Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tip untuk lebih yakin di tempat kerja

    5 tip untuk lebih yakin di tempat kerja

    By Umi FatehahDecember 7, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MUNGKIN ada di antara kita yang tidak sedar bahawa kurang keyakinan atau terlebih malu boleh menjadi penghalang kepada perkembangan kerjaya.

    Tidak mengapa jika anda memang mempunyai personaliti yang pemalu. Tetapi jangan biasakan atau jadikan ia alasan. Hanya sebab malu, anda mungkin terlepas peluang yang besar untuk perkembangan kerjaya.

    Kebiasaannya, kurang keyakinan dan malu boleh terjadi disebabkan perasaan bahawa anda tidak cukup baik dan berkemahiran berbanding rakan sekerja yang lain. Atau, anda baru sahaja bekerja di syarikat baharu dan mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri.

    Perkara ini ialah normal. Namun, jangan jadikan perasaan kurang berkeyakinan dengan diri sendiri atau pemalu menjadi penyebab anda tidak dapat berkembang. Berikut, Relevan kongsikan lima tip untuk lebih berkeyakinan di tempat kerja.

    1. Rajin-rajinlah bertanya

    Malu bertanya, sesat jalan. Sekiranya anda kurang berkeyakinan dengan diri sendiri kerana merasakan rakan sekerja yang lain lebih berpengetahuan dan berkemahiran, sudah tiba masanya untuk anda tingkatkan pengetahuan. Jika ada apa-apa perkara yang kurang difahami dan memerlukan penjelasan lebih lanjut, jangan segan untuk bertanya.

    Lama kelamaan, anda mungkin akan lebih gembira kerana bukan sahaja lebih memahami tugas yang diberikan, tetapi akan rasa yakin bahawa tugasan itu dapat diselesaikan dengan baik. Pada masa yang sama, keyakinan terhadap diri sendiri turut meningkat.

    2. Pakai pakaian yang selesa

    Sesetengah individu akan berasa lebih yakin sekiranya mereka memakai pakaian yang kemas, cantik, formal atau mengikut trend. Apa kata anda cuba tukar penampilan untuk lebih yakin.

    Paling penting, pastikan ia selesa. Sekiranya anda yakin dan selesa mengenakan seluar jean dan jaket, pakai sahaja. Asalkan anda tidak melanggar kod etika pemakaian di syarikat masing-masing.

    3. Hargai diri sendiri

    Cuba untuk tidak merendahkan pencapaian diri sendiri. Sekiranya mempunyai tabiat untuk mengata atau mengeluarkan kata-kata negatif terhadap diri sendiri, ia seolah-seolah musuh terbesar anda.

    Sebaliknya, berbanggalah dengan sekecil-kecil pencapaian yang dilakukan. Ingat, bos mengambil anda bekerja kerana mereka yakin kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang kita ada mampu memberikan impak positif kepada syarikat.

    4. Terima dan akui setiap kesilapan serta kekurangan

    Apabila anda menghadapi cabaran dan menetapkan matlamat baharu, ada kesilapan yang tidak dapat dielakkan. Membuat kesilapan juga sebahagian daripada proses pembangunan peribadi.

    Mengakui kesilapan juga tidak bermakna anda kalah. Tetapi, anda matang dan berfikiran terbuka. Jadikan setiap kritikan itu sebagai motivasi untuk menjadi lebih baik.

    Daripada meruntuhkan diri sendiri, lebih baik anda belajar daripada kesilapan dan kenal pasti apa yang perlu ditambah baik.

    5. Cari mentor yang boleh dipercayai

    Seorang mentor yang baik boleh berkongsi pandangan dan nasihat kerjaya berdasarkan pengalaman mereka sendiri kepada anda. Apa sahaja pengajaran yang mentor dapat daripada kesilapan masa lalu, mereka akan ceritakan semula kepada anda untuk mengambil iktibar.

    Mereka juga boleh membuka ruang untuk kongsikan idea atau menjadi penasihat sekiranya anda menghadapi cabaran. Anda berpotensi untuk berasa lebih yakin dan seakan-akan diberi kuasa untuk mencapai matlamat apabila ada seseorang yang sentiasa menyokong kemajuan diri. – RELEVAN

    Previous ArticlePernah gagal kertas percubaan, akauntan ini mahu calon SPM tidak berputus asa
    Next Article Hormon ganggu emosi wanita, ini penjelasan pakar dan cara atasinya

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.