Facebook Twitter
    Trending
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026
    • Pendidikan

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 4 langkah mulakan simpanan tahun baharu

    4 langkah mulakan simpanan tahun baharu

    By Zubaidah IbrahimDecember 14, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DISIPLIN dan tekad merupakan kunci kejayaan ketika membuat simpanan.- Foto micheile henderson/Unsplash

    SUDAH berapa banyak anda berjaya menyimpan sepanjang tahun 2023? Jika berjaya mencapai target simpanan, tahniah diucapkan. Kepada yang tidak berjaya, jangan risau anda boleh teruskan untuk tahun 2024.

    Jadikan pengalaman lepas sebagai pengajaran untuk menjadi lebih celik kewangan dan tanam azam pada tahun baharu. Anda pasti berjaya menyimpan sejumlah wang seperti yang diimpikan.

    Sebagai panduan menguruskan wang dan membuat simpanan, Relevan kongsikan empat langkah mudah ini, jika dibuat bersunguh-sungguh anda pasti berjaya!

    1. Belanjawan

    Tiada cara lain untuk menguruskan kewangan selain menyediakan belanjawan. Ini sangat penting sebagai panduan kepada anda dan dari situ anda boleh melihat hala tuju kewangan.

    Dengan aplikasi belanjawan yang tersedia dalam telefon pintar anda, tiada alasan untuk tidak mempunyai belanjawan.

    Belanjawan membantu anda menjejaki wang masuk dan wang keluar supaya anda tidak berbelanja berlebihan. Sekali gus, mengetahui tahap kewangan semasa.

    Sebagai contoh, berapa pendapatan anda? berapa perbelanjaan dalam sebulan? berapa simpanan? Setelah anda memahaminya, anda boleh mula merancang jumlah wang untuk mencapai belanjawan ideal anda.

    Pakar kewangan mengesyorkan kepada kita untuk mengikuti garis panduan belanjawan 50/30/20 seperti berikut:

    •   50% daripada pendapatan bulanan untuk perkara yang anda perlukan
    •   30% untuk perkara yang anda inginkan
    •   20% untuk simpanan dan membayar hutang

    2. Simpan setiap bulan

    Menyimpan setiap bulan bukan perkara yang mudah kerana ia perlukan disiplin, keazaman dan konsistensi.

    Tetapi itu bukan alasan untuk tidak menyimpan, bermula tahun baharu anda perlu teguh hati untuk mempunyai simpanan.

    Ada pelbagai kaedah yang disarankan untuk membuat simpanan seperti simpan mengikut warna wang, buat sampul khas mengikut target tertentu dan tetapkan tempoh akhir untuk menyelesaikan simpanan tersebut.

    Selain itu, anda juga boleh membuat pembayaran automatik untuk dimasukkan ke akaun simpanan anda.

    3. Buat cabaran tanpa perbelanjaan

    Dengan godaan yang datang daripada pelbagai arah, anda pasti tewas dan terpaksa membelanjakan wang itu untuk perkara yang tidak perlu apatah lagi berbelanja kini lebih mudah hanya di hujung jari.

    Di mana-mana sahaja anda boleh perbelanjaan tanpa perlu ke kedai dan lebih ‘berbahaya’ apabila anda boleh beli dahulu dan bayar kemudian sehingga hutang semakin bertambah.

    Apa kata, untuk tahun baharu ini anda buat satu cabaran. Pilih satu bulan untuk tidak berbelanja barangan kehendak yang mana tanpanya anda masih boleh teruskan hidup.

    Selepas itu, lihat sebarapa banyak wang yang boleh disimpan. Pasti seronok melihat wang semakin berkembang.

    4. Semak dan refleksi

    Selepas anda melaksanakan langkah-langkah yang disarankan di atas. Cuba jadualkan seminggu sekali atau setiap bulan untuk menyemak kewangan dan tanya diri anda:

    •   Adakah anda berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamat simpanan?
    •   Adakah anda membayar bil tepat pada masanya?
    •   Adakah anda menjangkakan penambahan kewangan akan datang?

    Jangan berputus asa. Tekadkan hati dan teruskan usaha untuk menjadi seorang yang celik kewangan dan mempunyai simpanan yang kukuh.- RELEVAN

    Previous ArticleSMART: Rancang kewangan macam orang bijak
    Next Article 8 azam tahun baharu untuk perkembangan kerjaya

    Artikel berkaitan

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026
    Artikel Terkini

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.