Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 8 azam tahun baharu untuk perkembangan kerjaya

    8 azam tahun baharu untuk perkembangan kerjaya

    By Umi FatehahDecember 15, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    8 azam tahun baharu untuk perkembangan kerjaya. - GAMBAR HIASAN UNSEEN STUDIO/UNSPLASH

    TAHUN baharu, permulaan baharu. Bagi kebanyakan daripada kita, permulaan tahun baharu adalah masanya untuk mengatur langkah proaktif demi mencapai matlamat yang seterusnya dalam kerjaya.

    Sama ada mahu lebih berdisiplin, naik pangkat atau menukar laluan kerjaya, masing-masing pasti ada matlamat tersendiri. Menanam beberapa azam untuk tahun baharu boleh membantu meningkatkan motivasi. 

    Berikut lapan azam tahun baharu untuk meningkatkan prestasi dalam kerjaya atau mencari pekerjaan baharu!

    1. Kemas kini resume anda

    Bilakah kali terakhir anda meluangkan masa untuk menyemak resume anda? Jika sudah lama, peruntukkan sedikit masa untuk melakukan beberapa perubahan. 

    Mula-mula, semak resume anda untuk mengemas kini dan tambahkan butiran. Kemudian, minta seseorang yang anda percayai (seperti penasihat kerjaya) untuk menyemak resume serta membuat penambahbaikan.

    Dan jangan lupa untuk menyesuaikan resume dengan setiap pekerjaan yang anda mohon!

    1. ‘Bersihkan’ media sosial

    Sebagai manusia, akan ada beberapa ketika kita bertindak mengikut emosi dan melakukan kesilapan. Mungkin beberapa minggu yang lalu anda berasa marah dan memuatnaik ciapan yang tidak patut di X. Apa kata anda cari semula ciapan tersebut dan padamkannya.

    Apabila mencari kerja atau mahu mendapat tawaran kenaikan pangkat, adalah sangat penting untuk memastikan halaman media sosial anda bersih. Ada kemungkinan perekrut dan majikan melihat media sosial anda.

    Selain itu, media sosial juga boleh menjadi alat carian kerja yang berguna. Jadi, anda dinasihatkan untuk memastikan profil anda dikemas kini dan dalam keadaan profesional.

    1. Kembangkan rangkaian anda

    Rangkaian yang kukuh boleh menjadi asas untuk kejayaan pencarian pekerjaan yang berterusan. Ia juga penting untuk terus mengembangkan rangkaian anda untuk meningkatkan prospek. Terokai kawasan yang berbeza di mana anda boleh bertemu orang baharu untuk ditambahkan dalam rangkaian.

    1. Tetapkan matlamat realistik

    Menetapkan matlamat yang realistik adalah kunci untuk mencapai kejayaan dalam pencarian kerja. Pastikan matlamat anda adalah spesifik, boleh diukur, boleh dicapai dan relevan. Ini akan membantu anda kekal fokus dan bermotivasi sepanjang tahun.

    1. Belajar kemahiran baharu

    Mempelajari kemahiran baharu boleh membantu anda menonjolkan diri daripada pencari kerja lain. Pertimbangkan untuk mengikuti kursus dalam talian atau menghadiri bengkel untuk mempelajari kemahiran baharu yang berkaitan dengan bidang anda.

    1. Kekal positif

    Pencarian kerja boleh menjadi proses yang panjang dan mengecewakan. Namun, penting untuk anda kekal positif dan kekal semangat. Kelilingi diri anda dengan orang-orang yang positif dan jaga diri dari segi mental dan fizikal!

    1. Bersikap terbuka kepada peluang baharu

    Kadang-kadang, peluang terbaik muncul apabila anda tidak mengharapkannya. Keluar dari zon selesa dan bersikap terbuka kepada cabaran baharu. 

    Mungkin sudah tiba masanya anda mencuba melakukan benda baharu daripada kekal di posisi yang sama dalam tempoh yang terlalu lama.

    1. Hargai diri sendiri

    Raikan setiap kejayaan sepanjang perjalanan, besar atau kecil. Sama ada berjaya mendapat temu duga, selesai membuat pembentangan atau mendapat tawaran kerja, raikan setiap pencapaian dan berbangga dengan perjalanan kerjaya sehingga anda berjaya sampai ke tahap ini. – RELEVAN

    azam tahun baharu azam tahun baru featured kerjaya
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.