Facebook Twitter
    Trending
    • 6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu
    • Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta
    • Pernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang?
    • Perkasa semula program keusahawanan 1K1P
    • Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini
    • Belanjawan 2026: PLKN sedia bentuk generasi pelapis negara
    • Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini
    • Belanjawan 2026: 7 inisiatif ke arah kawalan bencana alam
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Belanjawan 2026: Kenaikan cukai rokok, arak tampung peningkatan kualiti rawatan kesihatan

      October 11, 2025

      Hati-hati, fon telinga boleh jadi punca hilang deria pendengaran

      October 8, 2025

      7 figura ternama dunia menghidap Sindrom Asperger

      October 7, 2025

      Influenza A – kenali simptom dan cara menjaga diri

      October 7, 2025

      Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta

      October 6, 2025
    • Kewangan

      Perkasa semula program keusahawanan 1K1P

      October 14, 2025

      Belanjawan 2026: SARA, STR dan peluang kedua untuk rakyat bankrap

      October 10, 2025

      Formula 70-20-10 dalam uruskan kewangan peribadi

      October 8, 2025

      Bukan tak cukup duit tetapi tak cukup kawal diri

      October 8, 2025

      Panduan BUDI95 yang wajib anda tahu

      September 25, 2025
    • Pendidikan

      6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu

      October 15, 2025

      Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta

      October 15, 2025

      Pernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang?

      October 15, 2025

      Belanjawan 2026: PLKN sedia bentuk generasi pelapis negara

      October 13, 2025

      Belanjawan 2026: 7 inisiatif ke arah kawalan bencana alam

      October 11, 2025
    • Kerjaya

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025

      Belanjawan 2026: Doktor kontrak, jururawat dan GP nikmati insentif baharu sektor kesihatan

      October 10, 2025

      Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

      October 1, 2025

      4 kerja sambilan boleh dilakukan pelajar

      September 19, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ajar anak cara congak

    Ajar anak cara congak

    By November 29, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MENGAJAR anak mencongak sejak kecil boleh bantu mereka membangunkan pemikiran yang kreatif. - GAMBAR HIASAN/KAROLINA GRABOWSKA

    OTAK, seperti otot, perlu selalu dilatih tubi dan digerakkan untuk mengekalkan keaktifan dan kecerdasannya. 

    Kalau demi otot kekar kita sanggup bersenam dan angkat besi, untuk otak segar kita perlu rajin berfikir dan berimaginasi.

    Salah satu latih tubi yang baik untuk otak ialah mencongak – membuat perkiraan matematik yang asas, seperti tambah, tolak atau darab, dengan fikiran semata-mata tanpa menulis di kertas atau menggunakan kalkulator.

    Pusat pembelajaran matematik dalam talian, Mathnasium berkata, congak (atau matematik mental, seperti kata mereka) membantu mengekalkan kepantasan dan ketajaman otak. 

    Malah, katanya, congak juga membantu meningkatkan ‘deria nombor’ seseorang, yang merujuk kepada keupayaan untuk memahami hubungan antara nilai-nilai.

    Jabatan Pendidikan United Kingdom pula, dalam satu dokumen pada 2010 berkata, aktiviti congak membolehkan kanak-kanak mencipta strategi pengiraannya sendiri dan penciptaan serta penggunaan strategi itu membantu kanak-kanak mengingati lebih banyak fakta.

    Seperti otak itu sebuah mesin dan aktiviti congak yang dilakukan dengan kerap membantu kanak-kanak lebih faham cara untuk mengoperasikan mesin tersebut.

    Maknanya, melatih diri mencongak bukan hanya menjadikan diri pandai dalam subjek Matematik, malah dalam apa-apa bidang sekalipun. Ia melatih kita berfikir, membentuk strategi berfikir dan melaksanakan strategi berfikir.

    Jadi, kalau mahu anak bijak, ajar mereka mencongak. Bagaimana mahu ajar? Biar Relevan tunjukkan.

    • Cari jalan mudah

    Setakat 1 + 4 atau 12 + 8, tak susah. Tapi kalau nombornya besar-besar, susah untuk kanak-kanak congak sendiri.

    Oleh itu, ajarkan mereka cara yang mudah untuk mengira. Cadangan portal Prodigy Game, cuba ubah nilai-nilai yang ada.

