Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Memahami malu kewangan dan kesannya kepada kita

    Memahami malu kewangan dan kesannya kepada kita

    By KU SYAFIQ KU FOZINovember 2, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RASA malu kewangan buatkan kita tertekan dan tidak yakin dengan diri sendiri. - GAMBAR HIASAN/ALEXANDER GREY (Unsplash)

    TOPIK kewangan, terutamanya yang negatif seperti kekurangan wang, hutang yang tinggi dan belanja yang melulu, jarang dibualkan dengan jujur sesama ahli keluarga.

    Ada perisai ego dipasang. Tahap tabu isu kewangan setaraf isu seksual. Ia hal peribadi yang tidak patut dicampur orang, termasuk ahli keluarga sendiri.

    Kadang-kadang, sikap ahli keluarga juga mendorong kita menyembunyikan masalah kewangan yang ada. Ia jadi sensitif kerana perkongsian masalah kewangan sering datang dengan pengadilan prejudis.

    Sebab berkongsi kita dimarahi, dihukum, dinasihat berjela dan lebih buruk lagi, diumpat sesama saudara. Lebih baik tidak berkongsi.

    Jurulatih kewangan, Tammy Lally belajar tentang hal itu melalui tragedi. 

    Abangnya menelefon untuk meminjam wang pada 2006. Ia perkara biasa tetapi nada abangnya berbeza. Ada malu dan aib bergumpal di hujung suara, selain keterdesakan yang jelas. Dia tahu, abangnya sedang dalam taufan kewangan.

    Tammy terus sarung topi pakar kewangan, ajak abang dan kakak iparnya berjumpa untuk dia menjalankan diagnosis. Di meja Starbucks, dia bersyarah tentang kewangan dan menembak peluru-peluru penyelesaian yang keras – pindah rumah yang lebih kecil, kurangkan belanja merapu dan berhenti minum Starbucks.

    Perjumpaan itu berakhir dengan pertengkaran antara abang dan kakak iparnya. Pulang rumah, abangnya menelefon ibu, beritahu yang Tammy tidak membantu. Dia malah rasa terluka.

    Dua bulan kemudian, Tammy dapat panggilan yang abangnya membunuh diri. 

    Di garajnya ada bil hutang kad kredit dan notis penutupan rumah. Kali ini, abangnya tidak menelefon untuk meminjam wang. Tindakannya terus drastik – rela menghadap pengadilan Tuhan berbanding adik sendiri.

    Memendam malu

    Itu tragedi yang perlu dihadapi Tammy untuk dia sedar bahawa isu kewangan tidak boleh selesai dengan teori pukul rata dan nasihat keras. Hal kewangan bukan sekadar kira-kira dalam otak, ia menyentuh hati.

    Kerana masalah kewangan boleh menyebabkan orang berasa malu. Malu membuatkan kewangan menjadi isu yang sangat peribadi sehingga ia sukar dibincangkan, termasuk dengan mereka yang rapat.

    Tragedi kehilangan abangnya buat Tammy tampil dengan konsep malu kewangan (money shame). Rasa malu akibat kewangan tidak hanya menyerang mereka yang berpendapatan rendah tetapi juga yang mewah.

    Mengambil definisi malu dari Dr. Brene Brown, Tammy mendefinisikan malu kewangan sebagai “perasaan sakit terdalam atau pengalaman mempercayai yang kita tidak sempurna, maka tidak layak untuk disayangi dan dimiliki, berdasarkan baki akaun bank, hutang, rumah, kereta dan jawatan kerja”.

    Rasa malu kewangan timbul apabila kita menyalahkan diri atas pengurusan kewangan yang lemah dan – sebab malu – menolak untuk mendapatkan bantuan orang terdekat.

    Malu kewangan tidak datang dari orang luar, sebaliknya diri sendiri. Seperti rasa bersalah. 

    Kesan malu kewangan

    Jurulatih kewangan, Adam Kol menggariskan lima kesan malu kewangan.

    • Bunuh diri

    Seperti yang terjadi kepada abang Tammy, malu kewangan boleh menjadi faktor penyumbang kepada bunuh diri.

    Bukan rahsia lagi, ketegangan kewangan menjadi faktor peningkatan kes bunuh diri dan disebabkan malu kewangan, lebih sukar untuk seseorang mendapatkan bantuan.

    • Keyakinan diri

    Wang menjadi faktor penting dalam masyarakat material. Jika seluruh faktor hidup kita bergantung kepada jumlah wang yang ada, maka hilang wang bersamaan hilang keyakinan diri.

    Lebih-lebih lagi buat ketua keluarga, terutamanya lelaki, kekurangan wang menyebabkan mereka berasa malu dan lemah. 

    • Kemurungan

    Rasa tidak cukup selalu menekan fikiran dan jika dibiarkan, akan melarat menjadi kemurungan.

    Malu kewangan datang dengan kecaman terhadap diri sendiri dan keterdesakan untuk mencari jalan keluar. Kekusutan sebegini boleh buatkan kita jatuh ke lembah murung.

    • Kemajuan kerjaya

    Tidak mudah untuk bangun dari katil, memandu dan melaksanakan segala kerja apabila kita bergelut dengan kewangan sendiri. Ditambah dengan rasa malu yang menebal, ia memakan tenaga.

    Pastinya keadaan sebegini akan memberi kesan kepada kualiti dan kemajuan kerjaya. Seperti kitaran, apabila sumber pendapatan utama terkesan, malu kewangan akan bertambah dan menebal.

    • Kewangan peribadi

    Malu terhadap keadaan kewangan sendiri membuatkan kita sukar untuk menguruskan kewangan sendiri. Segala belanjawan dan tabungan jadi menjengkelkan.

    Jika sudah sampai ke tahap menyampah dan sering mengelak untuk menguruskan kewangan peribadi, keadaan pastinya akan bertambah teruk. – RELEVAN

    Previous ArticleDandan kucing di pasar jadi lebih cantik, kenangan paling manis
    Next Article 5 lagu untuk Palestin

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.