Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’
    • Bahana bangun tidur lambat
    • Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 
    • Gaji pertama hilang sekelip mata
    • 5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum
    • Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya
    • Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja
    • Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025

      Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

      October 27, 2025

      Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

      October 24, 2025
    • Kewangan

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025
    • Pendidikan

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025

      7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

      October 23, 2025
    • Kerjaya

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

    Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

    By Umi FatehahNovember 28, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya. - GAMBAR HIASAN YAN KRUKAU/PEXELS

    ISU ketidakpastian pekerjaan (job insecurity) sering dibincangkan oleh penasihat kerjaya di media sosial, terutamanya di X (Twitter). 

    Tetapi, siapa daripada anda yang betul-betul faham apakah yang dimaksudkan dengan ketidakpastian pekerjaan?

    Ia merujuk kepada perasaan ketidakpastian, tidak aman atau tidak selamat dengan pekerjaan. 

    Ketidakpastian pekerjaan berlaku apabila pekerjaan seseorang itu kurang stabil. Ia bertentangan dengan job security (jaminan pekerjaan), iaitu pekerja yakin bahawa mereka boleh bertahan dalam syarikat untuk jangka masa panjang. 

    Dalam beberapa situasi, ketidakpastian pekerjaan boleh memberi kesan negatif kepada pekerja, termasuk dalam bentuk tekanan, kebimbangan atau menjejaskan kesihatan mental serta fizikal.

    Terdapat dua jenis ketidakpastian pekerjaan, iaitu ringan dan kronik. Pekerja mungkin mengalami perasaan ketidakpastian pekerjaan ringan apabila berlaku pemberhentian kerja dengan kerap di syarikat mereka. 

    Manakala ketidakpastian pekerjaan kronik boleh berlaku apabila mereka merasakan sukar untuk bertahan atau terus berkhidmat dalam pekerjaan untuk jangka masa panjang.

    Berikut ialah cara bagaimana anda boleh menghadapi perasaan ketidakpastian pekerjaan.

    1. Setia kepada diri sendiri

    Ramai konsultan kerjaya memberi nasihat yang sama. Tidak kiralah anda sukakan pekerjaan atau syarikat sepenuh hati sekalipun, jangan membelakangi kepentingan diri sendiri. 

    Lebih-lebih lagi bagi graduan baharu, konsultan kerjaya menasihatkan agar tidak tinggal terlalu lama di syarikat yang sama. 

    Pastikan resume anda dikemas kini, tambah kemahiran serta bukalah mata dan telinga. 

    Kemungkinan untuk dihentikan kerja sentiasa ada. Peluang pekerjaan yang lebih baik juga akan tiba. Lebih baik bersiap sedia daripada tidak mempunyai apa-apa pelan sandaran.

    1. Sasarkan peluang pekerjaan yang lebih baik dan selamat

    Tidak boleh hidup dengan ketidakpastian? Ubah laluan kerjaya anda ke arah yang lebih selamat. 

    Cari pekerjaan dalam agensi kerajaan, industri yang disokong kesatuan atau di bawah majikan yang mempunyai reputasi baik bagi jaminan kelangsungan pekerjaan. 

    1. Selidik apakah kemahiran dengan permintaan tinggi dalam bidang anda

    Tambahkan kemahiran dalam diri sendiri dan masukkan ke dalam resume anda. 

    Mempunyai kemahiran atau pensijilan yang relevan dengan permintaan pasaran mungkin tidak membantu anda mengekalkan pekerjaan tetapi ia pasti akan membantu mencari peluang baharu ketika diperlukan.

    1. Bina tabiat yang sihat

    Jangan sekali-kali memandang rendah tabiat pemakanan yang baik dan kebersihan mental. 

    Apa yang kita makan dan bagaimana kita berfikir boleh beri kekuatan dan memberi kesan kepada emosi serta keupayaan untuk membuat keputusan.

    1. Bersedia menerima peluang

    Cari pilihan pekerjaan seterusnya di organisasi tempat anda bekerja. 

    Jika tiada penawaran pekerjaan bagi jawatan lain di syarikat yang sama, cari pekerjaan sampingan yang boleh dilakukan pada masa lapang atau hujung minggu.

    1. Bina simpanan

    Bina dana kecemasan sekiranya anda kehilangan pekerjaan secara tidak dijangka. 

    Dengan cara ini, kebimbangan tentang tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung sewa, makanan dan keperluan lain semasa mencari kerja baharu mungkin akan berkurangan dengan ketara.

    1. Tahu nilai diri sendiri

    Jangan mengkritik diri sendiri atau berfikir negatif tentang diri anda. Ingat bahawa tiada siapa yang mendapat keuntungan daripada tindakan ini. 

    Sekiranya anda mengkritik diri sendiri, apa sahaja kata-kata semangat yang diberikan oleh orang sekeliling mungkin tidak akan dapat menenangkan kebimbangan.

    1. Kelilingi diri anda dengan orang yang positif

    Dalam keadaan sukar, kita perlu elakkan daripada dibelenggu kebimbangan dan menanggung kesakitan seorang diri.

    Berbincanglah dengan orang tersayang, rakan rapat atau konsultan kerjaya yang boleh menawarkan nasihat dan sokongan yang munasabah. – RELEVAN

    featured job insecurity kerjaya

    Artikel berkaitan

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025

    Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

    October 29, 2025
    Artikel Terkini

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.