    Contohnya, kalau mahu kira 791 + 540, lebih mudah untuk kita tambahkan 9 kepada 791 untuk menjadikannya 800. Kemudian, kira 800 + 540, menjadikan jumlahnya 1,340. Akhirnya, tolak semula 9 daripada 1,340 dan dapatlah jawapan sebenar, 1,331.

    Untuk darab juga begitu. Kalau soalannya 59 x 7, genapkan 59 menjadi 60. Jadi, 60 x 7 = 420. Kemudian, kerana 1 x 7 = 7, tolakkan 7 daripada 420. Maka, jawapannya 413.

    Kiraan menjadi lebih senang dalam gandaan 10, maka ajarkan kepada anak-anak untuk genapkan nombor dalam gandaan 10 supaya lebih mudah mengira.

    • Menolak dengan menambah

    Jangan keliru dulu, tenang. Cara ini mudah sebenarnya.

    Contohnya, anda perlu selesaikan 14 – 8. Kalau rasa susah, fikir sahaja, “lapan tambah berapa dapat 14?”. Bentuk soalannya akan bertukar jadi begini: 8 + ___ = 14.

    Kaedah itu menjelaskan hubungan antara penambahan dengan penolakan. Dengan menambah, anda boleh dapat jawapan untuk operasi tolakan.

    • Tip congak operasi darab

    Berbanding tambah atau tolak, mencongak operasi darab lebih susah. Tapi jangan risau, ini beberapa kaedah yang boleh diguna pakai.

    – Paling mudah dan asas. Kalau darab 10, tambah sahaja 0 di belakang nombor tersebut. Contoh: 62 x 10 = 620.

    – Jika salah satu nombornya genap, bahagi dua nombor pertama dan darab dua nombor kedua. Contoh: 20 x 120 mempunyai jawapan yang sama seperti 10 x 240, iaitu 2400.

    – Jika ada apa-apa nombor dua digit yang perlu didarabkan dengan 11, tambah dua digit pertama dan selitkan jawapannya ditengah-tengah nombor asal. Contoh: 35 x 11. 3 + 5 = 8, maka jawapannya 385.

    – Tetapi, jika jumlah dua digit tersebut melebihi 10, anda perlu tambah satu pada digit pertama dan selitkan digit kedua jawapan di tengah-tengah. Contoh: 87 x 11. 8 + 7 = 15, maka jawapannya 957.

    • Tip congak operasi bahagi

    Kalau darab dah susah, apatah lagi bahagi. Tapi tetap ada kaedah mudah untuk dihafal.

    – Semua nombor boleh dibahagi 10 jika digit terakhirnya 0.

    – Semua nombor boleh dibahagi 9 jika hasil tambah digit-digitnya boleh dibahagi dengan 9. Contoh: 7 + 6 + 5 = 18, maka 765 boleh dibahagi dengan 9.

    – Semua nombor boleh dibahagi lapan jika tiga digit terakhirnya boleh dibahagi 8 atau tiga digit terakhir ialah 000.

    – Semua nombor boleh dibahagi 6 jika nombornya genap dan hasil tambah digit-digitnya boleh dibahagi 3.

    – Semua nombor boleh dibahagi dengan 5 jika digit terakhirnya 0 atau 5.

    – Semua nombor boleh dibahagi 4 jika ia berakhir dengan 00 atau nombor dua digit yang boleh dibahagi dengan 4.

    • Tip congak operasi peratusan

    Operasi peratusan boleh diselesaikan dengan mudah jika kanak-kanak tahu strategi terbaik, terutamanya untuk beberapa peratusan spesifik.

    Contohnya, untuk mencari 5 peratus daripada 235, kaedahnya begini:

    – Alih titik perpuluhan ke kiri satu tempat, maka 235 menjadi 23.5.

    – Bahagikan 23.5 kepada 2, sama dengan 11.75. Itulah juga jawapan untuk 5 peratus daripada 235. – RELEVAN

    congak featured kanak-kanak matematik pendidikan

    Artikel berkaitan

    6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu

    October 15, 2025

    Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta

    October 15, 2025

    Pernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang?

    October 15, 2025

    Perkasa semula program keusahawanan 1K1P

    October 14, 2025

    Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

    October 14, 2025

    Belanjawan 2026: PLKN sedia bentuk generasi pelapis negara

    October 13, 2025
    Artikel Terkini

    6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu

    October 15, 2025

    Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta

    October 15, 2025

    Pernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang?

    October 15, 2025

    Perkasa semula program keusahawanan 1K1P

    October 14, 2025

    Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

    October 14, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.