Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang

    Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang

    By Umi FatehahNovember 30, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Dalam kes telefon pintar dan internet, bahaya dan celakanya datang dalam bentuk penipuan kewangan. - GAMBAR HIASAN KOSMO

    HAMPIR tidak ada manusia yang mempunyai kesedaran fikiran dapat menolak daripada menggunakan internet atau telefon pintar dalam era ini. Ia kini merupakan keperluan asas.

    Bukan lagi kehendak atau aksesori – urusan perbankan, kerja, pendidikan mahupun interaksi sosial kini memerlukan telefon pintar yang sekurang-kurangnya ada kemudahan talian internet.

    Maka, seperti kemudahan asas lain seperti rumah atau kenderaan, telefon pintar dan internet juga memerlukan ciri keselamatan yang ampuh bagi mengelakkan penggunanya ditimpa bahaya dan kecelakaan.

    Dalam kes telefon pintar dan internet, bahaya dan celakanya datang dalam bentuk penipuan kewangan. 

    Bagaimana suatu ketika dahulu datuk nenek kita berusaha sungguh-sungguh menyorokkan wang simpanan di bawah bantal, almari atau tempat lain yang tak difikir orang, begitu juga perlunya kita bersungguh-sungguh melindungi maklumat-maklumat kewangan yang disimpan dalam telefon pintar atau internet.

    Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan, pada 2016, terdapat 12,798 kes jenayah siber direkodkan dan jumlah itu meningkat kepada 13,671 kes pada 2017.

    Sumber: PDRM

    Jumlahnya berkurang pada 2018, kepada 10,753 kes tetapi pada tahun-tahun selepasnya, peningkatan berterusan sehingga mencatatkan jumlah kes tertinggi pada 2022, iaitu sebanyak 19,175 kes.

    Menurut statistik sama, jenis jenayah siber yang paling biasa berlaku ialah e-dagang, mencatatkan kes tertinggi pada 2021 dengan 9,602 kes. 

    Penipuan telekomunikasi pula direkodkan sebagai jenis jenayah siber kedua paling biasa berlaku dan merekodkan kes tertinggi pada 2022 dengan 7,783 kes.

    Melihat kepada laporan itu juga, majoriti mangsa jenayah siber pada tahun 2022 terdiri daripada mereka yang bekerja di syarikat swasta dengan jumlah laporan sebanyak 9,269 dan menyebabkan jumlah kerugian kira-kira RM280 juta.

    Sumber: PDRM

    Mudah terpedaya

    Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil, kerisauan utama beliau adalah tentang penipuan kewangan yang semakin mudah berlaku akibat kurangnya kesedaran masyarakat terhadap ancaman yang wujud dalam internet.

    Jelas beliau, banyak kes melibatkan pembelian melalui aplikasi media sosial seperti Instagram, lebih-lebih lagi ketika negara berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.

    Kata beliau, ramai yang mudah terpedaya akibat terlalu percayakan jumlah pengikut yang tinggi.

    “Gambar yang dikongsikan juga cantik tersusun. Ada juga yang memaparkan alamat di halaman media sosial mereka.

    “Atas faktor-faktor inilah masyarakat mudah terpedaya dan terjerat dengan tawaran harga yang tidak masuk akal,” tegasnya.

    Jelas beliau lagi, scammer (penipu) tersebut adalah dalam kalangan orang biasa. Mereka kelihatan normal dan orang ramai tidak sepatutnya terpedaya dengan penampilan seseorang. Wajah yang kelihatan baik dan cantik tidak bermakna mereka jujur.

    Malah, kata beliau, ada juga kemungkinan penipu itu terdiri daripada kenalan atau jiran kita sendiri. 

    “Perkataan scam ini juga sudah menjadi terma yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian. Bila kawan janji nak datang waktu sekian-sekian tetapi akhirnya datang lewat, pun kita dah kata ‘oh, kau scam aku’.

    “Padahal, maksud perkataan scam ini berat sebenarnya. Jadi, tidak semua orang ambil serius dengan scam ini,” ujarnya.

    Pesan beliau, jangan terlalu menikmati keindahan sesuatu teknologi itu tanpa mengambil tahu tentang kesan buruknya juga. – RELEVAN

    Previous ArticleAjar anak cara congak
    Next Article Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.