Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » INTAN-UPM lahir usahawan tani muda

    INTAN-UPM lahir usahawan tani muda

    By Zubaidah IbrahimDecember 7, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PARA peserta yang menyertai latihan Program Kecemerlangan Industri Pertanian selama setahun di UPM telah didedahkan dengan kemahiran pertanian moden dari segi teori dan juga praktikal.

    PROGRAM Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) melalui Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) telah memberi impak positif dalam kehidupan sekumpulan golongan muda B40 yang menyertai INTAN usahawan tani di bawah kendalian Universiti Putra Malaysia (UPM).

    Para peserta yang menyertai latihan Program Kecemerlangan Industri Pertanian selama setahun di UPM telah didedahkan dengan kemahiran pertanian moden dari segi teori dan juga praktikal.

    Salah seorang peserta, Nur Razam Hamid, 25, berkata, peluang yang ditawarkan ini tidak disia-siakan olehnya kerana bidang pertanian sangat meluas dan memerlukan latihan profesional dengan bantuan infrastruktur pertanian yang sukar untuk diperolehi.

    “Sejak dari zaman sekolah lagi saya berminat dalam bidang pertanian kerana ibu dan ayah mengerjakan ladang kelapa sawit di kampung. Minat sahaja tidak mencukupi tanpa sebarang ilmu pertanian lagi-lagi zaman sekarang terdapat pelbagai infrastruktur pertanian yang canggih.

    “Oleh itu, program ini sangat membantu saya untuk mendapatkan latihan secara teori dan amali untuk menjadi seorang petani muda moden yang mempunyai perniagaan suatu hari nanti,” katanya.

    Kementerian Ekonomi telah bekerjasama dengan UPM untuk membangunkan sebuah pusat latihan kemahiran pertanian moden.

    Tempoh latihan bagi peserta Program Kecemerlangan Industri Pertanian adalah setahun bagi sektor agropreneur dan setahun setengah bagi sektor akuakultur.

    Sementara itu, bagi Ummu Hani Abdu Razak, 23, yang baru sahaja bergraduat baru-baru ini di UPM, dia bukanlah seorang pelajar dalam bidang pertanian. Namun, minat dalam bidang keusahawanan adalah salah satu faktor dia memilih untuk menyertai program ini.

    Gadis yang berasal dari Muar, Johor ini berpendapat bahawa bidang pertanian adalah sebuah perniagaan yang bukan sahaja mampu bertahan, malah terus berkembang.

    “Saya bercita-cita untuk membuka sebuah ladang berkonsepkan agropelancongan agar pelanggan dapat menikmati pengalaman memetik sayur dan buah-buahan seakan berada di kebun sendiri.

    “Selain itu, saya juga bercita-cita untuk membekalkan sayuran dari ladang tersebut kepada pasar raya dan kedai runcit di sekitar Johor. Peluang yang diberikan ini akan saya gunakan sebaik mungkin,” ujarnya.

    Program tersebut turut membantu Ummu Hani dan peserta lain menjana pendapatan tambahan secara mampan dengan menjual hasil tanaman di ladang UPM. Di samping itu, para peserta turut mempelajari ilmu keusahawanan.

    Dalam pada itu, seorang lagi peserta, Khairul Najmi Ainal Idham berkata, terpilih menyertai memberinya pengalaman yang manis dan akan diingati sampai bila-bila kerana bersama-sama menjaga tanaman sehingga memperoleh hasil yang banyak dan berkualiti.

    “Hilang rasa penat apabila berjaya menuai hasil buah rock melon yang sihat dan berkualiti berkat penjagaan rapi bersama rakan-rakan yang menyertai program ini.

    “Zaman sekarang ini kita semua perlu bersyukur kerana pertanian tidaklah terlalu memenatkan disebabkan pemerkasaan sektor pertanian menggunakan internet pelbagai benda (IoT).

    “Gabungan IoT dan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sistem pertanian ini dapat meningkatkan produktiviti, kecekapan tanaman dan mengurangkan kos pengeluaran serta tenaga kerja,” ujarnya.

    Sebelum ini, UPM telah melancarkan IPR Usahawan Tani di bawah Kementerian Ekonomi untuk meningkatkan pendapatan rakyat melalui teknologi pertanian.- RELEVAN

    Previous ArticleSimpanan jangka pendek yang boleh dipertimbangkan untuk tahun hadapan
    Next Article Pernah gagal kertas percubaan, akauntan ini mahu calon SPM tidak berputus asa

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.