambu’ terutamanya kesihatan seksual lelaki masih dianggap tabu dalam masyarakat kita. Akibatnya, masalah itu dipendam dan tidak mendapat bantuan sewajarnya.

    Disebabkan rasa malu dan stigma masyarakat, ramai pasangan terpaksa menamatkan perkahwinan kerana merasakan sudah tidak ada jalan keluar daripada permasalahan tersebut.

    Perkara itu menarik perhatian Dr. Ahmad Samhan Awang atau lebih dikenali sebagai Dr. Samhan untuk mendalami bidang kesihatan lelaki dan memberi kesedaran mengenainya di pelbagai platform laman sosial miliknya sejak empat tahun lalu.

    Sehingga kini, perkongsiannya diikuti seramai 1.5 juta orang di TikTok, 645,000 di Facebook, 645,000 di Instagram dan 70,000 di platform X.

    Menurut Dr. Samhan, masyarakat biasa mendengar mengenai sakit puan berbanding kesihatan lelaki dan kaum Adam juga dilihat kurang memberi perhatian dalam aspek kesihatan lantas membuatnya rasa terpanggil untuk memberi kesedaran.

    “Saya mula meminati bidang kesihatan lelaki apabila berjumpa ramai pesakit yang mengalami masalah ini tetapi ramai yang malu kerana masalah seksual lelaki masih tabu dalam masyarakat.

    POPULAR DI TIKTOK

    “Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mendalami illmu kesihatan lelaki dan melanjutkan pengajian dalam bidang ini di Academy of Men’s Health, Singapura.

    “Pada Disember 2019 saya cuba berkongsi di TikTok dan tidak menyangka ia menjadi tular dan jumlah pengikut semakin bertambah,” katanya yang merupakan penerima TikTok Malaysia Popular Creator Award 2021.

    Jelas beliau, pada ketika itu kandungan TikTok di Malaysia banyak yang berjoget dan bergelek berbanding berkongsi ilmu, berbeza dengan negara jiran dan di Eropah yang sudah menggunakan platform itu untuk pendidikan.

    Pembikinan kandungan TikTok bermula daripada pembangunan idea, rakaman dan suntingan video dilakukan olehnya sendiri dengan dibantu oleh isteri, Dr. Rushaida Zabidi.

    Berkongsi kandungan yang dianggap sensitif itu bukanlah perkara mudah. Beliau terpaksa berdepan dengan komen negatif pada peringkat awal tetapi ia tidak mematahkan semangatnya untuk membantu menyelesaikan masalah lelaki.

    Apatah lagi, di Malaysia tidak ramai doktor yang terlibat dalam bidang kesihatan lelaki. Hasil perkongsian yang berterusan daripada Dr. Samhan telah membuka mata masyarakat tentang kepentingan kesihatan lelaki.

    Beliau juga menerima ribuan ucapan terima kasih kerana sudah menyelamatkan rumah tangga dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kaum Adam.  Menurut Pengasas Him Clinic itu, antara faktor utama perceraian di Mahkamah Syariah ialah hubungan rumah tangga dan hubungan seksual. “Perkara ini nampak kecil dan jarang diperkatakan tetapi kesannya sangat besar dalam kebahagiaan rumah tangga.

    “Statistik mendapati 70 peratus wanita tidak capai kepuasan seksual dan saya melihat pesakit saya sendiri hampir bercerai kerana ini.

    “Oleh itu, penting untuk suami dan isteri berterus terang bagi menyelesaikan masalah ini.

    “Jika tidak capai kepuasan seksual, banyak hormon tidak dilepaskan dan mencetuskan masalah psikologi,” kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Tanta, Mesir itu.

    Dr. Samhan berkata, lelaki sebenarnya berdepan dengan masalah besar seperti mati pucuk atau erectile dysfunction dan ejakulasi pramatang atau pancut awal tetapi malangnya mereka lebih suka mendapatkan produk dalam talian berbanding berjumpa doktor.

    Jelasnya, kira-kira 3.5 juta lelaki di Malaysia mengalami mati pucuk atau bersamaan tujuh daripada 10 lelaki dewasa berdepan masalah tersebut.

    Manakala seramai 3.4 juta lelaki dewasa mengalami masalah ejakulasi pramatang atau bersamaan tiga daripada 10 lelaki.

    PENGAMBILAN UBAT ‘KUAT’

    Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu berkata, beliau berjumpa ramai pesakit yang mengalami masalah dalam hubungan seksual tetapi malu hendak berjumpa doktor dan akhirnya memilih jalan pintas dengan pengambilan ubat ‘kuat’ tanpa nasihat doktor.

    “Terdapat banyak ubat ‘kuat’ yang dijual di pasaran termasuk dalam bentuk serbuk minum menyebabkan ia tidak memerlukan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

    “Sebenarnya, kebanyakan ubat ‘kuat’ yang dijual di pasaran mengandungi dos yang sangat tinggi sehingga ada yang meninggal mengejut dan mendapat serangan jantung ketika melakukan hubungan seksual bersama pasangan.

    “Kebanyakan produk ubat ‘kuat’ mengandungi empat atau lima kali ganda bahan sildenafil atau tadalafil,” ujarnya yang memiliki tujuh cawangan klinik kesihatan am.

    Dr. Samhan berkata, pengambilan ubat ‘kuat’ tanpa preskripsi doktor menyebabkan buah pinggang rosak, jantung boleh berhenti tiba-tiba, koma dan rasa berdebar-debar. – RELEVAN

    featured kesihatan lelaki mati pucuk
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.