Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

    5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

    By November 27, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 album yang berusia 10 tahun pada 2023. - RELEVAN

    PADA 2013, industri muzik Malaysia melalui era yang tersendiri. Pengaruh irama alternatif semakin mengurang, genre seperti hip hop mengalami peralihan besar dan impak media sosial semakin jelas.

    Memandang sedekad ke belakang dapat membantu memberi gambaran evolusi muzik yang berlaku di negara ini.

    Jaraknya tidak terlalu jauh, maka bezanya tidaklah terlalu besar. Namun, perkembangan muzik dapat dilihat. 

    Oleh itu, Relevan bawakan untuk anda lima album tempatan yang pada tahun ini sudah mencapai usia sedekad.

    Kelima-lima album ini dipilih Relevan berdasarkan impaknya terhadap industri muzik Malaysia.

    • Havoc – Joe Flizzow

    Antara album hip hop tempatan paling berpengaruh pernah dihasilkan, Havoc merupakan album solo pertama Joe Flizzow yang sepenuhnya berbahasa Melayu.

    Melalui album itu, Joe Flizzow meletuskan fenomena yang sebelum itu hanya dapat dicipta bekas regunya dalam Too Phat, Malique. Joe menolak sekatan bahawa lagu hip hop berkualiti dalam bahasa Melayu hanya boleh dicipta dengan lirik bombastik dan perkataan besar.

    Ketika dilancarkan, lagu Havoc sudah mencatat jualan tertinggi di iTunes. Setahun selepas itu, Apa Khabar diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Lagu Hip Hop Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM).

    Memandangkan album ketiganya, Johan masih belum dilancarkan, Havoc terus menjadi album paling popular Joe Flizzow. 

     

    • KRUNOMENA – KRU

    Bukanlah album terbaik atau paling berjaya untuk KRU tetapi KRUNOMENA merupakan album terakhir yang unit adik-beradik itu hasilkan, setakat ini. 

    Masih mengekalkan identiti nyanyian harmoni dengan rentak pop yang pekat, album itu membuktikan KRU masih relevan sebagai sebuah unit nyanyian pada 2013. 

    Namun, dari segi sambutan ia kurang berjaya. Lagu-lagu popular dalam album itu seperti Wanita, Tiga Kata dan Kali Ke-2 tidak berjaya menjadi klasik seperti lagu-lagu mereka sebelum ini.

    • Lost Holocaust – Massacre Conspiracy

    Lost Holocaust merupakan album sulung kugiran metalcore, Massacre Conspiracy (MC16) selepas kira-kira lima tahun aktif dalam lapangan muzik independen Malaysia. 

    Mereka yang tidak mengambil tahu perkembangan muzik independen mungkin tidak sedar bahawa ada gelombang besar muzik metalcore/post-hardcore yang melanda negara pada sekitar 2013.

    Banyak kugiran-kugiran lahir lebih awal tetapi mendapat sambutan besar dalam tempoh beberapa tahun itu, seperti MC16, Maddthelin, Tres Empre dan The Padangs. Sebagai antara unit metalcore tempatan paling berjaya, Lost Holocaust merupakan album penting dalam perkembangan muzik alternatif negara.

    Beberapa lagu dalam album itu terus menjadi kegemaran peminat MC16 sehingga kini, termasuk Bloodless dan Karma (Will Find You).

    • Nocturnal – Yuna

    Album antarabangsa kedua Yuna, Nocturnal mencipta sejarahnya yang tersendiri pada 2013. Melalui album ini, Yuna dijemput membuat persembahan di beberapa rancangan bual bicara tersohor seperti Jimmy Kimmel Live! dan Conan.

    Album itu juga merupakan terbitan sulung Yuna di bawah Verve Records yang ketika itu dipengerusikan pemenang Grammy berganda, David Foster.

    Lagu-lagu seperti Falling, Rescue dan I Wanna Go memperkenalkan Yuna kepada lebih ramai peminat pelbagai negara, seterusnya memperkukuhkan langkahnya sebagai penyanyi Malaysia paling berjaya di peringkat antarabangsa.

    • Penghibur Jalanan – Amir Jahari

    Album sulung Amir Jahari ini diterbitkan dua tahun selepas dia tersingkir dari Akademi Fantasia musim ke-9. Berbanding album keduanya, Siang dan Malam, Penghibur Jalanan lebih berjaya dari segi komersial dan populariti. 

    Lagu-lagu dalam album ini antara yang awal memperkenalkan Amir kepada peminat muzik Malaysia. Lagu seperti Tanpamu (finalis Anugerah Juara Lagu ke-27), Penghibur Jalanan dan Selalu Ada antara yang popular, sebelum Aku Juga Manusia melonjakkan namanya beberapa tahun selepas itu.

    Penghibur Jalanan memberikan warna yang agak berbeza kepada pasaran pop Malaysia pada 2013 melalui pendekatan yang lebih ke arah genre folk dan world music. – RELEVAN

    album Amir Jahari featured Joe Flizzow KRU Massacre Conspiracy muzik pendidikan pendidikan muzik Yuna
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.